Saturday, 4 June 2011

jungle trekking dan mountain climbing

Hari last, jungle trekking dan mountain climbing. Ada yang curam, licin, berbatu- batu, bersungai dan berpacat segala. Semua redah je. Bertongkat, sebab terseliuh. Tak boleh angkat langsung kaki kanan, tapi taknak cakap dekat jurulatih. Takut dorang tak bagi masuk hutan. Dan team kami jalan last, dan fortunately sesat dalam hutan. Beberapa jam jugakla, sebab salah jejak. Pastu jumpa penduduk setempat dalam hutan tu, katanya jangan pergi depan sana sebab ada tapak gajah yang masih baru. Kami jalan, sampailah rentas satu sungai yang deras. Tok ki stay, sorang lagi jurulatih pergi cari jejak volunteers. Lama, akhirnya jalan balik dan jumpa team lain2, dorang dah start masak dan buat pondok dalam hutan. After tu kami jalan balik menuju ke destinasi utama, air terjun Lata Kekabu.

3pm, semua ready untuk balik. Jemaah zohor asar, dan briefing last. Orang penting yang ter-kamceng dengan saya tu, Nawa. Ni first time kami berprogram bersama dan bersua, tapi terus kamceng sebab kami banyak persamaan dan serasi. Dan sama umur. Dan dia memanglah mesra. Dari awal sehingga akhir program. Tiba2 dia gelisah, driver bas yang patut datang ambil kitorang pukul 3pm tak datang2. Tak dapat dihubungi. Ustaz cuba hubung pun tak dapat. Kebetulan saya duduk di belakang, mereka minta kalau2 saya ada simpan nombor mana2 pemandu bas atau orang yang uruskan bas. Kebetulan memang saya selalu jugak berurusan dengan orang2 bas untuk pergi program2 fakulti.

Saya : tapi, handset dengan jurulatih.
Ustaz : Anim, kamu pergi jumpa cg rafee, minta handset, cakap urgent.

Saya pun pergilah, padahal ketua jurulatih @ abah tengah berucap. Minta dengan cg rafee yang kebetulan duduk kat tepi dengan jurulatih2 lain. Handset pulak letak kat depan, dekat dengan ‘abah’ yang tengah cakap. Tapi kat mana sebenarnya? Elok saya jalan tunduk2 pergi dekat kotak2 dan syreeetttttttt

Shuvit! Tersangkut dekat wayar speaker sampai tercabut suis dia!

Malu bertan- tan tak terkira. Otomatik terduduk dengan muka cuak, nak pasang balik suis tu. Alahai 2 pin la pulakkkk… Abah dah berenti bercakap dan pandang saya yang terduduk kat depan, gelabah nak pasang balik suis. Cg Rafee datang tolong. Dan kemudian dia tunjuk tempat handset saya… betul2 di sebelah kaki abah kot!!!! Tak payah nak lintas speaker pun sebenarnya wahh… volunteers yang duduk bahagian depan konpem tahu ape yang terjadi. Luckily ramai yang tak perasan pun apa chaos yg saya actually buat haha… aduyai.

Koling satu demi satu driver dan orang- orang bas, dan akhirnya selepas berbelas2 orang… dapatlah nombor orang yg dikendaki tapi dengan masalah baru, bas baru nak bertolak dari puncak alam ke lenggong masa pukul 5pm tu. Malam ni, pukul 9pm barulah dijangka sampai. Nawarrah bangun untuk bincang dengan pihak pengurusan berkenaan masalah pengangkutan, meninggalkan saya dengan encik presiden dan ustaz. Saya ni bukannya ajk, takde sebab nak kena duduk lebih lama, dengan laki je pulak tu. So bangunlah pergi dekat adik2 junior, amik tafsir dan buat hal sendiri. Aktiviti bebas.

530pm, baring. Lelap. 6pm, tersedar.

Turun dari tempat berkumpul dan jalan- jalan di tepi sungai/ lata. Ingat nak tolong ada member tengah angkat barang2 tapi then entah dari mana encik presiden tiba dengan tersenyum- senyum, tolong angkat barang tu. Lah, baru nak buat kerja tapi disambar orang la pulak. Pass topi dekat member yang jatuh masa dia angkat barang tu, dan beredar dengan muka seposen, turun ke tepi lata. Tanggal sandal, duduk bersila atas batu hampar yang sangat besar di tengah2 aliran air sungai tu. Keluarkan tafsir dari poket. Line clear, takde orang. 

Cantik.

Dan hanyut dalam dunia tersendiri.

Habis satu muka, baca terjemahan dengan suara perlahan. Seakan- akan berkongsi dengan air sungai dan hidupan dalamnya, dengan batu- batu, pepasir, pepohon dan burung2. Tenang. Tidak sia- sia bas datang lambat. Subhanallah…

antara jurulatih- jurulatih kem

Di kem ni, banyak merantai ukhuwah dengan junior2. Dalam masa 3 hari dapat kenal perangai masing2, sedangkan 3 tahun berada di kampus selama ni tak pernah kenal pun. Dapat banyak ilmu survival. Dapat kenal diri sendiri.

Tak sia- sia datang…

0 komen membina: