Friday, 22 April 2011

Exam oh!

Sir Baha dah siap bagi skema jawapan final past year untuk kami revise, kalau tak dapat A lagi subjek ENT ni tak tau la kan. Saya pun baru jeling2 jep, dorang ni dah pulun baca awal2 lagi dah. Dah tamat sudah kelas dengan sir. Mesti rindu dengan kelas sir pasni, sebab sir sangatlah bersifat kebapaan. Sabar lagi dengan kami. Lagi best, dia humble jep. Tapi otak bergeliga dan very very knowledgeable, macam Tun Mahathir. Memang respect habislah. We’ll try our best sir, do pray for us!

La ni agaklah tengah revise sikit2. Sikit tu maksud dia lagi sikit dengan estimation 1/10 dari apa yang korang agak sebenarnya, haha ;p mananye tak, baca sikit je koma. Belek sikit je pengsan. Haih. Kena cari mood berchenta dengan buku2 nih, kenot go sungguhlah. Grr.

Rasa macam nak makan sesuatu lah. Tapi dah makan nasi tadi. Sesuatu yang lain. Tak selera lah lately, asyik hadap benda sama je. Bosan dah. Hati rasa kosong, dummy life. Something is wrong somewhere. Nak buat ape ni yeh? (buat- buat lupa ada setambun notes yang nak kena revise!)

Belek2 koleksi, terjumpa gambar lama masa sem 4 dulu. Setahun yang lalu lah kiranya, waktu beli kek untuk celeb birthday Sya.
Nak tunggu asar sambil bergolek kat tingkat ataslah, aci tak? He. 

Assalamualaikum w.b.t

Din saya. Deen saya.

Jumaat yang mulia lagi bahagia hari ni, alhamdulillah diberi kesempatan diterima untuk berpagi- pagi sujud di hadapanNya seawal sebelum subuh. Usykur lillah… kerdil merasa diri sebagai hamba. Rasa terhina dengan kesibukan dan halangan untuk memperhambakan diri pada si DIA yang memberi masa 24jam sehari itu. Dan dalam tiap sujud, rangkap nasyid edcoustic bergema di dada dititip menjadi doa.

‘aku ingin mendekati-Mu selamanya… sehina apapun diriku!’





Benar. Dalam hina kotorku berselaput debu dosa, masih hati ini tidak berhenti berharap untuk mencintai-Nya. Untuk meraih cinta-Nya, walaupun diri ini ternyata tidak layak. Malu sendiri, namun dalam malu itu masih lagi keampunan diharapkan dalam setiap kekhilafan yang disengajakan mahupun tidak. Tuhanku, syurga-Mu aku mahu… namun kelihatannya neraka-Mu jua yang makin aku rapati! Astaghfirullah al-azim…

Ya Allah, perkuatkanlah mujahadah hati ini. Berilah aku petunjuk, dan petunjuk kepada orang2 yang bersamaku. Serta jadikanlah kami sebagai penyebab orang2 yang mendapat petunjuk-Mu. Amin.

Baiklah. Mata sedang mengantuk sikit2. Cewah, ayat sikit- sikit konon. Baru lepas buat nasi goreng. Praktis untuk bertemu mak mertua kut nih. Haha. Sambil potong2 segala keperluan, sempat teringat.

*teringat*

Tapi teringat kosong jelah. Bukan sengaja teringat, tapi sambil2 fikir pasal exam final tu terselit jugak. Orang lain tengah pulun revise untuk final exam next week ni, saya tengah pulun nak goreng nasi. Oh takpelah, kata ustaz Zabidi kat mrsm dulu, ‘exam2 ni dunia aje…’ pastu saya pun cover lah sikit, yang lagi penting adalah akhirat. Macam nak kahwin jugak. Tiada guna pasang harapan nak kahwin orang itu ini, nak hidup romantik begitu begini bagai novel. Sebabnya kalau saya mati esok, maka mati dengan angan kosong. Tak ke rugi je? Ish. Lalu hati yang bercinta- cinta akan dunia ni tawar. Patutlah kita orang islam digesa banyakkan ingat mati, supaya tidak bercita- cita terlalu tinggi akan dunia. Astaghfirullah.

