Tuesday, 10 May 2011

memories to motivation, is it possible?

Niat asal merayau untuk update benda lain, but ended up doing something else. Pergi 'melawat' orang. Alasan saya 'because I care,'. Dan tu pun sebenarnya jawapan dia suatu ketika dulu, ketika hati baru mengenal rasa cemburu. I do care, up until this moment.

Ni gara- gara bestfriend tadi mesej malam- malam buta dan buat lawak rindu luar alam. Buat kali ke berapanya entah dia kata lagi, 'kalaulah awak ni lelaki,' Ayat 'kalau' ni boleh menjadi pintu pada hasutan syaitan. Dan ia juga boleh jadi duri pada hati saya. Tapi kali ni awal2 dah tepis dan ignore. Cukup supaya ia tak lagi jadi topik walau sekadar gurauan. Takdir Allah s.w.t telah menentukan yang terbaik pada hamba-Nya, dan saya tak mahu ia menjadi api yang membakar dari dalam, seolah menyalahkan takdir.

Sifat berkawan saya adalah dengan menyentuh hati. Sentuh atau tersentuh. Dengan sebab adanya keikhlasan. That's the reason why, sometimes friendship ends up with a wounded heart. Or hearts. Bermain dengan hati, hati juga yang bakal disakiti.

Tatau apa nak buat. Ustaz ustazah kata, "don't open a door for a thief!"

Ah, well! It's too late for a reminder.

Will you... will you hate me...?

Jangan mengeluh farhanim, jangan mengeluh. Lapangkan dada, dan tukarlah segala memori itu biar menjadi motivasi. Yang tinggal semuanya ingatan indah, bukan? Be strong, teruskan melangkah. Jangan jadikan kebiasaan untuk berlemah semangat. Berlemah lembut tidak mengapa (:

Saat2 macamni selalu tertanya- tanya, ke mana hilangnya semangat farhan (ceria) ni?

That one thief took away the spirit, the smiles, the joy, the motivation to learn arabic. Or the truth is, it was me who left those precious things back there and back then. Left, or threw away... guess it means the same. Same old thing.

Lepas conclude dan post entri ni, tiba- tiba terpandang status fb kawan.

Patience means to keep close to Allah & to accept calmly the trials He sends,without complaining or feeling sad.
--[Amr ibn Uthman al-Makki ]

Ya Allah, ampunkanlah! T-T

Sunday, 8 May 2011

Kem "Solehah dan Sihat"

Hari ni hari ibu, 080511. Tapi artikel ni tidak berniat untuk meraikannya seperti kebanyakan blog2 yang lain. Setiap hari adalah hari ibu kan. Setiap waktu doa untuk ibu. Ni sekadar perutusan sebelum pergi mountain climbing kat Tapah. Saja sambil2 up entries yang dah bersusun- susun sebelum ni. Dan esok ada OSCE amali test. Tadi dah discuss beramai2, dan pengakhirannya seperti biasa, menjamu selera hee..

Hidup saya setakat ni alhamdulillah. Walau sesekali ingatan tu kembali.

“If Allah brings you to it, He will bring you through it.”

Subhanallah. Ini yang semestinya. Kata- kata ni memberikan kekuatan, atas rasa- rasa gusar yang duk main2 kat hati saya. Bukankah Allah berikan ujian yang sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita? HE strikes at our weakest part. Kita diuji tepat pada titik lemah kita, sehingga suatu saat kita kita mula hampir berputus asa.

‘Ya Allah, aku tidak mampu lagi menanggungnya!’

Tapi beberapa waktu berlalu, there you are! Masih berdiri dan bernafas, malah lebih gagah melangkah untuk menghadapi cabaran2 hidup yang mendatang. Kan?

Saya kadang2 keliru. Benarkah saya berjaya melepasi tiap2 ujian itu? Atau sebenarnya saya hanya sekadar hidup dalam bayang2? Wallahu’alam. Kepada Allah diserahkan setinggi- tinggi tawakal. Ada orang yang cemburu melihat sahabatnya dilanda ujian hati oleh Allah swt. Ujian tanda Allah sayang katanya, dan itu memang betul. Berlainan bagi saya, saya merasa seolah hati menjadi kotor bila menerima ujian. Adakah sebab kekalahan menghantui? Adakah sebab ada rasa goyah? Sebab rasa lemah dan hampir putus asa mengiringi tiap ujian? Macam tu ke? Taktau. Taktau. Rasa nak lari. Lari dan terus lari walau arah tujunya entah ke mana.

Ujian hati ini susah. -Angguk.
Tell me I can face it. -‘Yes you definitely can.
It is the right decision to leave a ‘he’ that way. -‘That’s the most right thing. Allah wants you to seek His guidance and blessing not through His servant
But he is just a mere friend. Just a good one.- ‘You just need Him, and He is your loyal companion.
Don’t I need one? -‘You do, only when the right time has come

Alhamdulillah. I have nothing more to say, I have nothing more to whine. Thanks for this intuition dear God (: Please guide me, and bring me to your right path.



Cuti ni, entahlah option mana yang mahu saya ikut. Yang pasti perlu balik sekejap ke Darul Naim, menjenguk dan menayang diri depan umi dan abi supaya mereka tidak bimbang. Masih cukup lengkap anggota. Akidah alhamdulillah masih terjaga, tinggal iman dan akhlak yang perlu ditatarias dan ditop-up banyak. Kena grooming, kena banyak improvements.
Untuk cuti saya sedang siapkan satu proposal, nak anjur rehlah santai menambah iman di pantai Melawi, Darul Naim. Di Bachok, dekat- dekat Kota Bharu jugak. Saja nak cari alasan untuk pergi pantai, teringin. Jeli ni kan bukit- bukau, cewah he.. Puncak Alam lagilah, gunung ;p 

Tema program Solehah dan Sihat. Dan pastinya untuk akhowat sahaja. Tak bermalam untuk jimat kos, nak kena tengok permintaan dulu. Program dah dirangka insyaallah, tiba2 terdetik dan terus idea mencurah2. Sambutan setakat ni alhamdulillah. Open terutama untuk muslimat Darul Naim atas alasan jarak. Yang negeri lain pun insyaallah dijemput hadir. Moga program ini berjaya insyaallah, amin (: 

Doakanlah!

Tak baik tau, kutuk orang ;(

Saya sedang tunggu pakcik tukang baiki peti ais untuk datang sambil main games thumblebugs. Atau lebih tepat lagi memang main games pun sejak lepas zohor tadi. Hati gusar nak beli makanan, teringat lagi sewa rumah bulan depan. Haish. Nak kena print borang lagi nih. Pakcik datang dengan anak dia, dan- dan tu diaaa… scene 1! Time tu jugak lock pintu stuck takleh nak bukak- bukak! Pakcik tu masuk, bila dah boleh bukakla, pegi baiki. Kejap tu dia panggil, “dik… dik,”. Saya yang tengah main game kat ruang tamu, dah pakai lengkap for sure la, panggil atin. “Tin,” sambil buat gerak kepala ke arah dapur.

Atin pegi bincang dengan pakcik tu. Kejap terdengar, “RM120? Tak boleh murah ke pakcik?” hm. 2 hari lepas dah RM120. Tapi tak function jugak. Panggil2, suruh datang semalam tapi seharian tak datang- datang. Kol, katanya anak dia eksiden, cakap nak datang petang. Dan memanglah datang, tapi hari ni yakni 24jam kemudiannya. Sebab tu bila Atin cakap dari tingkat atas tadi pakcik tu nak datang sat lagi buat dunno je, dalam hati je cakap, ‘Datanglah. Memang dari semalam lagi tunggu.’

