Thursday, 3 March 2011

Sebenar- benar cinta.


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”


“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”


------------------------------------------------------------------------------------------


Hm. Ni petikan artikel entah dari mana2 saya rembat tadi. Betul la kan? Jangan terlalu baik, terlalu ambil berat dan terlalu rapat. Taknak itu semua. Untuk bakal zauj, walaupun di mana jua awak berada, saya ada pesanan untuk awak. Ini juga pesanan yang tersimpan dalam lubuk hati semua bakal zaujah...



Assalamualaikum wahai bakal suamiku,


Di sini aku mencoretkan pesanan, mudah- mudahan ia bisa menjadi sumber kekuatan dan penawar hatimu. Aku yakin pesanan ini akan sampai kepadamu di luar sana melalui apa jua cara dengan izin Allah, walau dirimu sendiri masih berada di luar pengetahuanku. Moga engkau terus tabah dan cekal dalam berjuang, menyebarkan syiar Islam (:


Berkahwin itu ibadah.

Berusaha untuk berkahwin itu juga merupakan suatu ibadah.

Namun hakikatnya yang penting di pengakhirannya bukanlah samada hidup bersendirian atau berkahwin, tetapi untuk terus kekal HIDUP DALAM IBADAH.


Sememangnya Allah s.w.t telah menciptakan kita berpasang- pasangan. Maka untuk setiap pasangan itu mempunyai rasa kecenderungan terhadap pasangan masing- masing. Jadi jangan risau andai kau LAMBAT menemuiku, kerana pasti Allah telah pelihara perasaan itu,terkunci ketat dalam hati ini. Jangan kau risau TIDAK menemuiku, kerana tidak Allah ciptakan sesuatu itu berpasangan andai kesudahannya kita tidak akan bersama. Bukankah begitu? Jangan juga kau risau ANDAI aku merasa kesunyian kerana kau belum hadir untuk mencurahkan kasihmu. Cinta Allah telah memenuhi ruang hatiku, dan kalimat sunyi itu tidak bermakna padaku berbanding memelihara supaya perasaan ini terus suci, untuk dihadiahkan padamu secara halal bila waktunya kau hadir nanti. Justeru aku lebih rela untuk masih tidak menemuimu.


Telah Allah tentukan pasangan kita, 500 tahun sebelum kita diciptakan lagi. Ya, aku pernah terdengar kata- kata ini sebelum ini. Justeru, yakinlah. Bukan meyakini kata- kataku, tapi yakinilah ketetapan Allah s.w.t. Serahkan diriku dalam penjagaan Yang Maha Berkuasa, yakni Pemilik Segala Cinta. Jangan risau akan kemungkinan aku menjadi milik selain darimu. Kerana jika benar aku bisa membawa kebaikan untuk agamamu dan kehidupanmu masa kini dan masa datang, tidak mustahil aku pasti benar- benar menjadi milikmu. Dan jika kehadiranku hanya membawa keburukan padamu, pada agamamu, kehidupanmu kini dan masa hadapan, maka jangan gundah untuk tidak memilikiku. Itu sudah membuktikan aku bukan yang terbaik untukmu.


Aku mendoakan supaya kita sama- sama berjaya dalam urusan kita, kau dengan jihadmu, dan aku dengan jihadku. Aku menantimu dengan keelokan agamamu yang aku cintai. Hilang agamamu, bakal hilanglah cintaku kepadamu. Itu janjiku pada Tuhan Pemilik Nyawaku. Dengan agama dan ilmu yang masih belum mantap, bagaimana mungkin Dia akan menitipkan aku untuk dijaga sebaiknya olehmu? Bila agama dan ilmuku belum mantap, begitu juga Dia tidak akan mempertemukan aku denganmu. Dia menyayangimu dan memeliharamu untuk kebaikan dunia juga akhirat, sedangkan bila kiranya aku belum mantap, bisa saja aku merosakkan agama dan kehidupanmu.


Allah Maha Mengetahui akan hakikatnya kita belum bersedia.


Bisa saja rasa cinta kita mengundang ancaman azab seksanyanya.


Inilah waktunya, ia menjadi tempoh ujian kepada kita. Tempoh untuk kita sama- sama memperbaiki agama dan diri kita. Untuk memantapkan ilmu sebagai wadah untuk berterusan hidup di dalam ibadah. Walau kita belum pernah bersua. Walau kita saling tidak mengenali. Itu bukan alasan untuk kita melengahkan masa. Masakan hanya mahu mencari payung setelah hujan mula turun menimpa...?


Bakal zauj ku,


Usah bergegas, kau kan pasti menemuiku,

bila tiba waktunya di mana perjuangan kita adalah sama...

untuk memikul tanggungjawab yang memerlukan kita saling menyokong..

Waktu itu aku pasti bersedia untuk menjadi sayap kirimu,

Menjadi makmum kepada imam pilihan Allah s.w.t,

Menjadi zaujah dan sahabat karibmu,

saat kita ditakdirkan untuk melalui jalanan yang sama.


Namun andai tiada kesempatan untuk kita di dunia, maka berbahagialah.

Aku masih setia, untuk menunggumu, insyaAllah di akhirat sana (:

0 komen membina: