Salam Aidiladha, taqabbalaLLAHu minnaa wa minkum salihul 'amal.
Alhamdulillah, hari ini seperti hari- hari sebelumnya, saya punyai terlalu banyak sebab untuk bersyukur. Salah satunya kerana saya mempunyai ruang untuk update blog yang sudah sekian waktunya tersadai hehe. Menerima sms ucapan pertama dari seorang sahabat yang istimewa juga salah faktor yang membuatkan raya ini terlebih indah.Dan yang paling utamanya pada hari raya korban ke-2 ini, saya diberikan rezeki untuk turut serta ibadat korban untuk julung- julung kalinya pada tahun ini, 2012. Excited lah, first time kan (: Ayah yang korbankan seorang sebahagian untuk kami empat beradik. Suka sangat, terima kasih ayah! Tahun depan insyaAllah, andai ada rezeki nak buat korban pertama dengan hasil titik peluh sendiri pula.
Dan demikianlah ceritanya raya korban tahun ini. Buat masa sekarang, saya sedang menunggu panggilan temuduga. Sudah hampir sebulan menjejak bumi Cik Siti Wan Kembang tanpa melakukan apa- apa aktiviti yang membina. Ya, kecuali mengemas rumah sedikit dan membaca sedikit. Dan sedikit itulah point penting hehe.
Apa pun, semoga amal ibadat serta doa kita tahun ini diterima dan dimakbulkan Allah S.W.T, amin. Dan semoga pertambahan amal kita seiring; atau lebih baik lagi jika positvely exponent heh, dengan bertambahnya usia kita.
"It is not their meat nor their blood, that reaches Allah;
it is your piety that reaches Him"
[23:37]
Have a blessed eid.

0 komen membina:
Post a Comment