Dorang bincang lagi. Saya dengar je dulu, kalau perlu baru nak bangun pegi join. Mr Bugs tengah berusaha menyelamatkan kawan- kawan bugs nya yang ditangkap musuh. Mekanik tu, eh, ye ke orang panggil mekanik jugak. Kotla mekanik untuk orang yang baiki kete je kut. Pakcik tu suggest kami kol tuan rumah, suh tuan rumah bayar. Walaupun terang- terangan peti ais tu mula- mula rosak sebab dicucuk kan. Then barula entah-apa-processor yang rosak sebab masuk air.

“saya main la sikit,” kata pakcik tu, lepas dia suruh Atin kontek tuan rumah.

Eh apa nih?! Saya pandang Atin yang tengah melintas. Dia pun teragak- agak. “Main apa pakcik?”

“Nanti saya mainla sikit, cakap kat tuan rumah alat-ape-entah-dia-sebut rosak, kalau cakap cucuk nanti kamu yang kena bayar ,”

“Oh…” jawab Atin sebelum dia naik tingkat atas untuk ambil no tuan rumah dengan 3 anak dara yang tak turun- turun kat atas tu. Kesian Atin sorang yg nak kena layan tamu. Takde sorang pun teman. Saya ni takleh kira sorang, sebab separuh je yang ade kat ruang tamu ni. Separuh lagi dalam dunia thumblebugs. Ish ish. Tapi la ni yang separuh ni la pulak yang tertinggal kat ruang tamu sensorang kat bawah! Secen 3, dan- dan anak lelaki dia melintas di depan, keluar dari rumah. Tunduk sikit, segan. Lepas tu pakcik tu pulak yang lalu. Masa tu serius rasa segan yang amat, tunduk macam nak cium karpet tu dah. Kasa nak tutup- tutup muka. Kena tinggal sorang tu yelah, satu hal lagi part anak dara yang mulut bisu tapi tengah tercongok main games, walhal ade tamu. Jadi tukang tunggu je kat tepi tangga tu. Malunye mak huhu…

Dorang dah nak balik, masa pakcik tu pakai kasut dia pusing balik tanya, “Dah abes exam ye?”

Yaaa… ni kalau jawab belum memang kantoi sangatlah dengan main games tu. Pakcik ni kutla tanya la benda lain. Nak sindir orang ke ape huhu…

“Dah, dah abes dah,” exam final dah. Tunggu amali test tu je.

“Kawan kata, tengah tunggu exam,” kata pakcik tu.

Haish dah tau lagi mau tanya. Baru nak jawab tapi Atin dah turun tangga, selamattt…  Pakcik tu kol tuan rumah, cakap- cakap. Pastu katanya tuan rumah kata salah nombor. Haa? Orang yang di-kol tu kata, dia ada rumah no51, tapi kilang yg sewa. Tak cukup tu, siap kata takde rumah dekat- dekat masjid ke surau ke wateva. Heh?? Atin naik balik atas, check no. Haish, tinggal orang sorang2 lagi! Pakcik tu tanya saya, saya pun sengih je. (Dalam hati cakap, pakcik ni tunggulah Atin turun balik, saya malas nak cakap dengan orang nih huhu) Henset dia pun bunyik balik. Cakap- cakap, dengar dia sebut tuan rumah.

“Nama sape?” tanya pakcik tu, nak konpem dengan tuan rumah.

“Fatin,” laju je bab jawab nama orang. Haha..

Saya bangun pegi dekat pintu sikit, nak dengar. Anak dia pulak yang datang dekat pintu. Otomatik pusing belakang 180 darjah, segan! Mesti heran anak dia, apasal minah ni tayang belakang je nih haha. Dekat budak- budak laki pun malu waa.. budak- budak perempuan pun saya malu jugak okeh. Kat orang- orang tua pun malu. Kat orang- orang muda lagila malu. Mujur kat baby je tak malu fuu…

“Betullah ni no tuan rumah, dia terlupa rumah dia yang ni,” kata pakcik tu lepas abes cakap enset. Katanya nanti tuan rumah nak konpem balik tang bayaran peti ais tu. Maka takleh la nak baiki cepat- cepat. Dan mereka dua beranak pun balik la. Nampak gayanya, lambat lagilaaaaaaa nak ada peti ais ni balik.

 “Kalau dia (tuan rumah) lupa duit sewa rumah ni tiap2 bulan, memang respek ah!” kata sorang hosmet yang turun pastu.

Ok cukup entri dua muka surat mengutuk orang. Sekian terima kasih. haha.

Merapu merepek

Tersedar tido, dengar bunyi orang gelak- gelak reramai kat tingkat bawah. Isk, buat ape tuh. Pending kejap sebelum cari jam. Eh, dah pukul 10pm, kira dah 2 jam dah aa tertido dengan telekung semayang tuh kat katil. Lenguh tak ingat, tekak pun haus semacam. Sampai hati dorang ni tak kejut. Ciz. Sendiri yang tido demand nak orang tolong kejut pulak. Manja sungguh.
Solat isyak dan cover balik surah al-mulk sebelum turun. Memang niat asal lepas maghrib tu tapi asal boleh sampai tertido. Sadis pulak tu, rase macam kat sauna.

Turun tingkat bawah dengan senyuman manis gula. Senang hati walaupun tertido tapi at least dah mandi awal- awal sebelum maghrib tadi. Haus. Perut lapo. Dorang ni tengah discuss untuk amali test esok, yang sem 2 punya test. Patutla bergegak. Padahal 3 orang je, bunyi dah ala- ala 8 orang. Semua kepala tukang gelak, kalo dah berkumpul tu memang takyah cerita la. Buatla group work untuk killer-subject ke ape ke, konpem ade- ade je hee. Panaskan air, lipat baju, makan ‘jjeput mmalah’ yang mizah buat pastu menyebok kat tepi dorang sambil main game. Eh tak, aceli dorang memang landing kat toto yang saya bentang kat ruang tamu petang tadi before dorang balik jejalan dari shah alam tu. Lupe nak simpan balik since ‘hilang’ seketika tadi. Naik maghrib pastu tak turun2. So tu memang port tempat sy landing pun, lappy pun ade kat situ, tengah terbukak tayang game yg tengah main petang tadi jugak. So sape yg tumpang sekaki kat situ sekarang? Saya jugak.

Dorang bincang2. Pasang telinga sambil main games. Pastu menyelit sekali. Bedah nota dari satu prosedur ke satu prosedur. Suctioning, serve MDI, nebulizer etc sampailah pada part administering suppository. Ubat dalam bentuk peluru kapur, untuk keluarkan isi perut patient, masuk ikut ‘belakang’. Dorang ni semua amik paediatric, jadi duk citer prosedur untuk masuk suppository paracetamol lah kat baby. Tapi beza sikit dengan general patient, tengok saiz pun tau. Saya pun menjoin la, sebab tau dan penah je tengok nurse buat. Assist atau tepat lagi tukang tengok je. Haha. Benda tu kena letak gel dan kena cucuk masuk, pastu tolak dengan jari. Make sure pakai glove, dan position patient dalam keadaan sims mengiri. Pastu dorang ni cuak duk ukur jari la pulak, since dalam steps tu ada kata kena cucuk jari tolak ubat sampai 10cm ke dalam. Siap nak ukur dengan pembaris. Tak pasal- pasal jari saya yang tak bersalah pun turut terbabit sama. Haha. Tiba2 rasa nak tergelak.

“teringat, dulu pernah nurse suruh saya cucuk enema kat buntut bangla ” citer saya sambil mata dan jari rancak duk main games.

Sempat ketawa ramai- ramai. Hm, dah 3 tahun bersama. Boleh kata hari- hari duk berborak tapi banyak benda yang tak sempat pun nak share. Lagipun bukan semua boleh di share kan.

Part citer nak kena cucuk buntut bangla tu, pastu saya menonongla pegi amik enema a.k.a ubat berak tu. Time tu baru sem 2 la kot, sensorang pulak tu. Bukan tau apa pun. Bangla tu dahla laki, tua 2,3 tahun je pulak tu dari saya. Part hensem tolak ke tepi dulu. Nak mengelat kang tak memasal staf nurse report kat lecturer so pegilah dengan dada dup dap dup dap, dahi berpeluh- peluh. Rasa kejang satu badan. Pegi kat katil patient pastu U-turn  balik pegi kat kaunter nurse haha.

“kalau awak malu nak buat, suruh je bangla tu buat sendiri. Dia terer dah,”

Haha… mujur kak nurse ni memahami. Jadi saya pun pegila buat kali kedua dan cakap kat patient tu nak bagi ubat enema. Mujurnya patient tu kata ok, pastu dia bangun dan pegi buat sendiri kat tandas. Peh, nasib baik! Lalu lepas hari tu dah tak pernah kena nak bagi orang ubat berak dah. Dan takat ni takde pengalaman nak kena cucuk- cucuk jari pulak. Haha… ok tutup cite.

Sambung main games lepas satu- satu kat tempat lain pulak. Saje tade keje ngetest games uji focus Coconut Corumba tu. Sempat hilang focus sekali dua. Okla jugak nak main takat relax after study2 ke, boleh uji ketajaman otak. Pastu teringat la pulak 3 nasihat Adi Putra, budak yang orang kata genius tu dalam paper tadi. Kata dia kalau nak mengira jangan guna kalkulator, jangan main games dan satu lagi tak ingat he. Dalam hati cakap kalo jangan main games tu nasihat untuk budak- budak. Sengih sorang- sorang. Kan dah termalu sendiri ;p

Baiklah, ini post tak bermanfaat ni. Ni yg malas nak duk depan lappy nih haih. Btw kejap je tadi dah abes bace novel mizah tu. Tapi tak jadi promot novel tu, ada tak berkenan hati dengan part- part dalamnye, merapu. Ni nak jual pebenda entah. Kalau penulis- penulis macam ni, taktau la cemana dorang nak bersoal jawab depan Allah kelak. Agakla kalau buat koleksi sensorang, tak payah kut sampai nak buat novel yg orang ramai bace. Nanti saya pun nak jawab ape depan Allah sebab dah bazir masa kat benda2 yg takde manfaat. Sebab tu biasa memilih kalau nak baca novel. Kalau nak bacaan santai yg bermanfaat bagi peminat2 novel, betterlah yang Ramli Awang Mursyid. Hlovate ok, cuma dia ada unsur memberontak jugak biasanya kat awal- awal cite dia. Remaja yang liar, nakal etc etc. Imej macam tu macam ni and then kembali ke pangkal jalan. Terpulang pada pembaca untuk menilai. Tapi yang pasti biasanya manusia ni dia suka nak cuba benda2 yg pelik2, apalagi kalau dah minat tu kan. Saya kata diri sendiri terutamanya. Mujur masih waras. Mujur Allah lorongkan jalanNya bila saya sendiri memilih untuk harung jalanan penuh duri. Macam masa sem 2 tu.

Sem jiwa kacau. Aah memberontak, serius. I was so far from Him. Tengok nama pun tau. Far hanim. Eh buat lawak sensorang. Mujur by the end of the sem, bergelut nyawa dengan dengue shock syndrome siap sambut bufday dalam hospital pelbagai, itulah tanda Dia masih sayangkan saya. Bagi peluang untuk berubah. Tak2, saya bukan berubah sebab hampir mati. Saya memang lagi suka kalau mati je time tu. Ianya bukan berubah. Hanya kembali kepada asal. Kepada fitrah. Bagaimana jiwa tak kacau bila kita tahu kita sengaja memberontak. Akal pendek, mentah, kejutan budaya, tak minat nursing. Itu semua bukan alasannya. Punca asal bertitik tolak dari iman dalam hati, macam tu sebenarnya kan?

The best thing dari being warded tu, Allah hapuskan ingatan- ingatan luka dan keinginan memberontak dari fikiran. Banyak dah lupa, apa yang lupa pun tak ingat sebenarnya. Sampai suatu hari tengah pakai baju hijau muda pucuk pisang, tiba- tiba termenung. Mana datang baju ni? Serius tak ingat, padahal sayang kut baju tu. Sampai sekarang pun tak ingat. Kawan lama time sekolah rendah dulu, kecuali kalau yang selalu kontek, pun tak ingat. Walhal dulu 40++ lebih orang tu semua rapat dengan saya, siap ingat nama penuh siap nama bapak lagi. Ni dalam. 15 orang gitu je. Yang kat sekolah menengah lagilah, since duduk 2,3 bulan je kat situ. Memang surrender, betul2 tak ingat. Kalau nak ingat pun maybe kena slow- slow. Ala- ala dah hilang ingatan betul dah saya ni. Seb bek ilmu tak turut hilang, kang haru…

Sebut being warded, macam biasa teringat kat lecturer baik hati, Pn Salina, yang hantar saya ke hospital dan selalu datang melawat menggantikan keseluruhan family saya. (Tapi sekarang dia dah tiada, saya cuba cari tapi lost kontek). Ya Allah, permudahkan urusannya sekeluarga walau di mana jua dia berada, amin. Waktu tu family tau, tapi saya yg degil halang dorang datang. Jauh, Kelantan. Malas nak susahkan. Tapi siapa tak rasa sedih kan. Nak2 time sakit, depression segala. Rasa macam kena buang dek keluarga pun ade time tu haish. Siap nangis. Tak bagi datang tapi nangis. Kakak dan mak kerap jugak telefon. Mujur ada puan salina, cik shikin, mizah, sya, fieha, atin, eha, iqbal dan wan yang datang melawat, kakak2 nurse yang baik2, doctor HO pompuan yang sangat baik, dr rasyid yg baik (HO jugak), pesakit2, saudara mara pesakit yg selalu teman saya, abang attendan yg buat lawak selalu.

Ade orang yg saya takkan lupakan sampai bila- bila, ada orang yg saya taknak lupa tapi lupa, ada orang yang saya nak lupa tapi tak dapat, dan ada orang yg lupakan saya. Well what else can we say, adatlah hidup dalam dunia ni kan? Sekali hayat dikandung badan. Sebelum hancur daging dimamah tanah.

Saya sayang semua lillahi taala.

Assalamualaikum wbt.

Tak bertajuk.

Hmm. Dah dapat greenlight dari pentadbiran Asrama Darul Falah PERKIM tapi mereka tak sempat selenggara penginapan. Boleh datang tapi kami kena ulang- alik dari Puncak Alam – KL la setiap hari. Menilai dari aspek masa, tenaga dan kewangan (akhir- akhir sem ni tau2 jelah ;’() maka kami terpaksa tangguhkan niat untuk ulang- alik setiap hari tu insyaAllah sehingga lepas praktikal. Atau sehingga awal sem depan di saat financial injection macam biase. Hati dah set untuk satu tambahan program. Dalam hati saya sepanjang perjalanan pergi dan balik hari tu berjuta2 kali fikir, “kalau ada transport sendiri ni masyaAllah… boleh jadi medium

Tapi kalau Allah SWT tak bagi tu, satu mesti sebab ia bukan atau BELUM lagi rezeki kita. Dua, hikmah besar disebaliknya yang mungkin menyebabkan saya ditimpa musibah dunia. Dan sebab yang lagi besar adalah kemungkinan saya ditimpa MUSIBAH BESAR AKHIRAT kelak. Macamana? Manalah tahu silap- silap dengan berkereta tu boleh memanjangkan langkah kaki saya ke tempat- tempat maksiat naudzubillah!

Untuk proposal sem depan, saya bercadang nak buat trip mengajar tuisyen dan kem di rumah anak- anak yatim. Insyaallah tempat utama di Darul Falah ni lah. Kenapa? Tak tahu. Pertama kali saya jejak langkah kaki, di situ kasih terpaut. Anak- anak itu bukan sendirian di dunia ini, ramai yang mengasihi mereka lillahi taala.

Dan saya nak allow anonymous sekalian yang mana yang sudi hulurkan bakti ringankan beban… Subhanallah di sini nikmatnya, Erti Hidup untuk Berbakti! (:

Sekarang ni tengah translate dan buat subtitles untuk beberapa video dakwah BI contohnya video2 Sheikh Ahmad Deedat. Dual-language subs English and malay. Macam takde kerja? Terpulang. Ni sekadar nak tambah kefahaman sendiri dan dalam masa yang sama boleh bantu orang macam saya untuk lebih faham agama. Ni semua hak Allah, Dia amanahkan sedikit dari ilmuNya sebagai cagaran, andai saya mahu membeli dunia dengannya, atau mahu membeli akhirat dengan ilmuNya, atau untuk biarkan tanpa peroleh manfaat darinya.

Sambil tunggu orang yg nak datang baiki refrigerator yg bocor. Refrigerator pun boleh bocor, kelakar kan? Tu lah. Pesanan khidmat awam, jangan guna pisau untuk tarah ice berg. Oho bukan sayala buat, tapi kesilapan tu boleh dibuat oleh sesiapa pun. Watak tu boleh berganti, namun benda yg berlaku tu adalah pengajaran Allah kepada kita. Faham yang tu pun dah cukup, tak perlu nak sedih, nak marah seumpamanya. Orang ni janji nak datang tengahari, tapi anak dia eksiden. Innalillah. Jadi tak pastila tu sampai ke tak. Moga dipermudahkan segala la kan, biidzniLLAH.

Citer kat ICU.

Tengah kacau air milo kat dapur, terpandang adv gua.com. Ade pic yovie & nuno kat situ. Rase lucu sensorang. After 3 tahun barulah first time tengok band yang nyanyi lagu menjaga hati. Time ulang- alik kat UiTM Beringin dulu selalu sangat dengar lagu ni atas bas, pemes la time tu. Ade2 je sentimental story ni kan nge… tapi tak payah cakaplah, buang ke laut je. Malas nak beratkan fikiran dengan benda2 yang tade kaitan ngan komitmen. Nak jaga hati. Nak hijab hati. Susah sangat nak jaga. Nak kena jaga mata, nak kena jaga fikiran. Masalah sungguh.

Tengah tunggu isyak skrg, sambil makan nasi. Cewah alasan tuu, he. Cerita praktikal hari ni, just nice. Tapi bz sampai menguji kesabaran. Pagi- pagi, amik satu patient. Kes lain lah. Akak nurse suh uruskan pt tu from A to Z, kira incharge semua benda la. Sengih. Ilmu belum mantop di dada kut nih. Pls take note, students aren’t qualified to incharge pt. tambah2 lagi kan asalnya kami dah kena remind oleh consultant kat situ during our 1st week, kononnya dia taknak kami sentuh pts dia.

“nanti u olls introduce infection to my pts. Tengok saje pun bole blaja kan?”

Gigit kang dokter consultant ni baru tau. Okeh lupekan, kitorang memang boh layan sangat pun arahan tak masuk akal tuh. Lagipun die tade sekarang, cuti 2 minggu. Pegi umrah kut, ha2. Buat2 lupe die tu non-muslim. HOD (head of department) ICU dan HDW, Dr Lim pun oke2 je, tade hal pun. Lebih kuah dari sudu nih. Ops. Best je mengata consultant tu kat sini kan erh. Tak baik sungguh wah2. Tapi since tak mention nama die takpela kot, bukan orang tau heh. Jumpe dengan HOD ari tu, masa dia buat round dengan MOs, HOs, pharmacist segala. Since saya jg pt tu, so stay jela kat situ. Take note latest treatment untuk pt, bincang pasal pt’s condition etc etc. jadi tegur lah HOD time tu, angguk dan senyum di sebalik mask. Elok je dia siap angkat tangan, dengan senyum sampai tertutup- tutup mata, cakap hi lagi. Respect menggunung sungguh pada orang2 besar tapi humble amat macam tu. Dahla die tuh leader wad kritikal, specialist pelbagai. Kagum (:

Back to the story, pagi ni staf memang tak cukup. Ade 4 orang je while pts adelah dalam 12 orang. Patutnya sorang staf jaga sorang pt je. Campur dengan students maka jadilah 7orang kat situ. Pagi tadi, tetibe amat bizi. Sume staf nurse attended pt dan takleh tinggal sebab ade kecemasan, termasuk ade kematian untuk kes brain death. Aceli saya rasa dah mati lame tu, 13days already. Tapi sebab nak tunggu family sume dtg tengok, maka tak tanggal lagilah bantuan pernafasan tu. Dan tadi bila nak tanggal bantuan mesin tu, meraung- raung family mereka. Siap pengsan- pengsan. Nak guna wheelchair. Tapi kat unit ni, semua pt CRIB (completely rest in bed). Mane ade wheelchair pun. Kesian, cuma makin lama makin lali dah kut dengan tangisan ni.

Pastu time2 tu jugakla juru X-ray datang. 2 orang pompuan je. Sorang tolak mesin, dan sorang lagi tu asik panggil je. Saya time tu dah siap berlari- lari ke sana ke mari, uruskan 4 patients SERENTAK time tu. Mane nak amik darah ABG dan nak gi analyse kat mesin nya, mana nak suct pt yang dah batuk2 sesak nafas, dengan ubat yg tengah duk serve, dengan hourly monitoring and charting pelbagai. Kalau sorang pesakit takpe, ni 4. Yg kritikal pulak tu. Alarm mesin bunyik sana sini. Sebab staf sume kat depan uruskan kes- kes. Kejap2 akak nurse panggil suruh tolong amikkan barang- barang segera. Mak oii… berlari- lari anak ke sana ke sini. Kebetulan memang saya sorang je yang tinggal. Yang juru x-ray ni, asik panggil suh tolong angkat pt untuk die. Time ni tolong pun ikhlas tak ikhlas je sebab dalam kepala tengah fikir benda lain. Angkat pt pastu berkejar tinggal buat benda lain. Dia pulak macam tak makan seminggu buat kerja. Macamla baru belajar nak kerja. Kalau saya tengah free tade hal kut nak layan kerenah dia. Pastu dah siap shoot x-ray tu die tinggal pt macam tu je, dengan wayar bersepah. Segala wayar untuk cardiac monitoring dia cabut, tinggal pt dalam keadaan messy. Hangus sungguh, sebab akak nurses yang jenguk2 dari depan dari dalam screen tu panggil suruh set balik segala leads and wires tu. Ala- ala tengah marathon. Puan clinical instructor (CI) yang jaga kami pulak asik panggil saya jugak. Nak suruh tolong kawan yg tengah nak amik cross bagi prosedur uruskan dead body tu. Kesian kawan tu tunggu lama tapi saya memang tak menang tangan. Bukannya tengah berdiri tegak tengok je 4 pts tu, tapi berlari ke sana ke mari dengan barang dan kerja itu ini. Lastly ala- ala dah stabil sikit pegi jugak waktu puan sendiri datang panggil untuk kali ke berapanya. Tu pun tinggal nak amik darah ABG dari pt yg ade C4 fracture tu, banyak sangat sampai tak ingat apa dah.

“kamu ni, panggil pun tak boleh datang nak tolong kawan kamu,”

Kata puan waktu saya sedang pegang pt. Time tu tukar gloves je, pakai gown sama yg baru lepas attend pt ramai2 tadi. Bukan saje2 taknak datang kot. Agak ah time penat sesangat tuh tiba2 kena hentam. Rasa nak lepas je mayat tuh and tinggal kalau nak ikut angin, tapi kesian member pulak. Lagipun hati orang nak kena jaga jugak. Orang kata makin tua ni makin sensitip, saya pun taknakla jadi contoh anak muda yang kurang ajar. Haish.

“tak sempatlah puan. 4 patients kut sy kena urus tadi.”

Cuba jawab dengan intonasi sesopan boleh. Geram kut. Saya pandang kawan ni, dia diam je. Lagipun dia memang tau saya handle banyak kerja tadi. 4,5 kali dia datang pun saya tengah berkejaran. Puan pun diam jugak, taktau la samada dia paham kut. Kawan yang sorang lagi pun tengah bz takleh tolong jugak. Aceli ade je nurse yg urus pt tu kat situ, tapi puan la yang cakap biar kami je buat. Terkena pulak time waktu peak, tak boleh kata apalah. Lepas tu urus prosedur tu, dah separuh dorang uruskan. Dah siap mandi pelbagai. Perlu tenaga untuk pusing2 dan angkat untuk kapankan camtu je. Elok sy tgh pegang, ops… melimpah cecair keluar dari rongga dia. Bau lagi. Mananye tak, 13 hari kut. Kena tukar balik kain lain. Bersihkan balik, tutup dan sumbat apa yg perlu. Macam takde perasaan pun ade time uruskan mayat nih, maybe sebab heart rate tengah laju dan mood tengah panas sikit time tu. Dalam fikiran nak buat cepat2 je sebab banyak lagi benda tengah tunggu nak urus. Dah banyak kali buat kot. Tambah lagi sebab bukan saya yang nak amik penilaian masa tu, jadi tadela gementar ke ape. Kawan jela nampak gugup sikit, so jadik tukang pegang dan tukang bagi arahan jela. Tersedar yang garang sungguh saya nih hurm.

Sambil2 tu bisik dalam hati, ‘cool down hati, cool down!’

Dari jam 7.30am, tup- tup dah pukul 10am. Akhirnya barula dapat bernafas hu.. pastu tengok pukul 11. Then puan panggil, nak soal pelbagai. Jawab2 soalan, macam interview. Lepas tu terfikir, alamak. Bila nak mintak maaf dengan puan ni, kot2lah sepanjang praktikal ni ade die terasa hati dengan saya ke ape. Ade terbuat muka poyo ke, terlebih diam ke ape. Mungkin ade waktu- waktu moody, waktu- waktu sedih atau juga waktu sesungut yang saya taknak senyum. Tapi sebolehnya saya tunjukkan sikap hormat sebaik mungkin. Dalam hati saya, sepertimana saya sayang dan mahu orang lain hormat mak dan ayah saya, seperti itulah saya cuba sayang dan hormat oang lain. Sebab dia pun sebenarnya sangatlah baik hati, dan banyak bagi tunjuk ajar.

“saya nak bila awak keluar dari sini, awak dapat banyak belajar,” pernah beberapa kali dia berkata pada saya.

Setakat ni puan ok jelah dengan saya. Cuma kadang- kadang ada waktunya kami sama2 terdiam. Walau ada masanya saya jadik banyak cakap, tapi secara overall nye macam pendiam sikit. Biasanya malas nak bercakap. Suka senyap dan senyum. Suka layan perasaan sendiri. Lagi- lagi bila dalam kereta dan bas. Termenung ke luar tingkap aje kejenya nak2 lagi kalau bukan duduk sebelah pemandu. Pastu tido, kalau ngantuklah. Hihi ;p

Sekali lagi pulang ke jalan benar, erm, tade ape nak diceritakan lagi kot. Tadi bukak stitch dan suture dekat kepala pakcik ni (pesakit). Bimbang jugak, first time buat. Staple tu bukak alternately, 18staple. Dalam pada tu dupdap *with a racing heart* bimbang oh. Bimbang terkopak kepala orang. Tapi day yg sangat puas hati lah sebab banyak kerja, dan dapat banyak cross jugak hee.

Dahlah!

Judge me, and I'll prove you're wrong!

Tiba- tiba rasa… tak best. Sedih kut.

Pretty mood tiba- tiba menjunam 45 darjah ke bawah dan bam! Bersepai terus. Terima kasih kerana berjaya menambahkan peratusan kebencian pada diri sendiri. Kalau cakap sikit je lagi maka silap- silap ada la orang bergenang mata pagi- pagi buta ni. Haish.

We hardly secure big things in life and suddenly inconsiderate one just come and loose them up one by one. What’s on earth…?

Best kalau jadi macam puteri gunung ledang ni. Kira ala- ala merajuk naik gunung tu and then taknak turun dah. Bertapa terus kat sana. Haha. Kehidupan ni complicated, tapi sebab tu dia best isn’t it? Rojak sungguh. Skill membungakan English writing ni semakin ceasing. Merudum. Dulu- dulu suka sangat baca buku bersiri bi masa zaman mrsm dulu. Sampai dalam homework pun terikut- ikut gaya bunga dia, lepas tu madam pun panggil dan directly tegur minta guna full sentences untuk homework hihi. Siri Goosebumps kot kalo tak silap, citer hantu lah. Siyes best! Tapi sambil belek dictionary lah. Lovey-dovey story kureng sikit nak baca.

Dulu- dulu, terer je spot question atau format essay yg bakal keluar. Class teachers pun siap pinjam personal exercise books, amik soalan kat dalam tu nak buat soalan peperiksaan. Tapi takdenye dapat full mark pun, sebab nama je exercise. Bukan rajin nak buat pun. Book tu yang exercise sorang2 haha. Mak je yang selalu bawak balik exercise books pelbagai pastu anak dia duk peluk buku bawa ke hulu ke hilir je, buatnya tidak! Terima kasih mak (:

Sekarang ni rasa macam banyak sangat tatau. Vocab kurang kaw- kaw. Grammatical errors pun hailah… takut pulak nak tengok. Speaking? masyaAllah. astaghfiruLlah. Baik tak payahla, kang pecah botol budu segala kat Kelantan nu. Haha. Time organize MAHA ritu pun, orang2 atas especially big boss sume rilek duk pakat cakap malay dengan sy kecuali yang memang tak reti malay langsung tu, memang dia cakap bi jelah. But by the end of the week, sampai dia pun cakap malay tiba2! saya dah siap terkata dia sebab tak pandai malay kut time tu. Warganegara Malaysia tapi benda kanan kiri pun tatau. What is kanan? What is kiri? Boleh pulak dia tanya saya camtu nge. Mujur saya bukan perdana menteri. Kalau tak mau je nak cabut status warganegara tu serta merta. Nasiblah ;p

Dah pukul 5am dah.

Ingat nak balik Kelantan tapi kensel. Tapi berat hati jugak nak bagi ayah kensel nih, takut dia dah berharap. 2 hari lepas saje nak gembirakan hati beliau, informed nak balik. Tapi mesti bagitau jugak, lama kang tertunggu- tunggu pulak. Ayah mesti ok kan? Ayah kan kental :D Lagipun sebulan lagi je cuti panjang, baik save budget buat bayar sewa rumah. Ever since saya belum mampu nak berdikari cari income sendiri, pun saya tamau susahkan ayah mak lebih2. So don’t mind me. Janganlah susah hati sebab saya. Eh anak ape ni. Mana ade mak ayah tak bimbang hal anak, anak pompuan pulak tu. Takpela, kan ade lagi 3 orang anak pompuan. Bimbang untuk 3 orang tu pun dah cukup ah.

Tenang bila berjauhan. Rindu bila bersua. Macam ni la baru betul, baru jadik makin hari makin sayang (:

Mode: Keluarga Bahagia – Now See Heart

don't promise when u are happy..
don't reply when u are angry..

and don't decide when u are sad...

AND LET BYGONES BE BYGONES...

Wednesday, 4 May 2011

Ni esei berjanggut nih. haha.

Baru je bising- bising cakap my babe teramat bizilah, mengabaikan sayalah, rindulah apelah sume tu. Tup- tup naik sms dengan nombor baru tengah- tengah malam.

‘Assalamualaikum. Awokkk tuuuuuuuuu’

Siapakah. Memula malas nak reply. Tapi kotla orang- orang yang dikenali so reply jela, tapi…

‘Waalaikummussalam. Siapakah. 
–sila serius. Sebarang gurauan tidak akan dilayan-‘

Hah. Warning siap2 ;p Dia reply camni. Siap nyanyi lagu lagi tu.

‘I let go so dishonestly leave a note for u my only one, 
xoxo 
u know u love me’

Okai. Rasa nak lompat sampai ke bintang timur. Nilah budak medik oberci tu. .

‘Shahirah Nabila! I miss u crazily wahh’

And the rest is history. Tak bole cite panjang2 nanti orang- orang lain terutamanya zahira dan haninnadia jeles hahaha ;p 

Subhanallah. Macam tak percaya. What a miracle HE gave me today! Subhanallah alhamdulillah~~~~ ni rindu dengan seriusnya pada orang yg top ranking dalam senarai hati saya kut. Walaupun tahu dia tak mungkin bawa balik segala shah rukh khan, hrithik roshan, salman khan pun. Tetiba je dia balik mesia tapi berada kat Kelantan la sekarang. Cuti dia 2 minggu je sobs. Tak sempat pun nak jumpa. Kalau balik ni musti lebih dari boleh daa nak jumpa ni. Tapi tak kesal pun tak balik wee…

Allah swt ada perancangan lain untuk saya dalam cuti ni yang lagi bermanfaat dari balik buang masa kat rumah. No no bukan comdemn balik rumah ke apa, ni cakap betul ni. Nama je gap sementara nak tunggu ujian 9hb tapi aceli saya punya plan dah bersusun bertindan- tindan dahni. Ingatkan mungkinlah kosong mereput je kat rumah sewa tu sementara nak tunggu 9hb.

Tadi Amirah tiba2 turun tingkat bawah, time orang lain semua tade kat rumah. Dorang yg lain ni ada repeat amali test untuk sem 2 kat fakulti, sorang pegi belajar nak amik lesen, dan yang lain semua balik kampung.

“Nak pegi rumah anak yatim tak?”

Tetibe je soalan dia. Mestila jawapan dia nak kan, he. Tapi nak pergi segera rupanya. Aisemen. Sebenarnya time tu tengah layan tengok pak syeikh arab berdebat panas. Ulama sunnah berjaya perangkap sifat taqiyyah ulama syiah dalam debate tu jugak. Memang salute ah, live broadcasting lagi. Tapi the best thing sebab dia ade subs la. Mak oii kalau tak letak subs mane den nak paham. Abih2 paham pun wallahi jela kang haha… so takpe, benda tu lain kali pun boleh tengok lagi kan.


Maka hari ni 3 mei 2011, kitorang buat lawatan muhibbah ke Rumah Anak Yatim Asrama Darul Falah. Anggota rombongan adalah seramai 2 orang dengan menaiki kenderaan rasmi awam :D alhamdulillah, walaupun bertolak lewat tengahari, sampai kl sentral singgah solat zohor dalam 1.30pm.

O ye kat sini, ade satu insiden. Teguran umum ye pada para pemudi harapan agama, nak bergaya tak salah tapi biarlah ikut syariat. Kalau nak solat pula kenalah pandai pilih saiz telekung. Ni hamik telekung solat saiz budak sekolah rendah buat hapa adoi la kak eh… baju yang dipakai tu dah saiz kanak2 jugak, plus jeans. Natijahnya bila ruqu’ dan sujud, pening saya yang melihatnya nih. Orang lain terkeluar kaki tu bolehla tutup balik, biasa la kot ketidaksengajaan yang seumpama dan yang sama waktu dengannya tu. Tapi ni kalo buntut yang keluar cemano nak buek ni adoiyai… saya yang walaupun kat spital bese je tengok buntut2 nih nak2 kat icu tu, tapi bila kat luar pun nak kena hadap benda yang sama siyes rasa nak pengsan… ouch maxalon plisss

Since ni kut 1st time buntut yg keluar time solat, saya speechless thoughtless tatau nak buat ape. Nak serkup kang nanti dia bangun jatuh jugak. Muslimah lain pun nanti heran pulak kalo tetiba saya yang baru masuk surau ni duk serkup2 buntut orang. Abis2 yg terdaya tarik balik untuk cover jelah masa dia qiam tu. Dan dah siap2 solat tu barula terfikir, ‘apasal aku tak suh je dia stop solat and bagi telekung lain kat dia time tuh’ hmph. Tak critical thinking langsung. Shock sangat barangkali, apadaaa.. tapi boleh ke hentikan orang solat macam tu je eh? Kalo ustaz ahmad bin wan rahman dia macam tak bagi nak kacau solat orang. Nak hukum batal tak batal solat orang ni tak berani jugak. Kotla dia tak sengaja and tak pasan. Aish nantilah tanya orang yg faqih. Sadis sungguh. Kesian. Asal saya jahil sangat ni astaghfirullahal azim ;( ya Allah, bukakanlah pintu hikmah ilmu Mu untukku dan untuknya, dan untuk semua sahabat handaiku juga guru- guruku. Amin…

Sambung permusafiran, sebab tak pernah pergi asrama tu. Dan area KL ni manela saya tau. Setakat megamall ke atau kawasan2 femes tu taula. Nasib baik Amirah ada salin peta jalan, haha. Macam explorace la pulak. Termangu- mangu kat depan KL Sentral tu, tibe2 ade sorang laki ni tego.

“Assalamualaikum!”

Eh apa ni, nak jual barang ke ape ni. Pandang Amirah kat tepi sekilas.

“Nak tanya, Bukit Kiara dekat2 tak kat area ni?”

Oho, instinct salah ;> orang pun tengah tatau cemana nak pegi Jalan Persekutuan, dia tanya Bukit Kiara pulak. Kalau tanya klang lama ke, pj ke, midvalley ke saya taulah. Geleng.

“Maaf, saya memang taktau” 

Senyum.

“MasyaAllah! Takpe terima kasih, assalamualaikum…”

Punyela kuat dia laung masyaallah tu, tersentak kejap. Ingat dia nak marah ke ape, rupanya bergurau. Okla tu, tanpa berlengah lagi jujur je cakap tatau. Malas nak bazir masa orang. Teringat masa kawan datang ade urusan sekitar kl dan kl sentral aritu, pun tak dapat tolong. Kl dan Selangor ni besar. Kalau nak pegi tempat2 pemes insyaallah boleh tolong. Tapi kalau tempat2 yg saya sendiri pun tak biasa macamana nak tolong jugak, dah memang tatau. Ni 3 tahun duk kl bukannya saya penah sampai pun klcc dan menara kl tu. Kalo setakat nak berjalan, no thanks. Malas eh kawe. Pergi time kecik2 dulu kira ok ah tuu.

Apa2 pun, bila dah berjaya pegi ke asrama anak yatim tu, borak2 dengan pengurus tempat tu. Turun teksi je dah disambut dengan senyuman2 manis adik2 perempuan yang tengah minum dekat kantin depan pejabat pengurusan tu. Kitorang hari datang lawatan muhibbah je dulu. Minta izin dorang untuk datang sepanjang minggu ni, sementara tade program dan tak balik Kelantan ni. Boleh tunjuk ajar adik2 buat homeworks dan prep. Insyaallah, moga Allah permudahkan. Minta sampai 8hb.

Tadi kak nisa’ text cakap kena pergi pejabat isma kat shah alam nanti 7hb mei tu. Full day 8am-6pm. Kalau time tu duk kat asrama darul falah, memang tak pegila jawabnye. Jadi jadual yang disusun adalah sebegini.

4-8mei : Aktiviti sukarelawan di Rumah Anak Yatim Darul Falah - (KL)
7 mei : Seminar Penggerak Mahasiswa IPT anjuran ISMA – (Shah Alam)
9 mei : Amali Test OSCE - (Faculty of Health Sci)
10-13mei : Kem Pemantapan Mahasiswa Islam anjuran Persatuan Belia Proaktif Puncak Alam - (Bkt Kerayong)
12mei : briefing untuk mountain climb (Pusat Gerakan Pelajar Rafflesia)
13mei- 15mei : Ekspedisi Mendaki Gunung. Anjuran Persatuan Sukarelawan Force UiTM – (Tapah, Perak)
16mei : Sambutan Nurses Day peringkat UiTM PA
18mei- 28mei : praktikal di Emergency Dept Hospital Selayang
30mei – 11jun : praktikal di Male Surgical Ward, Hosm Kajang

Clash kut beberapa jadual tu. Jadi saya dengan berat hatinya kenalah tolak ketepi 2 program. Kem Pemantapan Siswa dan kemungkinan besar Seminar Penggerak Mahasiswa IPT. Tu pun kalau program di rumah anak yatim tu diluluskan. Rasanya peluang cerah kut, insyaallah, sebab kami 2 orang je pun. Insyaallah lepas ni blog ni jadi blog mengupdate program2 relawan la gamaknya hee.

And then, balik Kelantan! (:

Horei… tahun ni boleh pose dan raya fully kat rumah. Tu dengan mengenepikan isu bekerja dulu lah. Kalo keje jawab dia time raye tu ah baru balik mungkin. Sebelum nak start sem baru. Sabar ye familiku sayang, insyaallah tamat belaja kang mungkinlah free sikit. Kehidupan student adelah untuk mencuba pelbagai aktiviti semaksimum mungkin selagi masih ade peluang. Tu diaaa…. (:


Kau insan sempurna.

Dan aku ingin mencontohimu.

Bila diuji dan dipujuk nafsu, ku meminjam cekal ketabahanmu. Kernaku yakin di suatu waktu, syafaatmu dapat membantuku. 

Sollu ala Nabi, sollu ala Rasulillah al-Mustopha…

Assalamualaikum wbt.

My world. My circle.

Mata lebam.;<  Terima kasih, terima kasih.

Terima kasih final exam.

Dan terima kasih praktikal sebab amik masa cuti saya banyak2.

Boleh tak bagi masa cuti yang whole-ly untuk diri sendiri sorang2 je? Penat ok. Ada tak aceli tempat di dunia ni boleh ada farhanim sorang je kat dalam dia? Cepat bagitau kalau ada, nak tempah tiket flight segera ke situ.

I’m burnout. Burnout ok. Kalau semua final ni dapat jawab takpela jugak.

aci dak kalau nak ajak penguin wrestling? hahaha

Takpe, takpe.

Nasib baik dah set appointment janji dengan Amirah Nasir untuk buat photoshoot sebelum balik Kelantan dekat ‘Taman Syurga Pokok Nan Sebatang’ nanti. Nanti kalau- kalau gambar tu jadik coverpage majalah jangan terkejut. Heh.

Salam jumaat dan selamat berjumaat bagi yang qualified. Dah.

Oh.

Tiba2 saya mengambil satu keputusan. (ceh)

Nak choose a date and just spend the whole  day to draw. Melukis dengan seriusnya. Seriusla ni. Since dah lama tak focus buat benda2 artistik betul2. Dah tinggal since form 4, form 5 lagi. Dulu masa lower form especially, sangat seronok. Buat mural pada dinding mrsm pelbagai. Wakil mrsm untuk hoki etc etc.  Form 4 form 5 lebih tumpu pada kepimpinan dan magazine editorial. Peh. Banyak jugak benda yg dibuat dan disandang time dulu2, patutla best. Patutla femes. Haha. Bergurau jep.

Form 3 memang time nakal. Suka gelakkan sorang cikgu baru dengan member2. Tak kira laki ke pompuan ke. Eh dah2, sambung leadership!

Wida’an.

Ala baladi... untuk negaraku!


Tadi bertalaqqi dengan ustaz tu lagi. Belajar tajwid dengan segala sifat mahraj. Lepas tu dalam hati cakap, 

“best nya kalau dapat jadi menantu dia”

Haha.

Betullah, kalau jadi mahram nanti boleh belajar tajwid betul2. Best. Anak dia tu isu no 2 lah. Ade ke takde anak ke. Lagipun ustaz ni macam bersifat kebapaan jugak. Cumanya nama ustaz tak pernah tahu, sebab tiap kali pun tak paid attention masa orang masjid buat announcement ;p

Hm tengah merapu la nih. Padan muka tak boleh tido, sebab minum Nescafe lepas isyak tadi. Hailah. Dunia, pergilah kau main jauh2. Leadership banyak sangat nak kena baca. Nak kena habiskan satu textbook tu kot. Then teringat duty kat soghokito lagi. Kalau bukan sebab teringat amanah dan janji, nak je mengelat huhu.

Cerita best, nanti nak gi mountain climbing kat perak. Sape nak ikut? Walaupun aceli tadela tahu sangat ape ke gunung je yg ade kat perak tu tapi jangan riso since Malaysia ni kaya hutan dan orang hutan serta bayi hutan. Haha.


Volunteer Camp (Level 1): 
Date: 13-15 Mei 2011
Venue: Agro Recreation Park Tapah, Perak


Best kan? ^^

Sunday, 1 May 2011

who knows?

who knows tomorrow could be our last day?



 Allahurabbuna salimna (sallim sallimna) 3x

 Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay

Title asal : Saya saket perut. haha!

Sebelum ni kawan yang tengah amik medik kat oberci  ym time- time bebudak nursing kat puncak alam tengah menahan kepala pecah bizi meng-submit beratus- ratus perkataan assignments dan serentak dalam minggu ujian. Tiba- tiba ym setelah sekian lama, macam pelik jugak. Yelah, bebudak medik kan bizi. Masa ni berharga macam emas. Tapi kalau masa dorang pulak amat berharga mengalahkan emas putih. Why not, kan profession paling up kat dunia tuu… eh ke primary minister lagi up? eh tak2, alim ulamak punya martabat tinggi banyakkk di sisi Allah dunia dan akhirat. Apa lagi yang menuntut ilmu pastu sebarkan. Siapa lagi kalau bukan cikgu- cikgu. Kalau bukan sebab cikgu maka takdela doktur ke, pailot ke, prem minister ke, puhlis ke, bumber  dan yang sama waktu dengannya. Kan.

So kepada para pendidik anak bangsa, dan- dan je timing elok nak dekat Hari Guru Kebangsaan ni haha

Selamat Hari Guru!!!
Especially to my mom and dad, dan semua cekgu-cekgi yang susah- susah mengajar saya (: hanya Allah mampu membalas jasa kalian!

Sambung citer, dia minta tolong trenslet atau lebih tepat lagi tolong buat surat penajaan untuk engineering company, nak mohon ditaja pegi collaborate dengan uni oberci bagi pengajian final year. Balik kang keje ngan company tu lah. Fuh, cerah mase depan. Tapi, kawan ni, dia punya English writing, masyaAllah superb! Memang kagum habisla. Setakat saya nih, nak create full sentence depan dia pun takyah aa. Menggigil pensel tu. Pensel tu la yang menggigil. Apa lagi kalo nak guna idiom dalam ayat tu. Hah, kirim salam jelah! Tapi kitorang selalu balas- balas surat dalam bi dulu- dulu, sebab kitorang kerap jugak gaduh time kat mrsm tu. Biasanya sayalah, sebab cemburu dengan kawan2 rapat pompuan dia. Manja. Sampai boleh nangis. Siap mention dalam surat tu. “the tears keep running down my cheek bla3” Heh. Bila ingat balik, ceh macam budak2. Eh memang zaman bebudak pun time tu. Dialah yang ajar macam tu. Pastu jenuh dia nak memujuk. Kadang buat2 tido, buat2 tak nampak. Perangai macam hampeh. Haha. Dia tak selalu berani nak datang dekat sebab saya ni bole tahan jugak garangnya. Tapi garang saya bukan jenis yang marah2 orang dengan suara tinggi atau bebel2 pun. Paling2 kening berkerut, muncung panjang. Cakap orang ‘jahat’. Pastu nangis. Ha3. Tapi tu dulu laa sekarang pun lebih kurang kalau datang angin tak matured tu. Ciz. Asal rasa best gelakkan diri sendiri zaman dulu pulak ni. Haih.

