Wednesday, 31 August 2011

AIDILFITRI 1432H

“Farah!”

Saya menoleh. Tengok kaki je, malas nak mendongak.

“Ado sim card lebih dok? Pinje meta.”

Ek. Suka hati dia panggil saya farah. Arif, adik yang lebih muda 4 tahun dan baru tiba pagi- pagi buta tadi sebelum waktu sahur. Sedari pagi tadi satu family ni sibuk ke hulu ke hilir, helter skelter bak kata orang putih. Persiapan untuk raya lagi 3 hari kut, kecuali saya yang berehat dalam bilik. Habiskan baca buku Adab- adab Ramadhan walhal ramadhan 1432H ni pun dah nak habis dah pun. He. Bertuah sungguh. Awal- awal sebelum ramadhan dulu dah start baca, tapi lepas tu sepanjang ramadhan ni duk kelek buku Misteri Hari Kebangkitan dan Pengumpulan di Padang Mahsyar yang dipinjamkan oleh seorang guru, kawan kepada mak. Buku tu hilang tetiba, dan dalam pada mencari tak jumpa- jumpa maka beralih tumpuanlah pada kekasih lama ni. He…

“Aku baiki tepon. Aku ado 3 tepon loni,”

Tak tahulah apa motifnya, nak berlagak ke apa haha… tak, tak, gurau je ;p

“Pinjela meta, mg kae ado banyok sim card” katanya lagi, berusaha gigih nak pinjam sim tu.

“Mane ado. Ado 1 ni jah…”

Suruh dia ambil je satu- satunya sim tu tapi dia taknak. Kononnya sebab saya tengah guna. Then dia keluar menuju ke dapur. Eh, buat hape kat dapur time- time tengahari pose- pose ni kan hii. Kat rumah ni, nak keluar ke belakang rumah memang nak kena lalu dapur tu. Biasala kan.

“Radziah!”

Hailah. Ni lagi sorang pengacau ketenangan. Sorang keluar sorang masuk. Muqit, adik yang beza umur 6 tahun masuk dengan tukul dan paku di tangan. Menukang dinding bilik dengan tak semena- mena. Kebelakangan ni duk panggil saya radziah. Suka berlagak sebagai abang, takpun sebagai pakcik. Kadang-kadang sampai naik geram pun ada bila diperbudakkan. Suka keluar masuk bilik ni, kacau- kacau orang kejap and then keluar.

Tak sampai 5 minit kemudian, masuk lagi sepasang kaki.

“mari sokmo!” tegur saya yang bersila menghadap laptop tanpa menoleh. Dalam hati pelik jugak, sebab sepasang kaki ni tak berkata- kata pun masa masuk. Memangla kaki takde mulut, tapi tuan kaki kan ada mulut huhu. Seluar jeans, padahal bebudak tadi masuk dengan seluar slack dan boxer.

Tangan encik kaki bertongkat di bahu dan kata, “sapo hok mari sokmo nyoh?”

Ek, terkezut kejap. Abe long! Sekali silap orang ;p

“bilo sapa?”
“baru jah ni…”

Salam abe long. Salam kak long. Dorang bertolak pukul 2am dari johor, mesti penat tu. Saya yang tak buat apa pun rasa penat heh. Well sebelum ni kan kerja… ni baru nak merasa cuti cee… alasan! Mak ayah kerja 30 tahun rilek je ngee. Pagi tadi ada teringat kat dorang, nak sms tanya bila nak balik tapi time tu takde celcom coverage pulak. Tahun lepas dorang tak balik raya sebab abe long keje, tak dapat cuti. Kesian abe long, bila dia call malam raya tu, adik bongsu je yang layan dia cakap.
Kakak taknak cakap dengan dia. Kebetulan mak dah tidur dan ayah pula keluar tak balik- balik lagi. Saya pun taknak cakap dengan abang, merajuk. Merajuk sebab abang tak pulang buat pertama kalinya. Pertama kali ada orang dalam family yang tak pulang raya aidilfitri. Masa tu tak memahami huhu… kesian abang long. Mesti dia lagi sedih sebab 1st time tak dapat balik, beraya sorang- sorang kat johor. Padahal untuk aidiladha sekali je saya pernah pulang untuk bersama family semenjak masuk uitm pun. Hurm…

Ikatan kekeluargaan ni memang complicated kan, tak luntur dek hujan tak lekang dek panas.

