Sunday, 13 March 2011

Sabar. Tolong ingatkan saya (:

Kebelakangan ni, senyuman macam telah direnggut. Hati cepat nak naik angin, tapi sabar jelah. Sebabnya naik angin atau tak naik angin, sama jugak. Diam je jugak.

Macam hari tu, dekat bus stop di fakulti. Jam dah hampir 8.30malam, tapi bas taknak gerak. Driver nak gerak jam 1030malam karang, walhal dalam jadual memang sejam sekali kena gerak. Saya hampir- hampir naik angin, dalam hati decide nak buat aduan. Tahap kesabaran makin menipis, apalagi bila kepenatan menguasai fizikal dan mental.

Bangkit seawal 5pagi, kemudian ada ujian oral bahasa arab. Alhamdulillah, mumtaz. Dapat keluar dengan bilik ujian dengan tersenyum. Balik singgah Econsave, beli barang dapur dan balik masak tomyam. Lepas zohor keluar untuk usrah. Dalam- dalam tu juga pejabat fakulti telefon, kena arah wakilkan program dan wakil fakulti untuk hadir ke seminar ‘Nurturing Brain Smart Student in the age of new Intelligence’ ke shah alam hari isnin ni. Awal- awal tu gelepar gugeng- gugeng jugak, berat hati nak pergi. Lepas tu baru terima perlahan- lahan. Haih. Sambung program, solat asar. Lepas asar terus sambung program dengan persatuan force, perjumpaan muslimah untuk program akidah. Berhenti maghrib, solat jemaah kat kompleks angsana dan turun balik tangga batu caves.

Muka dah ketat kat bus stop tu, sebelum tiba2 driver tu tanya. “Tak pergi Johor untuk misi banjir dah?”

Saya terdiam. Kenapa driver ni ingat muka saya? Saya tak ingat pun muka dia, just ingat saya pernah jumpa 2 orang driver je kat bus stop tu jugak lepas balik dari johor tu. Ok, hati panas mula reda. Lagipun ada peringatan dari Allah, yang disampaikan oleh junior. ‘Sabar’, katanya. ‘as-sobru minal iman’. Betul la tu, time tu senyum, tersedar dengan kekhilafan sendiri. Baru dapat ujian sikit, muka dah naik ketat.Astaghfirullah al-azim. Pegi solat isyak. Dan pukul 1030pm baru sampai rumah. Itu kisah nak naik angin untuk minggu ni.

Semua gelak ketawa, rasa macam tak nak dengar. Tak nak gelak.

Besar jugak impact kawan saya ni kan. Perginya dia, dia bawa semua kegembiraan. Saya teringatkan dia, pun cepat je air mata bergenang. Tah tahulah air mata bergenang sebab teringat, atau mungkin jugak sebab rasa bersalah. Sebab walaupun ayat saya ‘dia pergi’, tapi hakikat asalnya, yang pergi itu adalah saya. Yang meninggalkan itu lebih perit. Kerana terbiasa tersenyum kerana dia, dia menjadi habit saya. Perkataan sweet tu terlalu sinonim dengan dia kut. Dia = habit = sweet. Buang habit, maka terbuang sekali.

Boleh ke kita rasa bahagia kalau kita susah sangat nak senyum?

Maksud saya, senyum yang betul- betul dari dalam hati. Senyum kat luar, sape2 pun boleh. Macam kehilangan diri sendiri pun ada, separuh. Kehilangan separuh dari diri sendiri. Sampai saya hilang kata- kata. Reaksi pun hilang. Nak comfort kan orang, nak sayang- sayang kawan- kawan, nak cakap rindu dekat family, nak bergurau macam dulu, nak mesra dengan sape2 yang baru kenal, semua tu macam tertahan kat dalam. Tembok batu dah terbina. Untung saje dekat kawan- kawan rapat masih boleh lah cover senyum. Dah kenal lama 2,3 tahun, bond tu dah ada.

Perit sungguh perasaan.

Tapi saya rasa saya ok- ok je. Sungguh denial sekali.

Rasa benci bila diri sendiri senyum. Kadang2 rasa macam android pun ade. Sampaikan tengah belajar dekat bilik discussion, alih- alih bertemu pandang dengan seorang girl dari meja sebelah. Lekas je dia alih pandangan tengok buku balik, nampak kaget.