Dia pulak berbeza. Cool, wise, creative, out-spoken dan comel. Agakla kontra. Yang tak kontra nya cuma part comel tu je. Wek. Dan dia sangat baik. Sangat lembut hati, terutama dengan saya. Tatau kenapa saya boleh baca the thing inside of her heart, dan nampak betapa fragile nya dia sedangkan even bestfriends dia pun cakap dia degil. Entah, mungkin sebab saya bukan jenis nak paksa orang jadi apa yg saya nak. Kalau kita sayang orang sebab dia adalah dia, maka apa sebab kita nak ubah dia jadi orang lain isn’t it? Bila kita berjaya ubah dia, yang pasti hati kita akan turut berubah selepas tu. So bersyukurlah. Hearts just know, that’s the only indescribable thing that tying us together until now.

Member punye pasal terus sanggup je. Rupanya tu abang dia punye. Katanya dia tak sempat buat sebab ada test, tak ingat format surat rasmi, grammar tak mantap macam dulu etc etc. bersengkang mata jugakla nak membuatnya sebab time siang- siang hari kalau bukan golek- golek kejenye main games kut. Ni entry pagi –pagi macam nak ngutuk orang ni, bukan sebab nak ngutuk sebenarnya. Tapi lepas geram sebab dia bizi waa… rindu ok! Jarak yang jauh memisahkan. Dan yang lebih jauh tu bukan jarak, tapi hati.

Sebenarnya benda yg membuatkan bertambah2 geram pagi2 ni adalah sikap orang yg suka rendahkan nilai pertolongan orang dengan nilaian matawang.

Tak sempat habis final exam, ada ex-classmate zaman mrsm dulu jugak sms minta tolong check grammatical errors untuk final year project/ fyp research reports. Esei saje panjang berjela sampai 8-9 pages. Bestla dia dah tamat belajar, tunggu nak sambung master lak tu sem depan je. Okla, 2 hari jugak nak boleh siap betulkan. Tapi sempat main game, online pelbagai dan tengok cite hantu patung. Siap mbebel- bebel pulak dalam report tu, macam cikgu- cikgu. Ni kalau saya jadi cikgu memang soheh cikgu yg garang, for sure. Haha! Dan mangsa pertama adalah si bongsu Na tu lah lalala~ walaupun memain je dia kata suara saya macam budak2. Ish ish, nasib baik sabar je tau nak melayan kerenah bebudak nih haih.

Eh sambung balik. Lepas siapkan dan hantar balik pada dia via emel, maka pagi tadi tengah duk clear dapur nak buat breakfast tu dia sent thank you sms. Baca then ignore jelah. Takat sms tak penting kalau dari rijal ni memang tak reply. Walaupun kitorang baikla jugak time sekolah2 dulu, tapi dah banyak kali kut warning jangan sms kalau benda tak penting. Tapi dia ni jenis yang tak makan saman sikit kut. 


Kalau benda2 serius memang dia akan emel utk minta nasihat dan pendapat. kalau urgent dia text untuk cakap dah hantar emel tu. Kalau orang minta tolong takkan taknak tolong. hari ni hari dia, lain hari mungkin hari kita. Yang tabik spring nya sebab dia tabah la sebab stay still jadi kawan saya walau selalu di-ignore he. Hanya orang2 yg tabah je tau boleh jadi kawan saya. Sebab kekadang tu bukannya saya tak appreciate tapi saya memang tak reti nak ada kawan laki. Macam tak kena je rase. Kenalan je la kot. Kalau jenis yang amik hati ke ape, saya speechless jelah. Saya memang bukan jenis orang yg cakap banyak dan paksa orang. If you think leaving is the best, then run for it. I won’t stop you (:

Hati saya tak kuat untuk admit orang mudah2 jadi kawan saya bagaimanapun terima kasih banyak3 sebab sudi berkawan. Tapi maaf saya tak dapat halang kalau awak nak pergi, ada benda2 yang merantai kaki kut. Camtulah lebih kurang. Dah2. 

Melalut.

Part yang nak cakap merendahkan bantuan orang dengan nilaian wang ni sebenarnya macamni. Dalam sms tu jugak, kawan ni cakap kawan dia nak minta tolong trensletkan questionnaires dari bm ke bi. Dan sanggup bayar RM10 kalau sanggup. What the…? Nak kena luku jugak bebudak ni.

baik sedekah je duit tu kat masjid, lagi afdhal.

Tu dia… jawapan menikam kalbu macam biasa haha. Kan dah dapat sebijik. Haru je mood orang pepagi nih. Saya duit2 ni dah bosan, kalau ayam goreng pahala nak la jugak. Bukanla saya merendahkan niat baik dia tu tapi … faham tak ape yg saya rase? Tak paham sudah. Since tengah baru mula nak berehat lepas final ni, tolong trenslet jugakla. Pastu baca novel ‘Gelak Tergolek’ sensorang kat ruang tamu, orang lain kuar shah alam. Pastu dah lupa dah nak breakfast ke ape. Sampai ke tengahari pun dengan mandi- mandi pun lupa dah. Novel Mizah ni, tengok kat cover page dia pun tak bole tahan ketawa dah.
Rahman:” Aku terima nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim
dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai”

Tuk kadi: “Tiga puluh ringgit! Bukan tiga puluh rakaat.
Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat.”

Haha. Lain kali ah saya sedut sikit part lucu dia tu, nak lunch dulu ah. Sekian wassalam.

im not a smoker. but im a caffein consumer!

Musykil tengok sya waktu tengah buat revision. Tutup- tutup mata klipok- klipok kat sofa, sambil baca slides kat laptop. Pastu saje tegur dan gelak. “buat ape tuuu tutup2 mata tu?!” Kan dah kantoi ngantuk tu haha. Suka hati je mengusik orang :D

Tadi dah tido lama la jugak, since semalam memang tak dapat tido langsung. Paksa diri je tido lepas subuh tu. Sebab Nescafe lagila macam bese. Lainkali nak buat pekeliling pengharaman Nescafe di musim exam lah. Cukup2lah.

Asal kita suka jugak walaupun tau benda2 ni boleh susahkan kita ye?

Wa mina al-laili fasjud lahu wa sabbihhu lailan thowiila…

Semalam join sekaki fieha yang tengah tengok vid asyraf muslim bertunang. Wah, ingatkan majlis kahwin dah. “udah2 le tu, dah jadi tunang orang daa”;p

Bila teringat balik selalu merungut- rungut yang hidup ni bosanlah, tade benda nak buatlah, bosan belajar itu ini semua… rase macam kelakar.

Sebabnya lepas je solat isyak tadi tiba2 terlintas di fikiran…

“saya gembira sebab masih hidup!”

Mode: insaf. Hee ;p

Ramai manusia yang hidup di dunia ini
Berbagai cara dan gaya yang tersendiri
Ada yang ingin bertuhan
Ada yang tak memerlukannya
Namun kita sebenarnya Allah yang punya
Bertuhankan Allah yang sebenar- benarnya

INSAN TAQWA – sape nyanyi ntah
Ok babai.