Kesakitan yang mencucuk mengejutkan mata dari lena. Puas bergolek berpusing menahan sakit, akhirnya bangun dan menelan sebiji Uphamol 650. Sebiji sudah cukup, insyaAllah sekadar untuk meredakan sakit kepala yang berdenyut ibaratnya seperti migrain.
Sakit sebenarnya merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang tampak mahupun tersembunyi.
Alhamdulillah, sakit kepala ini sejak akhir- akhir ini seringkali membangkitkan saya dari lena pada pukul 2-3 pagi. Atau 4-5 pagi. Alhamdulillah, kerana dengan asbab ini, ia lebih mendekatkan saya pada Allah. Menyedarkan dari kelalaian dan dibuai nafsu tidur. Memberi peluang untuk memperbaiki hati, menghidupkan hati yang mati, menunaikan tahajud menagih cinta Ilahi. Bila mengenangkan awal pagi, rasanya mahu juga menyambung tidur buat seketika lagi sebelum bangun kembali sebelum tibanya waktu subuh. Namun hati risau seandainya tidak mendapat peluang kedua.
Sakit mengajar kita bersyukur.
Sakit mengajar erti sabar.
Sakit mengingatkan kita bahawa kita sedang menunggu panggilan-Nya. We are waiting for the call. Panggilan, jemputan dan yang sama waktu dengannya. Death.
Prof Muhaya ada menyarankan bilamana orang bertanyakan khabar kita yang sedang tidak sihat, jawabnya:
"Alhamdulillah, (anggota badan) yang lain- lain semua sihat."
Kepada semua yang mungkin kurang sihat, syafakumullah. Berbahagialah kerana kesakitan itu tidak lain menghapuskan dosa- dosamu dan meninggikan darjatmu (:
