Tuesday, 10 September 2013

Huge nikmah that we don't realize

Assalamualaikum wbt..

Sopan pula entry kali ni, biasa tak sesopan ni kan, hihi... Sekarang jam 0348 am, tak dapat tidur. 2 jam golek- golek akhirnya mengalah, bangun jelah. Boleh baca- baca nota sikit, kunun rajin mengalahkan zaman belajar ngee. Cari makanan untuk kunyah- kunyah, masak air, check penyata- penyata akaun dan akhirnya bertenggek depan laptop. Dekat fb, jumpa vid ni yang membuatkan saya terfikir, betapa besarnya nikmat iman dan islam, betapa besarnya nikmat lahir sebagai seorang islam, betapa besarnya nikmat dilahirkan di negara islam dan betapa besarnya nikmat menjadi diri sendiri.

"Qul, hadzihi sabiliyy," yang bermaksud, 'Katakanlah, inilah jalanku,'

Islam bukan sekadar agama, bukan sebagai anutan, sebaliknya sebagai jalana, sebagai kehidupan, sebagai nyawa kita. Allahurabbi. Seakan telah lama saya melupakan matlamat hidup yg sebenar, menyebabkan saya merayau- rayau kesesatan mencari makna kehidupan dan akhirnya saya berasa bosan. Lelah untuk hidup, hilang semangat. Hampir- hampir saya berputus asa untuk hidup, seakan-akan api pelita yang menyala di tengah ribut. Saya benar- benar berdiri di tepi jurang, hanya kerana saya tidak dapat mencari jalan pulang, dan tidak mempunyai teman untuk menarik tangan saya kembali mencari keredhaan Allah.

Ya, jika hampir saya berputus asa untuk hidup, jujur saya akui betapa saya benci diri saya sendiri. I had it enough. Saya lelah untuk terus melangkah. Semakin jauh saya berjalan, semakin tersasar dari jalanan lurus. Pelita kecil di tangan saya, minyaknya hampir kering, apinya semakin malap. Dalaman saya semakin kontang, kepercayaan bergoncang, dan semuanya saya diamkan. Setiap hela nafas seakan bertakung di relung dada. Dan saatnya saya hampir berhenti...

Pagi ini Allah memanggil kembali.

Dia menyedarkan saya tanpa sesiapa di sekeliling saya, Dia tetap ada. Betapa besarnya kesilapan saya, mengharapkan adanya seseorang untuk datang memimpin kembali kepada Allah, sedangkan saya boleh memohon terus kepada Allah. Betapa ceteknya akal saya.

Untungnya peringatan Ustaz Nouman Ali Khan yang didatangkan Allah ini, menyedarkan kembali. Allahuakbar, betapa jauh saya hanyut. astaghfirullah. T-T

Dalam proses mencari diri yang hilang, semoga Allah berkati, amin...

Monday, 9 September 2013

Knock out.

I know this is not right, but...

Don't know why, each and every time I went to Guardian, AEON Wellness Centre, Watson etc, I would looking out for high dose meds for knocking out even though I know it wouldn't easily being sold there. It is as if I really want to put a stop to whatever pace I took.

Luckily none available. Yes, luckily.

Even so, high dose of acetaminophen also will do. But it will jeopardize the liver and kidneys, let's say if you're lucky enough to get a second chance to live.

My pink carnations are blooming right now, and my faith loosening for they will wither sooner. pls help...

Tidak normal.

Shameful!

Itu je yang saya tahu, andai this rumour which I didn’t know since when it started, might circulating widely in my working place. No, for sure I can’t take this. I would be super mad if I know who created this. Kalau tahu siapa, hu, saya wacha wacha kasi lebam.

And thanks god, after saya naik angin dan update status kat fb, terus senyap.

Hairannya, orang yang turut terkait dalam khabar angin tak patut tu macam extra friendly pulak dengan saya. Tegur. Belum bersuara nak minta tolong pun dia dah datang siap dengan pen, macam tau- tau je apa yang kita fikir. I mean, before this memanglah dia baik, ringan tulang, sopan bagai. Tapi memandangkan saya ni jenis pendiam dan segan- segan, kitorang memang tak mudah- mudah nk bertegur sapa. Paling- paling senyum dan ucap terima kasih bila dapat pertolongan. Dulu pernah jugak sekali saya rajinkan mulut nak tegur waktu belum join department sama, tapi sekali tu je.

La ni, bertambah la rasa awkward tu. Tak best betul.

Dah la saya ni bukan jenis yang pandai nak ambil hati atau nk cari modal borak- borak. Kelakarnya, asyik kena gelak dekat dia. Aish. Malu rasa.

Ada sekali botol air patient jatuh bergolek keluar masa saya tengah nak check tekanan darah. Oleh kerana tirai tertutup, saya jenguk kat kaki, tapi takde. Sampai kena intai keluar dari bawah tirai tercari- cari, waktu tu lah tiba- tiba dengar ada orang ketawa. Saya senyum jelah, nak buat cemana lagi. Huu…

Tapi tulah, rumour tu tak patut langsung. Saya dengan dia, tengok pun memang tak sesuai. Bak kata orang, bagai langit dengan bumi. Nak padankan macamana pun tetap jadi gandingan yang ganjil lagi hodoh. Saya ni hanya mencacatkan kewibawaan dia adalah. Haha. Lain agama pula tu, konfem- konfem mustahil. Sedangkan kalau melayu tapi tak solat pun saya tak senaraikan dalam list, apalagi bukan islam. Naudzubillah, moga dijauhkan lah.

Apa pun, bukan sebab dia yang menyebabkan saya tak senang. Dengan siapa- siapa pun saya tak suka, sebab ini bukan waktunya. Sekarang ni focus saya hanya pada kerjaya, masih awal untuk membina kerjaya. Saya tak selesa andai ada khabar- khabar angin melanda, memburukkan hubungan dengan rakan- rakan sekerja, menjejaskan tumpuan saya. Sebab khabar- khabar angin macam nilah yang membuatkan saya rasa nak mengaku suka perempuan je, susah! 

Then saya pun beli sebentuk cincin dan sarung. Kiasan hati ini tidak available untuk siapa- siapa. Full stop (:


Sekian.