Apa- apapun, tahun ni acara mungkin kurang meriah sebab tak buat biskut raya secara besar- besaran macam tahun- tahun sebelum ni. Mem besar pengusaha biskut dan kek keluarga ni, Nono, belum kerja jadi tahun ni takde bajet. Saya pulak malas, biasanya jadi pembantu chef. Nak sponsor biskut tahun ni hajatnya, tapi macam dah banyak. Nak sponsor untuk handmade cookies pun, nak kena tunggu kakak jugak. Nak buat sendiri tak yakin. Haha… mak pula memang dah lama bersara dari industri kek biskut ni. Jadi tailor baju raya dan juadah pagi raya je. Noni, biasanya bahagian bbq dan sate. Muqit, biasanya tukang bagi emotional support je. Ayah sebagai mandur. Arif sebagai tukang kacau dan mandur sambilan. Farhana? Jadi budak suruhan. Sapa suruh jadi bongsu kan haha… abe long? Jadi hiasan rumah agaknya. Saya ni, pencari kerja kosong. Apa- apa pun boleh. Tukang teman no1. (:

Semoga Aidilfitri tahun ni tak suram… semoga kami bahagia berkekalan, insyaAllah.

Ramadhan sehat (:

Apa khabar iman kita di akhir- akhir ramadhan ini ye? Masih konsisten, atau hampir- hampir kecundang? Haih. Nak kata bagus pun, rasa macam lepas tak lepas aje. Sayalah, bukan cakap pasal orang lain he. Bak kata orang putih dan orang yang tak putih sekalipun, “there’s always a room for improvement.” Aha, benar sekali.

Betapa ruginya orang, yang apabila habisnya Ramadhan, namun dia tidak mendapat keampunan Allah. Hidup dan imannya tidak upgrade level. Kefahaman islamnya tiada peningkatan. Sedangkan kita bermainan permainan pun kita nak naik ranking yang lebih baik, bukan hanya mendatar.

Yang bagusnya sebulan ramadhan ini penuh dalam cuti sem, dapat bersahur, berbuka dan berteraweh bersama keluarga. Kurang ruang untuk merasa bosan disebabkan part-time job di SMK Jeli. Pukul 2 petang balik rumah. Rehat kejap, zohor asar dan terus masuk dapur sampailah waktu berbuka. Kemudian magrib isyak dan teraweh. Tadarus di setiap masa terluang selepas solat dan tidur. Rasa padat terisi untuk ramadhan kali ini, disiplin lebih. Limitation drive people to be more creative, kut. Tiada masa nak buat benda2 tak berfaedah lebih.



Awal- awal dah tetapkan matlamat ini dan itu untuk ramadhan kali ni. Antaranya khatam 30 juzuk insyaAllah. Dan alhamdulillah, hari ni masuk 26 ramadhan, hari terakhir dijadualkan untuk dihabiskan juz ke-30. Sebelum2 ni selalu terkejar- kejar untuk habiskan 30 juz. Pelik, padahal kalau nak diikutkan sepatutnya dalam santai je boleh cover up 1 juz sehari. Rupa- rupanya… kalau dah namanya ladies, biasanya kena skip seminggu daripada sebulan ramadhan tu. Boleh pula tak sedar he. Tak patut, tak patut. Strategi baru, habiskan 3juz dalam masa 2 hari dan alhamdulillah. Yang penting kena disiplin dan ikut jadual, kalau tak… bila kena cover banyak2 kan padanla muka hehe.

Diet pun beres. Biasanya lepas teraweh tak mampu pandang makanan dah, tak terlintas di fikiran dah pun. Sahur dan berbuka, gilir- gilirlah prepare dengan unnies. Dongseng ada pun amik part basuh pinggan mangkuk jelah. Tapi semua ok, semoga berterusanlah harapnya. Hari tu adalah jugak turun 2kg tapi kemudian maintain aje. Di rumah ni ada satu catatan berat di awal dan akhir ramadhan. Peserta- peserta adalah semua perempuan tulen except sorang je yang tak berapa nak ori ; iaitu Muqit. Haha…

Allahumma najjihna fil imtihan!


Alhamdulillah.

Result dah keluar. I’m slacking at the entrepreneurship subject ;p.However Alhamdulillah juga sepanjang 3 tahun ni belum pernah gagal mana- mana subjek, dan harap- harapnya InsyaAllah berterusan sampai ke akhirnya lah. Najah berterusan di dunia dan berkekalan ke akhirat, bersama ibubapa, keluarga, guru- guru dan sahabat handai… amin (:

Hidup alhamdulillah, just nice. Bekerja mengisi masa lapang dalam cuti sem, dan cuti sem pula semakin habis. Kepenatan mengatasi kudrat, dan kadang- kadang tekanan perasaan menghabiskan separuh tenaga. Sometimes we glad yet there’s a time we’re upset.

When we’re upset,
we knew we have someone who would do anything for us.
But the only thing is we couldn’t reach them in the meantime;
and that made us even sadder.

Mode: berikan saya cengkerang, dan saya akan menenggelamkan diri ke dasar laut dalam.

“Jangan bersedih - Edcoustic”

Sometimes when I’m sad, I’m begging for a shell every day and night but Allah Almighty gave me none. When my life tearing apart that made me feels as if I’m in the brink of death, still I got none. When my world went upside down and I desperately cried for one, HE knows better. If HE gave me what I want, leave what I need the most. I would have sink myself to the deepest ocean and never ever come back. Isolated and died all alone in an unfamiliar place where no one knows, hopelessly.

Yet HE plans me to rejoice the sweet-sour of the world. Make me strong by all HIS creatures but HIS own will. HE strengthens my feet to overcome the current obstruction so that I can withstand another hundreds to come. And make my heart blooms with flowers of hope whenever I succeed.

And the most important one, HE wants to give me the chances to change.

Change for good.

Change for a better life.

Urm well, there’s a saying that when we get an unpleasant situation to face then just change it. If we can’t change the world for it then you have to change your own selves. Change your mind, your point of view, your very own perspective and the way you heading your life to. You need to adapt yourselves to the world you failed to lead. Nevertheless you can just let the world to adapt to the way you are. Be a follower or be a leader, you choose.

When I talked to myself, there’s a lot of thing came to my realization. Opened up my heart and altered my perspective, thus retaining clearer consciences. Oh, no words can describe how thankful I am. Thank you, Allah. Alhamdulillah! Tabarakallah…!

Diwujudkan kita di dunia ini bukan sekadar untuk hidup sia- sia melata memberatkan bumi tapi lebih jauh lagi untuk mengabdikan diri pada Sang Pencipta. Halangan dan ujian tersedia bukan untuk menggagalkan kita tapi sebagai terapi kekuatan jiwa. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Bukankah begitu?

Dear you… Don’t despair and never lose hope, ALLAH knows (zain bikha) (:

bicara kosong.


Khamis, 30 June 2011. 28 Rejab 1432H.

Bertahan- tahan setiap hari menahan kerenah remaja- remaja di usia memberontak. Dan juga kanak- kanak yang sangat nakal. Kalau lama- lama rasa nak menangis pun ada jugak haih. Tadi pun banyak kali jugak nak naik angin, nasib je lah sempat kawal lagi. Hari yang dahsyat buat saya sebab banyak kali nak emosi. Apalagi bila penat berdiri sepanjang hari. Dan banyak hati yang perlu dijaga.

‘kita tak boleh jaga hati semua orang’

Itu kata bos masa kerja dengan  sebuah event-organizing company dulu. He was right, nope.  He IS right. Saya cuba berikan yang terbaik, tapi saya juga manusia. Heh. Apapun biarlah, hari ni dah khamis. Dapat gaji pula tu. Heavennya cuti jumaat sabtu~ Rasa terubat hati sikit ;p

Kalau buat berjoli sekelip mata dah boleh habis. Ingat nak kumpul duit untuk buat lesen, untuk beli dslr, untuk tukar handset yang dah nah lunyai asyik terhempas, nak bayar duit minyak, nak bayar sewa rumah, nak bayar yuran pengajian, nak biaya research, nak beli barang keperluan, nak itu nak ini. Wah… banyaknyaaaa ;( nafsu nih, nafsu. Kena sort out balik mana yang keperluan dan mana hanya kemahuan. Bak kata mama, first thing first.

Ah, baik pergi makan! Tadi dah nak makan sebenarnya tapi segan bila ayah dah tego tak puasa. Biasa senin- khamis puasa je. Terus terbantut niat suci murni haha. ;p saja tak puasa hari ni sebab nak raikan kewajipan puasa ramadhan yan bakal datang. (alasan)

“Allahumma baariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan”

Hati rindu pada segenap kenangan yang lalu, yang terbaik andai saja ia tak perlu dikenang.