‘Salam. 911. Ana perlukan volunteer untuk menjaga booth PEMBINA sempena himpunan sejuta belia di putrajaya pada 27-29 Mei ni dari 10am-10pm. Jangan lupa reply, jzzk ;-)’
Masuk sms dari ukhti Shahidah. Dan sehari kemudian sms yang sama di-forward oleh kakak naqibah. Waktunya hujung minggu, dan saya sendiri masih berada di area Lembah Klang memandangkan praktikal belum tamat.
Awalnya saya belum membuat keputusan, apalagi bila poket pun sedang kering. Perjalanan memerlukan kos yang bukan sedikit, sedangkan dalam tangan waktu itu hanya tinggal kepingan syiling. Sehinggalah terdengar perbincangan kawan2 yang kelihatannya excited nak pergi ke acara ni. Ada ape je dekat sana? Saya tak alert apa2 pun pasal ni. Padanlah, tv tak tengok. Internet tak online. Akhbar pun tak baca. No wonder-lah. Haha.
Tawakkaltu ‘ala Allah.
‘Wsalam. Insyaallah, hadir’
Dan selepas itu saya tak ambil peduli pun apa dan bagaimana, sehinggalah hari kejadian tiba untuk giliran saya menjaga booth. Daripada perjalan pergi dan balik, sehinggalah makan dan minum semuanya tertanggung beres. Bahkan duit tidak terusik walau 1 sen pun, subhanaLlah! Sedangkan sebelum itu tidak terjangkau pun di fikiran yang saya akan dapat pergi ke putrajaya yang cantik, bersiar- siar di acara Himpunan Sejuta Belia, mendengar penasyid Rabbani etc live, menjejakkan kaki ke Masjid Putra yang sangat gah etc.
“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
At-Talaq : 2-3
SubhanaLlah, Maha Suci Allah!
Hebatkan Allah s.w.t? Perancangan-Nya yang Maha Luas dan Maha Teliti, pengaturan-Nya yang Maha Tinggi. Tak cukup pujian untuk diucap dan dilakar. Semuanya terlalu indah pada saya. Terpesona. Terkesima. Terlalu hebat (:
Untuk event ini, saya dapat ukhuwah. Saya dapat pengalaman. Dan bermacam- macam lagi. Hadir di sana, lebih sebagai crew media. Setup tempat dan alatan. Laptop, wiring extension, projector and speaker. Mengambil gambar. Dan senyum. Awalnya tak berapa cooperate dengan ikhwah, memandangkan pembahagian tugas masing- masing berlainan. Ditambah pula dengan peringatan dari team leaders untuk part ikhtilat, menjadikan seakan ada invisible barrier di booth kami. Saya senang hati. Tidak banyak program yang saya sertai yang strict dalam perihal batas- batas pergaulan, dan pastinya ini sangat memuaskan hati. Terjaga luar dan dalam, siang dan malam dalam mencari redha Allah. Very beautiful.
Saya yang sedang meluangkan masa melihat- lihat pameran kekejaman zionis di booth Aman Palestin yang berada di sebelah kanan menoleh bila terdengar suara akh di belakang, yang bercampur- aduk dengan para pelawat yang membanjiri booth. Mendengar sekilas maklumatnya sebelum berpaling ke arah projector yang diunjuk dengan ibu jarinya. Projection failed. Diam. Politely nodded. Ana fahimtu.
Misi utama adalah untuk memperkenalkan persatuan selaku badan dakwah bebas kepada orang ramai dan dalam masa yang sama membuka keahlian. Pelbagai aktiviti dan permainan yang dijalankan dengan manfaat, antaranya pop kuiz pengetahuan am Islam, pancing botol yang berisi soalan, dart, mini basketball, teka silangkata, teka lirik, mini pingpong dsb.
Salah satu yang menarik pada saya bilamana booth diserbu oleh Indian boys dan mereka mencuba permainan pancing botol. Saya dan beberapa crews awalnya teragak juga. Bagaimana andai soalan berupa ‘sebutkan rukun iman’ atau ‘berapakah bilangan nabi- nabi yang wajib diketahui dan sebutkan 10 orang darinya’ dan seumpamanya yang terpancing? Akhawat yang mengendalikan permainan ini semuanya mempamerkan wajah biasa dan tersengih bila salah satu botol berjaya dipancing. Kertas soalan di dalam botol dikeluarkan oleh petugas dan dibaca.
‘sebutkan nama- nama khulafa’ ar-rasyidin’
‘Nanti, nanti. Ali bin Abi Talib!’ kata si pemancing, sebelum menyebut 3 lagi nama sahabat Rasulullah s.a.w yang mulia.
Abu Bakar as-Siddiq.
Uthman bin Affan.
Umar al-Khattab.
Kami para petugas kagum di dalam hati. ‘Champion!’ kata kawan kepada pemenang sambil menepuk- nepuk belakangnya. Suasana di booth meriuh seketika dengan reaksi penonton yang turut tidak menyangka. Peluang dakwah kepada non-muslim itu di mana- mana.
Alangkah malunya bila seorang muslim itu sendiri tak mengenal sahabat- sahabat Rasulullah, apalagi yang menjadi khulafa’ ar-rasyidin. Sedih je rasa. Ada juga bilamana satu soalan ditanyakan, ‘Siapakah sahabat baginda Rasulullah, yang mana anak perempuannya Humaira menjadi isteri kepada baginda Muhammad s.a.w?’
Soalan yang ditanyakan kepada seorang guru perempuan di hadapan anak dan juga anak- anak muridnya, dan terkial- kial cuba dijawabnya. Lama masa berlalu walaupun para petugas telah memberikan pelbagai hint, akhirnya seorang kakak memberitahu ‘Abu B’.
‘Abu Bakar!!’ jerit si guru sambil melompat- lompat kegembiraan. Erm, tak elok untuk saya komen lebih2. Anda fikirlah apa situasinya, tepuk dada tanya selera. Jika sedemikian guru- guru pada hari ini, apa yang boleh dibayangkan pada generasi anak didiknya? Saya tak mahu menuding jari pada sesiapa, sendiri mau tahu. Ada peribahasa yang terkenal melayang- layang dalam fikiran saya.
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.


0 komen membina:
Post a Comment