Balik dari praktikal, bas sudah sedia tiba. Naik dengan muka tersengih- sengih, muka innocent je bila pakcik driver tanya alasan lambat. Ala pakcik ni, lambat 5 minit je kot nak berkira wee… biasa kami tunggu terceratuk sejam lebih takdenye pulak kami membebel kat dia. Seat penuh, hanya ada 3 kekosongan. Sebenarnya cukup untuk kami 3 orang je pun, tapi salah satunya seat sebelah student lelaki. Saya memberi laluan pada Maira untuk duduk dan memilih untuk duduk di tangga bas namun dia turut refuse dan duduk di tangga bersama- sama. Baik sungguh. Senang susah sama dipikul la ni.
Soalan pakcik bas bertanya kenapa taknak duduk di belakang kami jawab dengan sengihan.
“seat VIP,” kata saya. Kalau tidak jawapan saya pada hari sebelumnya, “nak tolong pakcik kawal gear bas.”
Kononlah kawal gear. Kesudahannya tertunduk mengantuk jugak haha. Tapi dah jarang tido kot. Sem ni jarang tido lambat. Sekali dua je mengantuk dalam kuliah. Sekali dua je tersengguk. Jarang tido dalam bas. Nampaknya azam awal sem saya berjaya alhamdulillah (:
Berceloteh dan mendengar celoteh pakcik bas membuatkan saya rindu pada ayah lagi. Benarlah, saya memang tengah rindu ayah ni. Terfikir, bestnya kalau ada masa untuk duduk luangkan masa dan berborak dengan ayah macam ni.
“ade- ade je jawapan dia,” kata pakcik bas.
Saya tergelak dengan maira. Betullah, benda tak betul sangkal jelah. Lagipun dah biasa sangat dengan pakcik ni, sem lepas pun dia yang hantar kami ulang- alik praktikal kat klinik raja Abdullah di KL. Tolong urusan persiapan majlis, dan bawa kumpulan kami ke tesco untuk beli barang- barang. Dia memang baik dengan students, tambah2 lagi students nursing sebab tiap- tiap sem hantar kami ulang- alik ke hospital. Dia bercerita tentang pelajar dulu- dulu, lagi rapat dan mesra alam. “batch2 korang ni lain, kurang sikit.”
“kami ni pemalu,” sempat buat lawak.
“bukan malu tapi sombong,”
“mane ade…!”
Haih. Penat ketawa kot sepanjang perjalanan tu. Kadang- kadang biar je maira kat tengah yang jawab pakcik tu. Lain kali taknak duk depan dah, layan tido kat belakang pun best wee… slow kot bas tadi di bawak. Kami lewat tiba dalam 5- 10 minit (padahal sebab kitorang naik lambat tadi la pun)
“pakcik bawak berapa bas ni? 30km/j ke?” saja kenakan bila bas memasuki kawasan uitm.
“mana ada. Tengok ni, dah rapat tekan minyak ni tapi bas berat. Korangla duduk hari ni terus berat. Betullah orang kata, orang kurus- kurus ni lah yang berat sebenarnya.” Cee… sempat lagi.
“ye2 je. well… berat pahala la pakcik.”
“tak pernah ada orang cakap macam tu. Biasa orang cakap berat dosa.”
Eh, selalu je saya cakap kot. Ha2. Urm. Lately dah senang ketawa sikit, walaupun malas. Ketawa dan saya tu bagai belangkas kot ;p tambah- tambah lagi bila sempat jumpa norly kat seksyen 2 shah alam, malam isnin 2 hari lepas. Bangkit dari ingatan- ingatan yang meragukan. Keceriaan dapat bantu kita hadapi perkara- perkara berat kan?
Orang yang sentiasa gembira dan positif, jiwa dia lapang. Patutlah awet muda. Tak macam saya ni. Sebelum ni asyik nak fetal distress je, haha.
Sekarang dah ok, mula terima kenyataan betul- betul. Walau orang yang kita dihargai tiada, kita kena berpura- pura tak hargai mereka dan mereka tak hargai kita, tapi cukup pada kita untuk hidup bahagia dengan hanya menyimpan ingatan akan kebaikan mereka. Dengan kebaikan itu, hati terasa tenang. Dan tanpa rasa benci, tanpa rasa dendam, mereka lebih senang untuk kita lepaskan. Alhamdulillah.
Kalau dari awal lagi sedar macamni kan bagus he…
Pada Allah diserahkan untung nasib. Ya Allah, dengan kedua tangan ini aku memohon bantuan dan kekuatan dariMu yang Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa Menentukan segala, untuk membantu orang- orang yang memerlukan bantuan walau siapa jua mereka melalui apa jua cara yang Engkau mahukan, juga dengan perantaraan kedua tangan ini... Amin.
Sesungguhnya erti hidup itu untuk memberi (:

0 komen membina:
Post a Comment