Banyak berfikir merepek- repek macam nilah yang jadi penyebab hati keras ni. Tengok movie yang bukan- bukan. Gelak- gelak. Makan tak bertapis… bla3

Ops. Macam2 pulak ramuan kata untuk nasi goreng kali ni kan. Dan kesudahannya, daging ayam tu sempat terhangus sikit haha. Sengal… nasib baik bila dah campur nasi dan sayur pelbagai tu maka dapatlah cover. Sempat tukar fikiran buat lawak sensorang, ‘tak qualified nak jadik menantu lagi ni. Maaflah, busy tak dapat nak bagi komitmen lagi nih. Takde masa nak menghuni hati orang lagi nih!’

Then teringat kisah Jaja & Din. Eh, Jaja & Din lagi, tak habis2. Suka la tu Din. Tapi, saya bukan cari Din, ataupun orang2 yang macam Din. Saya tunggu ‘Din’ pilihan Allah jep. Atau mungkin ‘Din’ pilihan Allah yang dipilih mak ayah. Cuma kisah ni ada bagi motivasi pada saya sket. Motivasi part mane tu tak payahla cite pepanjang, yang penting tandanya adalah pagi ni saya masak nasi goreng selepas khatam bace J&D semalam. Kahkah ;p

Eh, cakap pasal ‘Din’ ni, risau jugak saya. Kalau mak ayah tau saya nak cepat2 fly ke Riyadh after tamat je belajar ni, lama kang dorang cepat2 pulak nak cari ‘Din’! korang ni macam tak tau, macam tu je cara kalau nak rantai kaki anak perempuan tak bagi pergi jauh2. Masa kecil2 bolehlah mak ayah nak simpan anak dara kat rumah. Bila dah kerja dan berdiri atas kaki sendiri, tiada alasan untuk menyekat kebebasan. Lagipun mak ayah memang percaya dan bagi right to decide pada saya sejak dulu, maka naik tocanglah. Tak ada masalah pun pada saya untuk patuh kalau ayah kata ‘no’, tapi saya tak harap pun ayah kata no. Jangan pula orang pegi telefon ayah tak bagi syaa pegi sudah haha. Ada jugak niat hati saya untuk menetap di madinah atau mekah. Bukan tak sayang Malaysia nak jadi orang arab ke ape, tapi banyak sangat sebabnya. Nanti boleh bawa mak ayah datang sana. Nak haji umrah pun senang. Dan selamat dari fitnah Dajjal, sebab tu je 2 buah negeri yang Dajjal takkan dapat masuk.

Mak ada pesan.

“Jangan pula nanti pulang bawa menantu arab. Mak tak terima.”

Err, takde keinginan pun saya nak cari ‘Din’ orang arab, mak. Saya kat sana untuk bela kehidupan mak ayah masa depan, dan kehidupan saya jugak. Nanti kalau sakit ke apa ke, senang. Saya nak jaga sendiri 100% pasti tak boleh, jadi saya nak pastikan mak ayah akan dapat the best quality of care. No money no talk la kan? Tu sebab kena cari duit. Even kalau kahwin doktor pun, belum tentu doktor tu nak jaga mak ayah mertua 24jam. Silap2 sibuk memanjang kat hospital. Taknakla cari menantu doktor. Doktor pun taknak nye dekat anak mak ni, haha ;p macam nak cari orang yang buat secondary job sebagai penggali kubur jep buat calon suami. Ada tak anak- anak muda sekarang turun padang jadi tukang gali kubur pada zaman sekarang ni eh? Kalau ada sila isi borang ye. Ha2..

Sebenarnya maksud mak bukanlah taknak menantu arab. Tapi dia taknak andai tiba- tiba wujud seorang menantu dari tanah arab tu, bawa balik ke Malaysia. Atau kalau tak dari arab pun, dari mana2 ajelah. Faham tak? Buat2 faham jelah ye. Lagipun mak mengandaikan saya pegi kerja kat sana kejap je. Erm… kalau tak boleh bawak menantu balik sini, apakata kalau bawak menantu pegi sana? Haha!

Eh dahla, kan dah merepek panjang lebar. Koranglah, melayan sangat saya nih he… belajar ada lagi setahun ni. Dan pada ‘Din’, setahun lagi tau. Kalau lambat2 saya tak tahulah saya boleh tunggu tak. Mana tau kot2 ‘Don’ ke pulak yang datang! He. Ini bukan gatal ye, ini namanya sengal. Ok nak sambung revise sat. (perasan tak ada ‘sat’ kat hujung ayat tu? haha)

“ya Allah, lindungilah aku dari segala perkara yang tidak berguna dan sia- sia”

Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, 17 April 2011

hakikat kehidupan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Baru saje mendapat khabar pemergian nenek kepada Mizah. Innalillahi wa inna ilaihi rooji’un. Al-fatihah buat roh allahyarhamah, moga diampunkan segala dosa, dipermudahkan segala urusan di alam- alam yang seterusnya dan ditempatkan bersama roh orang- orang beriman.

Sebak terasa.

“iye? Innalillahi wa inna ilaihi rooji’un…” mengiringi pemergian dengan al-fatihah dan sekalung doa.

Mata bergenang. Tak mampu mengucapkan apa- apa, cuba mengumpulkan kekuatan supaya sahabat terus kuat. Berdoa dalam hati supaya roommate tabah dengan kejutan ini.

Teringat kisah 3 tahun lepas, apabila Sya menerima panggilan telefon pada pukul 2 pagi. Sewaktu itu kami sedang menjalani latihan untuk persembahan pembukaan dan penutup Asean University Games, menginap pula di kolej melati di UiTM Shah Alam. Kebetulan saya waktu itu sedang bersengkang mata di hadapan laptop dan kadang- kadang termenung. Setidaknya berita itu disambut dalam keadaan yang tenang oleh Sya.

Sememangnya apabila seseirang meninggal, kita telah dihijabkan dari dua ruang yang berbeza. Yang tidak akan sesiapa dapat menentang ketentuan untuk melangkaui ruang dan alamnya, kecuali dengan izin Allah. Kadang- kadang berita sebegini sangat mengejutkan, sehinggakan kita merasa seolah- olah tidak percaya dan hilang dari dunia nyata.

Saya sendiri menghadapi perpisahan abadi dengan arwah atuk (sebelah emak) dengan terkejut. 3 hari sebelumnya saya turut bermimpi berjumpa dengan arwah atuk dalam keadaan sihat walafiat dan tersenyum gembira, berpakaian putih berseri. Saya menyambut kain putih yang dihulurkannya, manakala ibu dan ayah kelihatan terpinga- pinga. Dan sesedar dari tidur, ingatan pada atuk terbawa- bawa sehingga beberapa hari.

Kesibukan menghadapi minggu tests melengahkan hasrat saya untuk bertanya khabar dan akhirnya terlambat sudah, bila sms dari ayah mengkhabarkan pemergian menyusul mendahului. Dii dalam kuliah pagi itu saya tertunduk menahan hiba, menyembunyikan air mata. Sedikit terkilan kerana tidak dapat pulang segera, apalagi untuk menatap wajahnya buat kesekian kalinya. Dan belum sempat minggu berakhir, terus ambil tiket pada malam tersebut pulang sehelai sepinggang. Emergency leave selama seminggu, tidak mengendahkan sms dan panggilan bertalu- talu dari kawan- kawan dan pensyarah.

Entah apa tafsirannya akan mimpi tersebut. Pernah dulu terfikir, mungkin saya pula yang bakal mengikuti jejak atuk dalam masa terdekat. Hati diasuh untuk redha dan gembira. Namun hakikatnya selepas beberapa tahun, saya belum diterima untuk menghadap Allah s.w.t. Pastinya kerana terlalu banyak dosa yang ditanggung. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun untuk memperbaiki diri, sehingga ke hari ini. Dan benar, untuk menjadi yang terbaik saya takkan pernah mampu. Namun untuk menjadi sebaiknya tetap diusahakan insyaAllah.

Mimpi ini tidak pernah saya ceritakan walau pada sesiapa. Sengaja didiamkan, tidak mahu mengungkit kesedihan yang bakal mengguris hati ahli keluarga dan sanak saudara, terutama sekali ibu. Pasti ibu akan merasa sedih sekali, apalagi bila sewaktu kecilnya dialah yang paling rapat dengan atuk. Kerana setelah berkeluarga, jarak yang memisahkan mereka paling ‘jauh’.

