Hari tu pergi camping kat Lata Kekabu, Lenggong sementara gap nak sambung praktikal balik. Dalam pada cakna tak cakna, hesitate tak hesitate, the night before tu barulah call rumah. Right before briefing untuk camp oleh pihak HALUAN di kampus. Just to inform, not to ask the permission. Yelah, kalau dah esok pukul 5am nak bertolak, tu bukan namanya nak minta izin dahtu.
Saya : *cakap3* esok nak bertolak pergi mountain climbing.
Mak : kat mana?
Saya : Perak. Uh, briefing dah nak start la mak.
Mak : ok. Best of luck.
Saya : apa? *tak dengar since mc dah start cakap*
Mak : best of luck!
Saya : ok hee. Assalamualaikum~
Mak : waalaikummussalam (:
See, I told ya. There’d be no such thing such as obstacle in my decision. That’s y I said, ‘too much freedom will kill me’. Believe me, kalau parents tak sekat kebebasan anda, tu sebab mereka percaya. Dan kalau mereka sekat, sebab mereka sayang lebih. Jadi yang selalu tersekat keinginan tu, jangan merengek2. Ada manusia yang kelihatan tabah dan bebas buat pilihan tu sebenarnya jauh dalam hati mereka, sometimes perhaps, they actually really want someone to care. Even they don’t tell. I know.
 |
| comel kan stokin pacat Tok Ki yang kaler pink tu? hihi |
Untuk conclude aktiviti kat sana, (sebab takde mood nak menaip malam ni, esok praktikal syif pagi) first of the first, I misunderstood this camp as a mere mountain climbing camp. Terlepas pandang nama asal dia VOLUNTEER camp. Ingatkan sesape yang sukarela nak pergi. Rupa2nya sebenarnya camp untuk relawan, dan memang dah ala2 kem askar. Latihan untuk pergi ke tempat2 misi bantuan, dan latihan dengan segala kesusahan yang bakal dihadapi. Masa briefing the night befire tu baru sedar, 7jam sebelum bertolak (-_-“) baju hanya sehelai sehari. 3 hari maka jadinya 3 jelah. Kena bungkus dalam plastic setiap sepasang. Dan alat2 seringkas mungkin untuk masuk hutan. Dan sehelai pakaian untuk solat. Jadi saya yg tersalah faham siap bawa novel dan selimut ni, kena unpack balik barang dan tinggal yg selebihnya kat surau kampus. Bawa hanya 1 backpack SAHAJA.
1 SAHAJA.
Lalu oh, hati berdebar. Memang logiklah kan. Cemana nak tolong orang kalau bawa beg bersiar2 dan nak melawa dengan berpasang2 baju. Understood, jadi tawakal sehabisnya. Rintangan yang kedua, PACAT.
Telling u the truth, saya takde geng pun kat kem. Bawa diri je sensorang, come hell or high water. Dan sepasang jeans. 1 seluar track. Dan 1 seluar denim kut. Jurulatih kata
‘no jeans allowed, HARAM’.
Tengahari sampai berdekatan area Lenggong, kami singgah di Tasik Raban untuk beli bekal makanan sebelum bertolak ke tapak kem, Lata Kekabu. Sebut lata pun tau, mesti ade air terjun. Dan mesti ade hutan, juga wajib gunung. Briefing seketika, bagi team, dan kemudian jurulatih demo pasang satu khemah. Elok siap demo, hujan lebat. Selebihnya berbelas- belas khemah yang lain volunteers pasang sendiri dalam hujan lebat. Baju siap perah. Nak membasah sampai ke malam kot baju tu. Dan sempat jugak text status ke pesbuk sebelum henset kena kuarantin.
Sorang. Jadi kena pandai2 bawa diri. Ramai junior. Dan sorang ustaz yang jadi pengiring. Jurulatih dalam 7-8 orang. Jamak dan qasar solat berjemaah dalam hutan. Orang kedua penting, Nawarrah@Nawa yang uruskan kem volunteer (student) tiba waktu dah malam sebab uruskan insurans peserta. Teman dia solat lepas habis program dalam 12malam lebih dan balik ke khemah. Eh, kosong? Rupanya semua peserta kena kumpul balik, ada demo masak nasi dalam hutan di seberang sungai sana. Siap kena scolded by Cikgu Rafee, salah seorang jurulatih. Bekas jurulatih plkn, dan orang yg urus kem latihan sukarelawan. Garang, tegas usah ditanya. Btw kami diajar panggil para jurulatih ni abang itu dan abang ini, tapi lidah rasa kebas so panggil cikgu jelah. Ada sekali saya nak tergelak tapi tahan.
“Pakcik, boleh tak… err abang macamana nak sentry malam ni?” tanya sorang junior perempuan.
“Panggil cikgu jelah, takut kamu mengigau malam ni,” balas jurulatih tersebut sebelum jawab soalan.
Haha. Memang pangkat ayah kut. Lalu melekat lah cikgu dekat semua jurulatih kecuali yang terang2 muda lah. Siap ada yang suruh panggil dia Tok Ki, ni jurulatih yang paling sporting tapi sama jugak tegasnya. Ada sekali masa aktiviti flying fox, ade junior ni jawab salah tapi since saya tengah duduk mencangkung kat belakang Tok Ki time tu, sepantas kilat kena lepuk dekat dahi tak pasal2. Terkejut kaw- kaw, nasib baik berlapik tudung. Haish.
Malam first berjaga sentry 2-3am, pastu bangun balik jam 4.30am. Esoknya ngantuk takleh ingat. Buat hiking, absceiling dan flying fox. River crossing tak dapat buat sebab lama sangat nak buat flying fox tu. Elok nak buat flying fox, cg Rafee dengan sorang lagi abang jurulatih yang jaga bahagian tu tanya soalan yang buat saya pelik.
“kamu ni anak orang kaya kan?”
Saya : “kawan saya ke?” *tunjuk dekat Nawarrah, naib presiden persatuan*
“kamulah.” Kata jurulatih.
Bergurau ke ni, asal tiba2 keluar topik anak orang kaya pelbagai. Dan memang tak. Senyum dia serius sambil checking up tali kabel.
“Mana pula datang cerita saya anak orang kaya ni?”
Pelik jugak, anak orang kaya. Kalau cakap anak dato’ke, tan sri ke takdela heran kan. Kaya pun jadi isu tiba2 ni, hairan bin ajaib.
“kawan kamu yang cakap,” kata jurulatih senior tu.
“Mana ade.” Dan take note, mana ada kawan saya datang kan.
“kamu orang Selangor kan?” tanya abang yang muda tu. Eh, kalau abang memanglah muda kan.
“taklah, Kelantan.” Dan terus meluncur laju ke bawah bukit, di seberang sungai sana tempat Tok Ki tengah stand by.
Malamnya, lepas jamak qasar maghrib isyak berjemaah, night walk dalam hutan. Bulan terang, hampir purnama. Tawakkal dengan segala pacat. Baju sama, cuma tukar baju bersih waktu solat tadi je. Kena tinggal dalam hutan tanpa bunyi dan tanpa torchlight. Diserang pacat yang entah datang dari mana, rasa nak menangis bila2 masa je. Lepas tu perasan salah sorang peserta macam tersentak, dan serentak dengan tu ternampak seekor pacat merayap atas tangan. Tepis cepat2. Nasib baik jatuh hu.
Bila nak balik, dengar bunyi volunteer kat belakang bisik terjumpa pacat dekat baju. Yang tersentak tadi pun bisik kena banyak pacat.
Saya : jurulatih baling. (nada kontrol selamba. walhal hati bengang sebab ngeri)
Junior 1 : jurulatih baling pasir, masuk mata tadi.
Junior 2 : pacat jatuh dari atas.
Saya : tak, dia baling pacat sebenarnya.
Sebab tu banyak pacat. Takpe nanti nak tanya jurulatih. (but then terus lupa). Malam tu nak tido, lepas siap mandi segala, ada seekor pacat naik. Suara ala bunyi tak bunyi je minta kawan kamceng tadi tolong buang. Kecik je pun, tapi sebab geli punya pasal. Dan alhamdulillah, bilamana volunteers lain punyalah banyak sangat2 kena gigit pacat, saya seekor pun tak kena. Berkat doa minta dijauhkan segala bahaya yang dalam matsurat tu rasanya, subhanallah.
(Petang hari sebelum kejadian, selepas absceilling)
Saya : cikgu, ada tak petua nak halang pacat?
Cikgu : dulu cikgu bunuh sekor pacat dan sapu serata badan, konon nak bagi pacat lain takut since kawan dia mati kena bunuh. Tapi tak jadi, penuh kena gigit serata badan.
Haha. Shuvit sungguh petua :D kalau saya buat camtu silap2 pacat seantero dunia berdendam tujuh keturunan dengan saya kang hahaahaha
Malam tu tido lebih sikit, lebih sejam setengah dari malam pertama. Malam first dapat tido sejam setengah je. Yang ni dapat tido lebih since ambil waktu sentry pukul 3-4am. Tapi bila jam 2.45am, orang yang sentry tak dapat tahan ngantuk dan tido, tak menyempat nak kejut kami. Macam2la kan, haha. Bila waktu makan, biasanya saya pergi waktu akhir. After siap mandi tukar baju pelbagai, sebab kalau pergi awal pun kena tunggu giliran jugak. Saya ni satu jenis malas nak berebut. Dan yang kedua memang saya tunggu kat belakang je pun biasanya. Waktu jurulatih makan.
Jurulatih 1 : kak long, asal negeri mana?
Saya : Kelantan.
Jurulatih 2 : tak dengar kecek kelate pun?
Saya : *sengih* dah ingat saya orang mana?
Tok Ki : perak.