Alhamdulillah~
Tak perlu lah kot nak buat entri first gempak- gempak kan, lagipun ni bukan blog pertama saya. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum, terima kasih kerana sudi menjenguk. Terima kasih kerana sudi menyinggah. Terima kasih kerana sudi menjejak, walaupun sekadar tersesat. Haha. Aha jangan lupa tinggalkan kesan jugak. Perkenalkan diri? Tak susah. Anak keempat dari tujuh adik beradik. Kedua orang tua merupakan pendidik, dan sekarang tinggal di Darul Naim. Berjiwa bebas. Berminat dengan tempat- tempat tinggi; rooftop, atas bukit, bangunan- bangunan tinggi. Minat dalam bidang penulisan. Suka berkongsi rasa dari hati ke hati.
Dah tamat kuliah tadi, saja menulis entri pertama sementara menunggu waktu asar tiba. Sekadar perkongsian, dalam kuliah sebentar tadi kami berbincang mengenai heart diseases dan juga macamana nak kesan ketidaknormalan jantung melalui electrical activity nyep. Boleh tahanlah, selama ni masuk keluar wad, tak pernah peduli. Tak minat bab- bab jantung. Hari ni bila didedahkan dengan lebih mendalam, subhanaLLAH! Terpegun, teruja. Boleh kesan masalah pada organ hebat yang berada dalam dada kita, mesin yang tak perlukan elektrik tapi berfungsi menggunakan elektrik. Yang berdegup membisikkan cinta sejak kita kecil sampai berpuluh- puluh tahun umur kita pada hari ini. Aha, memang jiwang sikit. Tapi jangan risau, semestinya cinta kepada Allah S.W.T dan cinta kepada Muhammad rasulullah S.A.W.

Baru- baru ni, saya kehilangan seorang sahabat yang cukup dihargai. Atas sebab- sebab kemaslahatan yang tidak dapat diterangkan, tapi yang pasti untuk menempuh redha Allah. Perasaan seakan- akan kehilangan separuh jiwa. Tapi beban jiwa saya terangkat ringan, sehinggakan sekalipun kadang- kadang perasaan merasa berat, tapi air mata enggan keluar. Bibir pula tersenyum. Tidak mengapa, demi agama yang menjadi taruhan. Demi akhlak yang menjadi percaturan. Demi iman yang menjadi sanjungan. Mungkin ralat juga, kerana tidak memberi kesempatan untuk sang sahabat untuk berkata- kata. Yang pasti kami berdua faham. Saya, nak jadi sahabat awak di akhirat tau. Bertemu dan berpisah kerana Allah, namun yang pasti jalinan ukhuwah kita tak pernah terputus insyaAllah. Tidak pernah wujud kekesalan atas jalan yang dipilih ini, dan saya sangat beruntung dapat menjadi sahabat awak walaupun sebentar. Apapun, doa sentiasa saya panjatkan untuk kesejahteraan awak, dan semua sahabat- sahabat saya yang lain.
Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita untuk mencari keredhaan Allah, walaupun mendapat kemurkaan manusia. Kerana apabila kita diredhai Allah, nescaya Allah memelihara kita. Janganlah mencari keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah, nescaya Allah tidak akan bersama kita. Takut kan, kalau kita tidak lagi berada dalam pandangan redha Allah? Sedangkan hari- hari, tiap saat dan waktu kita, kita bergantung sepenuhnya pada nikmat Allah. Bernafas, melihat sana- sini, bercakap bergelak ketawa. Bahkan nikmat nak menggerakkan jari. Betapa beruntungnya kita, berbanding orang- orang yang Allah telah tarik nikmatNya yang Dia pinjamkan. Belum cukup beruntung lagikah kita ni? Mari bersyukur (:
Cukuplah dengan kata- kata, let’s listen to what our hearts whisper.
Salam sayang, salam bahagia, salam gembira.
p/s: Nantikan kedatangan blog alumni mjsc jeli yang terbaru, gabungan bekas- bekas pelajar yang berbakat. Bakal dilancarkan

6 komen membina:
salam nem..cantik blog baru..hehe..nanti wat kan header tuk kite...hihi ^^
wsalam ^^p
blog kamu da cantek banget~
hehe...dah buang mne yg patut.. ^^
kiki... nanti kite siap keje icu, kite buat ye..insyaallah (:
hehe..xpe2..sume bz skrg.. ^^
alraite ^^ no biggie (:
Post a Comment