Maaflah awak, saya bukan sengaja. Lagipun saya tak buat apa- apa pun, muka ter-takde perasaan tadi. Dulu masa kecil- kecil, hati memang betul- betul takde perasaan. So icy cold. Bila dah form 4 barulah Eila berjaya pecahkan ais tu. Baru saya dapat bernafas, hidup macam orang lain. Jadi saya taknak dikurung dalam ais macam dulu lagi.

Dah hampir sebulan, dah hampir sebulan… kena kuat semangat ni kan. Dah cukup kuat la ni, kena kuat sikit lagi je. Tak bermaksud saya menyesal, kerana tu je cara yang ada. Bermain dengan api, maka padamkan sebelum membakar diri. Ni baru je kawan- kawan biasa. Kalaulah nanti kena tinggal keluarga, mudah2an pengalaman kali ini menambah ketabahan diri. Mudah- mudahan, insyaALLAH.

Padam.

Lupakan.

Kisah yang tak sempurna.

Senyumlah (:

Adei. Dah tak macho lagi. Macho dah ganti dengan habit. Habit dah pergi. Yang tinggal yakni yang selalu ada, Allah yang Maha Esa. Saya yakin Dia sentiasa mendengar dan Maha Mengetahui. Cukuplah (:

Tuesday, 8 March 2011

Tidak mengapa (:

Pernah dulu- dulu waktu praktikal, sedang assist doktor ni and then tiba- tiba...

"Dik, amikkan gela!" cara sebutan dia, 'jaela'

Adei. Mak nenek ape gela tu. Kot ye pun bagitau la bebetul, kalau nak bagi nama singkatan pun. Kalau staf nurse takpe la jugak, ni student lagi kot. Waktu tu awal- awal lagi, takut lagi dengan doktor so pegi jelah menonong masuk bilik rawatan. Pencarian yang tak tahu apa benda yang dicari so for sure lah takkan jumpa punya haha. Rasa nak gigit tangan doktor tu, serius.

So hari ni, 2 tahun kemudian, tengah discuss pasal blood composition, blood transfer and all that, tiba- tiba lecturer soal tentang solution untuk burn patient, nak ganti plasma darah.

"Gela, puan!"

"Apa dia?"

"Gelofusine."

Lalu teringat kisah silam nak gigit tangan doktor tu. Haha.

Macam- macam kisah dekat hospital ni, setiap orang lain pula experiencenya. Bergantung pada cara kita hadapinya. Kalau kita jenis yang negatif, semua benda pun rasa negatif. Segala kesilapan nak dituding pada orang lain dan kalau tiada, barulah mengaku itu memang kesalahan yang tak dapat dielakkan. Kalau orang positif, cara penerimaan juga positif. Kita akan rasa lebih seronok untuk hidup. Kurang tekanan, hidup dengan bahagia. Mahu bahagia? Set mind to positive way of thinking (:

Pernah masa bertugas di sebuah hospital, yang mana keadaan wadnya sangat mencabar. Hampir kesemuanya bukan warganegara, dan katil sentiasa penuh. Siap dengan katil tambahan, dan lagi tragis ada pesakit yang perlu ditempatkan sementara di atas KERUSI. Sangat padat, sangat sibuk. Waktu itu, saya masih di sem 1. Sangat hijau, pertama kali masuk praktikal di hospital. Doktor arahkan untuk ambil tekanan darah pesakit yang unconscious. Skill tak mantap lagi waktu tu, gigil takyah cakap. Bunyi degupan jantung sendiri mengalahkan bunyi kompang, tak payah nak guna stathescope dah.

Minggu depan dah last belajar theory session. Insya-Allah masuk ICU untuk praktis.

Sepanjang sem ni, sentiasa sibuk. Satu minggu dengan satu minggu yang lain tu seakan non-stop. Weekends sentiasa ada kelas atau program. Sedar- sedar dah hujung minggu. Hitung- hitung, dah mula minggu baru. Mujurlah keberkatan terasa, masa dihabiskan dengan berfaedah. Senang sikit melupakan isu- isu yang menggusarkan hati. Atau paling kurang mengalih perhatian dari perkara yang boleh menyesakkan dada. Mengubat rindu pada keluarga. Hari- hari rasa nak telefon umi. Padahal sebelum ni sampai sebulan pun tak alert untuk kol sangat.

Umi, abi... doakan saya di sini. Saya perlukan kekuatan.

Tapi jangan risau, ALLAH sentiasa ada untuk saya.

(:

Thursday, 3 March 2011

Sebenar- benar cinta.


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”


“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”


------------------------------------------------------------------------------------------


Hm. Ni petikan artikel entah dari mana2 saya rembat tadi. Betul la kan? Jangan terlalu baik, terlalu ambil berat dan terlalu rapat. Taknak itu semua. Untuk bakal zauj, walaupun di mana jua awak berada, saya ada pesanan untuk awak. Ini juga pesanan yang tersimpan dalam lubuk hati semua bakal zaujah...



Assalamualaikum wahai bakal suamiku,


Di sini aku mencoretkan pesanan, mudah- mudahan ia bisa menjadi sumber kekuatan dan penawar hatimu. Aku yakin pesanan ini akan sampai kepadamu di luar sana melalui apa jua cara dengan izin Allah, walau dirimu sendiri masih berada di luar pengetahuanku. Moga engkau terus tabah dan cekal dalam berjuang, menyebarkan syiar Islam (:


Berkahwin itu ibadah.

Berusaha untuk berkahwin itu juga merupakan suatu ibadah.

Namun hakikatnya yang penting di pengakhirannya bukanlah samada hidup bersendirian atau berkahwin, tetapi untuk terus kekal HIDUP DALAM IBADAH.


Sememangnya Allah s.w.t telah menciptakan kita berpasang- pasangan. Maka untuk setiap pasangan itu mempunyai rasa kecenderungan terhadap pasangan masing- masing. Jadi jangan risau andai kau LAMBAT menemuiku, kerana pasti Allah telah pelihara perasaan itu,terkunci ketat dalam hati ini. Jangan kau risau TIDAK menemuiku, kerana tidak Allah ciptakan sesuatu itu berpasangan andai kesudahannya kita tidak akan bersama. Bukankah begitu? Jangan juga kau risau ANDAI aku merasa kesunyian kerana kau belum hadir untuk mencurahkan kasihmu. Cinta Allah telah memenuhi ruang hatiku, dan kalimat sunyi itu tidak bermakna padaku berbanding memelihara supaya perasaan ini terus suci, untuk dihadiahkan padamu secara halal bila waktunya kau hadir nanti. Justeru aku lebih rela untuk masih tidak menemuimu.


Telah Allah tentukan pasangan kita, 500 tahun sebelum kita diciptakan lagi. Ya, aku pernah terdengar kata- kata ini sebelum ini. Justeru, yakinlah. Bukan meyakini kata- kataku, tapi yakinilah ketetapan Allah s.w.t. Serahkan diriku dalam penjagaan Yang Maha Berkuasa, yakni Pemilik Segala Cinta. Jangan risau akan kemungkinan aku menjadi milik selain darimu. Kerana jika benar aku bisa membawa kebaikan untuk agamamu dan kehidupanmu masa kini dan masa datang, tidak mustahil aku pasti benar- benar menjadi milikmu. Dan jika kehadiranku hanya membawa keburukan padamu, pada agamamu, kehidupanmu kini dan masa hadapan, maka jangan gundah untuk tidak memilikiku. Itu sudah membuktikan aku bukan yang terbaik untukmu.


Aku mendoakan supaya kita sama- sama berjaya dalam urusan kita, kau dengan jihadmu, dan aku dengan jihadku. Aku menantimu dengan keelokan agamamu yang aku cintai. Hilang agamamu, bakal hilanglah cintaku kepadamu. Itu janjiku pada Tuhan Pemilik Nyawaku. Dengan agama dan ilmu yang masih belum mantap, bagaimana mungkin Dia akan menitipkan aku untuk dijaga sebaiknya olehmu? Bila agama dan ilmuku belum mantap, begitu juga Dia tidak akan mempertemukan aku denganmu. Dia menyayangimu dan memeliharamu untuk kebaikan dunia juga akhirat, sedangkan bila kiranya aku belum mantap, bisa saja aku merosakkan agama dan kehidupanmu.


Allah Maha Mengetahui akan hakikatnya kita belum bersedia.


Bisa saja rasa cinta kita mengundang ancaman azab seksanyanya.