“I’m an orphan now,” katanya suatu hari.

Saya terdiam di sisinya. Ibu tersenyum dengan jenakanya sendiri, namun kesedihan jelas tergambar di raut wajahnya. Namun saya tahu ibu tabah dan menerima ketentuan takdir dengan redha. Andai ibu tidak tabah, pasti ibu tidak akan berdiri di sini. Ibu memilih untuk mengharung suka dan duka, pahit dan derita untuk melihat anak- anaknya membesar di hadapan mata. Mengenangkan jasa ibu inilah membuatkan ikrarku membara. Akan kubalas jasanya, mengusahakan apa sahaja untuk menghiasi bibirnya dengan senyuman. Moga Allah memperkenankan hasrat ini, dan moga waktu akan lebih pantas berlalu untukku… amin.

balik dari praktikal

Balik dari praktikal, bas sudah sedia tiba. Naik dengan muka tersengih- sengih, muka innocent je bila pakcik driver tanya alasan lambat. Ala pakcik ni, lambat 5 minit je kot nak berkira wee… biasa kami tunggu terceratuk sejam lebih takdenye pulak kami membebel kat dia. Seat penuh, hanya ada 3 kekosongan. Sebenarnya cukup untuk kami 3 orang je pun, tapi salah satunya seat sebelah student lelaki. Saya memberi laluan pada Maira untuk duduk dan memilih untuk duduk di tangga bas namun dia turut refuse dan duduk di tangga bersama- sama. Baik sungguh. Senang susah sama dipikul la ni.

Soalan pakcik bas bertanya kenapa taknak duduk di belakang kami jawab dengan sengihan.

“seat VIP,” kata saya. Kalau tidak jawapan saya pada hari sebelumnya, “nak tolong pakcik kawal gear bas.”

Kononlah kawal gear. Kesudahannya tertunduk mengantuk jugak haha. Tapi dah jarang tido kot. Sem ni jarang tido lambat. Sekali dua je mengantuk dalam kuliah. Sekali dua je tersengguk. Jarang tido dalam bas. Nampaknya azam awal sem saya berjaya alhamdulillah (:

Berceloteh dan mendengar celoteh pakcik bas membuatkan saya rindu pada ayah lagi. Benarlah, saya memang tengah rindu ayah ni. Terfikir, bestnya kalau ada masa untuk duduk luangkan masa dan berborak dengan ayah macam ni.

“ade- ade je jawapan dia,” kata pakcik bas.

Saya tergelak dengan maira. Betullah, benda tak betul sangkal jelah. Lagipun dah biasa sangat dengan pakcik ni, sem lepas pun dia yang hantar kami ulang- alik praktikal kat klinik raja Abdullah di KL. Tolong urusan persiapan majlis, dan bawa kumpulan kami ke tesco untuk beli barang- barang. Dia memang baik dengan students, tambah2 lagi students nursing sebab tiap- tiap sem hantar kami ulang- alik ke hospital. Dia bercerita tentang pelajar dulu- dulu, lagi rapat dan mesra alam. “batch2 korang ni lain, kurang sikit.”

“kami ni pemalu,” sempat buat lawak.

“bukan malu tapi sombong,”

“mane ade…!”

Haih. Penat ketawa kot sepanjang perjalanan tu. Kadang- kadang biar je maira kat tengah yang jawab pakcik tu. Lain kali taknak duk depan dah, layan tido kat belakang pun best wee… slow kot bas tadi di bawak. Kami lewat tiba dalam 5- 10 minit (padahal sebab kitorang naik lambat tadi la pun)

“pakcik bawak berapa bas ni? 30km/j ke?” saja kenakan bila bas memasuki kawasan uitm.

“mana ada. Tengok ni, dah rapat tekan minyak ni tapi bas berat. Korangla duduk hari ni terus berat. Betullah orang kata, orang kurus- kurus ni lah yang berat sebenarnya.” Cee… sempat lagi.

“ye2 je. well… berat pahala la pakcik.”

“tak pernah ada orang cakap macam tu. Biasa orang cakap berat dosa.”

Eh, selalu je saya cakap kot. Ha2. Urm. Lately dah senang ketawa sikit, walaupun malas. Ketawa dan saya tu bagai belangkas kot ;p tambah- tambah lagi bila sempat jumpa norly kat seksyen 2 shah alam, malam isnin 2 hari lepas. Bangkit dari ingatan- ingatan yang meragukan. Keceriaan dapat bantu kita hadapi perkara- perkara berat kan?

Orang yang sentiasa gembira dan positif, jiwa dia lapang. Patutlah awet muda. Tak macam saya ni. Sebelum ni asyik nak fetal distress je, haha.

Sekarang dah ok, mula terima kenyataan betul- betul. Walau orang yang kita dihargai tiada, kita kena berpura- pura tak hargai mereka dan mereka tak hargai kita, tapi cukup pada kita untuk hidup bahagia dengan hanya menyimpan ingatan akan kebaikan mereka. Dengan kebaikan itu, hati terasa tenang. Dan tanpa rasa benci, tanpa rasa dendam, mereka lebih senang untuk kita lepaskan. Alhamdulillah.

Kalau dari awal lagi sedar macamni kan bagus he…

Pada Allah diserahkan untung nasib. Ya Allah, dengan kedua tangan ini aku memohon bantuan dan kekuatan dariMu yang Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa Menentukan segala, untuk membantu orang- orang yang memerlukan bantuan walau siapa jua mereka melalui apa jua cara yang Engkau mahukan, juga dengan perantaraan kedua tangan ini... Amin.

Sesungguhnya erti hidup itu untuk memberi (:

silap banyak!

Adeh.

Sedar- sedar 4.20 pagi. Satu hal dah terlajak stay up. Dan hal paling penting adalah TERLUPA pagi nanti praktikal! Erh…

Ni gara- gara 1 mug caffeine untuk breakfast dan 1 mug untuk supper aka sahur konon (sedang habiskan tegukan terakhir). Tadi nak kena siapkan skrip movie Arabic dan siap kena translate. Mata dah mengantuk sangat sebenarnya, balik praktikal tadi dalam jam 10 malam baru sampai rumah. Kira awal la tu, biasa jam 11 lebih.

“nak buat airlah segelas,”

Monolog sensorang sambil jalan ke dapur, konon nak alas mata untuk buat skrip tu la. Then sambung meniarap. Duduk. Meniarap balik. Dan terloponglah depan laptop tu. Sambil hati kejap- kejap menerawang jugak. Menerawang ke mana takyah cakaplah, lagho lagho haha. Peace ;p

Lepas ngelamun dan ngelamun lagi.

Sekali sekali cubit roti gula kismis kat tepi. Teguk Nescafe yang diharamkan untuk beberapa bulan sebelum ni. Sempat berperang dengan lipas dan nyamuk.

Lepas tu…

Ada orang kembali. Kembali dan terus kembali. Tinggal dan kembali. Pergi namun tidak hilang. Mungkin ada sikit luka since telah dianggap mati. Namun yang penting cuba menganggap tidak bermakna langsung dalam hati, setidaknya terasa pedihnya kepedihan tersebut hanyalah umpama sekadar ditampar angin. Ingatan masih di hati. Saya memang pegang janji tersebut, ingatan ini takkan hilang melainkan Allah s.w.t izinkan ia hilang, tidak sepertimana apa yang saya harapkan ia hilang.

I said ‘Go!’ tapi tangan saya masih genggam hujungnya tanpa mahu dilepaskan.

I said ‘Good bai’ tapi hati saya meronta- ronta minta untuk stay still.

Uhuh. Peliknya perasaan ini. Ganjilnya sikap ini. Watak antagonisnya tetap si hitam. Watak protagonisnya tetap si putih. yang menjulang si hitam namun menikam tembus ke belakang.

Hebatkah dapat melukai hati manusia? Tahniah, anda memang berjaya. Anda memang hero. Anda memang si putih. jadikah apakah si hitam menyesal menjadi gandingan? Tidak sekali- kali. Hitam dan putih lumrah dunia. Terlalu jahat akan dilanyak. Terlalu baik akan dipijak.

Tapi itu bukan isunya sekarang.

Isu sekarang adalah mata akan jadik lebam macam beruang panda untuk hari esok. Dahlah nak kerja 7 jam berdiri ni. Hurm.. memang salah sendirik.

Awak yang baik, please get lost forever.

Go further, furthest away.

Bukan saya menyesal kita pernah bertemu, tapi saya menyesal muamalat kita kadangkala melewati garisan. Ever. Kerana pengakhirannya, saya marah pada diri sendiri selagi sebuah ingatan ini masih kekal di minda. Dan saya bertekad, tidak akan melintas walau di atas garisan mana yang memungkinkan ingatan itu makin kuat. Ucapan selamat tinggal berkali- kali tetap tiada maknanya. hasbiyAllah lailahilaLlah.

Kadang2, terlintas di hati ‘hurm. Nak jugak jadik macam orang biasa’

Adakah diri dirasakan luar biasa? Tak. Bukan begitu.

Yang tak berapa biasanya bila kita berusaha mendidik diri mengikut guide yang telah diberi. Itupun kadang2 tersalah arah, terpesong langkah, terpeleot, tersembam dan sebagainya. Kerapkali bila iman turun naik, rasa berat, rasa malas, rasa rajin, rasa terlebih emo, rasa semangat, rasa hipokrit bercampur baur.

Rasa nak menyayang.

Cewah. Statement ni kena tarik balik, mak tak bagi nih. Haha. Bergurau saja *crossing fingers*

Maka apa yang biasanya?

Yang biasanya adalah melanggar apa yang telah diarahkan. Melonggarkan apa yang diamanahkan. Mengikut jejak langkah iblis ke neraka sedikit demi sedikit memakan tipudayanya yang licik. Part mana yang mulut ringan nak senyum mendengar umpatan orang. Part mana bila nak tadah telinga mendengar bualan orang. Part mana nak melawa. Part mana nak meringankan arahan menutup aurat dengan alasan kewajipan beruniform itu.

Allahuakbar.

Ya Allah, tabahkanlah aku. Kuatkanlah hati ini dalam bermujahadah.

aku tidak ingin menempa nama di kalangan orang yang dimurkaiMu… namun untuk menjadi yang terbaik sesungguhnya aku tidak akan pernah mampu. Seadanya ya Allah, aku cuba yang terbaik untuk mengikut perintahMu dan ajaran rasulMu. Dan menjauhi laranganMu.

Rasa cinta pelbagai rasa yang Kau anugerahkan ini, terpandang nikmatnya di mataku. Maka bantulah aku jadikan ia tunggangan, dan bukan sebaliknya dijadikan tunggangan.

Allah, Allah… Allahuakbar.

Wahai Pemilik Segala Cinta, kuserahkan hati ni kepadaMu. Dan ku kembalikan cinta ini selayaknya hanya padaMu. Maka ya Allah, walau hati ini bergelora, ku berharap semoga setelah matiku, semoga dengan cinta ini aku terlindung dari azab kemurkaanMu..

kek biskut batik

pic from shw.ulampegaga.fotopages.com
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

Ini resepinya. Dulu sukaaa sangat kek ni. Suka suruh mom buat, siap cakap kalau saya mati nanti mom akan menyesal sebab tak ikut permintaan saya. Hihi. Awal- awal tu memang mom layankan aje. Tapi lama- lama dah lali, dia senyum derk aje! Musti sebenarnya dia gelakkan saya dalam hati kaw- kaw tu, cakap perangai macam budak2. Haha. mom, I miss u!

-300g biskut marie.

-3 sudu mentega

-secawan cocoa powder@ Nescafe

-secawan setengah milo

-setengah tin susu cair

-200g gula pasir.

Hari tu first time buat kat rumah sewa. Almaklumla 1st time duduk umah sewa ng kawan2, baru- baru pulak tu, semangat la jugak. Jadi bila buat ni dah tengah malam sangat, orang lain siap tido dah. Masa tu bantai jelah, mentega pulak tade. Gula pulak mane la tau 200g tu banyak mane. Akhirnya bantai curah jela apa yg patut ngee.. dan hasilnya tada…!!!

à jadik biskut yg disalut choc. Memang tak macam kek langsung. Mujurlah kawan2 tolong cover cakap sedap dan suruh buat lagi. Tapi takde angin dah nak buat, sebab cubaan pertama fail haha~ beli jela kawan2 ;p