Inilah waktunya, ia menjadi tempoh ujian kepada kita. Tempoh untuk kita sama- sama memperbaiki agama dan diri kita. Untuk memantapkan ilmu sebagai wadah untuk berterusan hidup di dalam ibadah. Walau kita belum pernah bersua. Walau kita saling tidak mengenali. Itu bukan alasan untuk kita melengahkan masa. Masakan hanya mahu mencari payung setelah hujan mula turun menimpa...?


Bakal zauj ku,


Usah bergegas, kau kan pasti menemuiku,

bila tiba waktunya di mana perjuangan kita adalah sama...

untuk memikul tanggungjawab yang memerlukan kita saling menyokong..

Waktu itu aku pasti bersedia untuk menjadi sayap kirimu,

Menjadi makmum kepada imam pilihan Allah s.w.t,

Menjadi zaujah dan sahabat karibmu,

saat kita ditakdirkan untuk melalui jalanan yang sama.


Namun andai tiada kesempatan untuk kita di dunia, maka berbahagialah.

Aku masih setia, untuk menunggumu, insyaAllah di akhirat sana (:

Wednesday, 2 March 2011

bizi kut nih.

Saya masih malas- malas lagi nak edit dan letak functions kat sini. Slow- slow la yep... saya bizi. Bila saya kata saya bizi, eh, ramai la pulak tak percaya. kelakar je rase.

Senior, siap cakap poyo. Ada yg cakap ces sebab bizi memanjang.

Betul, tak tipu. Masa saya kerja part- time ritu pun, saya rapat dengan mr chairman, director MAHA 2010. Rapat macam ayah dan anak, walaupun different religion and race. Sebab saya dengan kak lia, terima direct arahan dari dia dan orang2 besar company. Nama lainnya, orang kanan dia, takpun macam secretary pun ade jugak. Kena ikut round halls. Ikut pegi jumpa internationall bussinessmans dari jepun, dari US. Wa... Dahla speaking kaw- kaw. Report untuk kebajikan seluruh part timers dan orang2 company. Berurusan dengan director- director IOI group, perhotelan etc. Dengan orang2 ministry of Agriculture. Dengan chef hotel. Yang mana kadang2 saya perlu membuat keputusan atas budi bicara. takde briefing detail tapi tiba- tiba kena urus on the spot. wah...cuak tak cuak..

duduk depan, tengah, pakai tudung merah (:

Time tu serius bizi, dia pun consider jugak personal life kitorang berdua. Yelah, teramat sibuk untuk uruskan international program tu, pastinya bakal mengabaikan insan- insan tersayang. Untung saja insan tersayang ibu dan ayah, kawan- kawan, semua tak interfere. Saya nampak relaks je, jadi dia tanye pasal zauj err...bakal zauj. Segan sungguh. Tapi cakap jela takde, takde masa. Malas nak cakap agama larang, sebab dia non-muslim pun. Saya ni generation Y, generation yang tak berminat dengan komitmen. Nak buat esemen pun tak menyempat, cemana nak spare masa lelebih kat benda lain. Kadang- kadang macam tak minat. Fitrah manusia memangla suka mendekati lawan jantina untuk berkawan. Tapi dah since agama larang, dah2 la tuu... Bazir masa i tell u. Kalau dah jadi suami isteri tu go on lah, sape nak kesah.

"ape zi?" eh, dia tak dengar. biZI la boss. seriyus. sambil kacau air.

Sekali bos mintak nescafe 3 in 1. Saya ni tak faham, bagi jela yg dalam paket tu. Tiba- tiba dia gelak besar sambil bagitau kuat2 kat semua orang yang ada kat bilik urusetia tu,

"aku mintak nescafe 3 in 1, dia bagi peket ni kat aku. bagila air. kenapa kau ni Hanim??"

Peh. Tu la, cakapla betul- betul nak air. Sape suh cakap nak 3 in 1. haha. Sangat malu muka time tu. Lepas tu boss siap pegi buat sendiri.

Uniknya pasal dia, saya terkejut beberapa kali bila bercakap dengan dia, dia sebut AlhamduliLLAH. Kerja kat sana, mujur kak lia pun selalu tolong cover kerja untuk saya. Saling cover untuk satu sama lain. Jadi kami rapat macam adik beradik,, walaupun baru kenal. Mr Chairman pun selalu bagitau dekat pihak hotel etc etc yang saya dengan kak Lia ni dah macam anak- anak dia sendiri. Kerja dengan dia pun taklah susah, sebab apa yg dia bagi tugas pada saya, maka sy perlu buat keputusan sendiri. yang remeh apatah lagi. Sebab tu awal- awal kena deal dengan orang besar, sy sangat takut. muka pun ala- ala cuak jugak. kak lia pun sama, sebab kami kena separat. sorang urus urusan kat dewan utama, sorang urus majlis dengan pm, menteri dan reporters. kejap naik atas, kejap turun bawah. Mr Chairman for sure la very busy, tak selalu ada dengan kitorang.

Time tu rasa macam bidan terjun. Dari nursing yg bergelumang dengan pesakit dan ubat- ubatan, tiba2 kena berurusan dengan orang- orang korporat, orang- orang penting negara. Organize event antarabangsa. Macam mimpi, dah 3 bulan lepas pun sampai sekarang masih rasa tak percaya...

Erti bahagia, erti untuk hidup sempurna.

Hari ini hari yang bahagia. Kuliah di sebelah pagi, dan discussion pula disambung sehingga jam 5.30 petang. Bertahan dengan energy yang diperoleh dari sarapan pagi. Tiada seorang ahli kumpulan pun yang menjamah walau sebutir nasi, tekun menyiapkan assignment dan research yang semakin hampir deadline nya. Hinggakan untuk solat pun perlu keluar bergilir- gilir.

Terpaksa mencuri masa untuk menyiapkan laporan projek persatuan alumni kolej matrikulasi berkenaan program perhimpunan bekas pelajar serta mesyuarat agung persatuan. Laporan ni terlewat juga disiapkan sebenarnya, terpaksa ditunda memandangkan terlalu sibuk dengan assignments, revision, pembentangan juga tests yang berlambak- lambak. SubhanaLLAH, andai bukan belajar ini amanah yang perlu dititikberatkan, sudah lama rasanya mahu bergolek- golek mengabaikan segala macam kewajipan selaku orang yang memegang title pelajar! Malas! Namun mahu atau tidak, tetap harus akur. Tambahan pula pensyarah- pensyarahnya, segan dan tidak berani pula aku mengzahirkan kemalasan.

Usai diskusi, masing- masing bergegas pulang. Mahu bersihkan diri. Mahu solat asar. Mahu berehat. Otak capek! Singgah di pasar malam untuk membeli makanan siap. Perut yang berkeroncong semenjak tengahari mula menyanyi kegembiraan. Nafsu juga ikut turut melonjak sama. Waktu ini tidak mampu berlagak sombong, walau teringat mengenai sebuah hadis yang mengatakan pasar adalah seburuk- buruk tempat untuk disinggahi dan sebaliknya majlis- majlis ilmu pula merupakan taman- taman syurga yang sebaik- baik tempat untuk dikunjungi.

Tiba di rumah, yang dahulu didahulukan. Menyiapkan diri untuk maghrib dan isyak. Pulang selepas isyak, ada perbincangan untuk storyline juga skrip untuk projek movie bahasa arab pula. Memerah idea dalam keadaan santai. Berhenti sebentar di tengah- tengah perbincangan untuk menikmati juadah ringan dari pasar malam tadi bersama- sama.

Lalu di sinilah bahagia. Bahagia itu tidak datang dari perasaan puas hati dapat memakan benda yang digemari. Tapi bahagia yang sebenar- benarnya adalah bila dapat berkongsi rasa gembira memakan makanan kegemaran beramai- ramai.

Bahagia dalam kesibukan.

Ukhuwah sememangnya memberikan kebahagian, yakni menjaga hubungan dengan Allah, dengan menjaga hubungan sesama manusia. Memutikkan rasa bahagia, memutikkan rasa berharga, dan menyuntik motivasi secara tidak langsung ke dalam jiwa.

Tidaklah apa yang Allah cipta dan tentukan itu, melainkan semuanya bermanfaat kepada kita manusia. Dan kita sebagai hambaNya, perlulah sentiasa sedar, mematuhi arahannya. Menjadi makhluk yang tidak sempurna bukanlah alasan untuk berputus asa dan bermalas- malasan, sebaliknya ianya adalah wadah supaya kita tidak lupa diri dan menyuntik kesedaran untuk sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri ke arah yang lebih menghampiri...

sebuah KESEMPURNAAN.