Wednesday, 4 May 2011

Ni esei berjanggut nih. haha.

Baru je bising- bising cakap my babe teramat bizilah, mengabaikan sayalah, rindulah apelah sume tu. Tup- tup naik sms dengan nombor baru tengah- tengah malam.

‘Assalamualaikum. Awokkk tuuuuuuuuu’

Siapakah. Memula malas nak reply. Tapi kotla orang- orang yang dikenali so reply jela, tapi…

‘Waalaikummussalam. Siapakah. 
–sila serius. Sebarang gurauan tidak akan dilayan-‘

Hah. Warning siap2 ;p Dia reply camni. Siap nyanyi lagu lagi tu.

‘I let go so dishonestly leave a note for u my only one, 
xoxo 
u know u love me’

Okai. Rasa nak lompat sampai ke bintang timur. Nilah budak medik oberci tu. .

‘Shahirah Nabila! I miss u crazily wahh’

And the rest is history. Tak bole cite panjang2 nanti orang- orang lain terutamanya zahira dan haninnadia jeles hahaha ;p 

Subhanallah. Macam tak percaya. What a miracle HE gave me today! Subhanallah alhamdulillah~~~~ ni rindu dengan seriusnya pada orang yg top ranking dalam senarai hati saya kut. Walaupun tahu dia tak mungkin bawa balik segala shah rukh khan, hrithik roshan, salman khan pun. Tetiba je dia balik mesia tapi berada kat Kelantan la sekarang. Cuti dia 2 minggu je sobs. Tak sempat pun nak jumpa. Kalau balik ni musti lebih dari boleh daa nak jumpa ni. Tapi tak kesal pun tak balik wee…

Allah swt ada perancangan lain untuk saya dalam cuti ni yang lagi bermanfaat dari balik buang masa kat rumah. No no bukan comdemn balik rumah ke apa, ni cakap betul ni. Nama je gap sementara nak tunggu ujian 9hb tapi aceli saya punya plan dah bersusun bertindan- tindan dahni. Ingatkan mungkinlah kosong mereput je kat rumah sewa tu sementara nak tunggu 9hb.

Tadi Amirah tiba2 turun tingkat bawah, time orang lain semua tade kat rumah. Dorang yg lain ni ada repeat amali test untuk sem 2 kat fakulti, sorang pegi belajar nak amik lesen, dan yang lain semua balik kampung.

“Nak pegi rumah anak yatim tak?”

Tetibe je soalan dia. Mestila jawapan dia nak kan, he. Tapi nak pergi segera rupanya. Aisemen. Sebenarnya time tu tengah layan tengok pak syeikh arab berdebat panas. Ulama sunnah berjaya perangkap sifat taqiyyah ulama syiah dalam debate tu jugak. Memang salute ah, live broadcasting lagi. Tapi the best thing sebab dia ade subs la. Mak oii kalau tak letak subs mane den nak paham. Abih2 paham pun wallahi jela kang haha… so takpe, benda tu lain kali pun boleh tengok lagi kan.


Maka hari ni 3 mei 2011, kitorang buat lawatan muhibbah ke Rumah Anak Yatim Asrama Darul Falah. Anggota rombongan adalah seramai 2 orang dengan menaiki kenderaan rasmi awam :D alhamdulillah, walaupun bertolak lewat tengahari, sampai kl sentral singgah solat zohor dalam 1.30pm.

O ye kat sini, ade satu insiden. Teguran umum ye pada para pemudi harapan agama, nak bergaya tak salah tapi biarlah ikut syariat. Kalau nak solat pula kenalah pandai pilih saiz telekung. Ni hamik telekung solat saiz budak sekolah rendah buat hapa adoi la kak eh… baju yang dipakai tu dah saiz kanak2 jugak, plus jeans. Natijahnya bila ruqu’ dan sujud, pening saya yang melihatnya nih. Orang lain terkeluar kaki tu bolehla tutup balik, biasa la kot ketidaksengajaan yang seumpama dan yang sama waktu dengannya tu. Tapi ni kalo buntut yang keluar cemano nak buek ni adoiyai… saya yang walaupun kat spital bese je tengok buntut2 nih nak2 kat icu tu, tapi bila kat luar pun nak kena hadap benda yang sama siyes rasa nak pengsan… ouch maxalon plisss

Since ni kut 1st time buntut yg keluar time solat, saya speechless thoughtless tatau nak buat ape. Nak serkup kang nanti dia bangun jatuh jugak. Muslimah lain pun nanti heran pulak kalo tetiba saya yang baru masuk surau ni duk serkup2 buntut orang. Abis2 yg terdaya tarik balik untuk cover jelah masa dia qiam tu. Dan dah siap2 solat tu barula terfikir, ‘apasal aku tak suh je dia stop solat and bagi telekung lain kat dia time tuh’ hmph. Tak critical thinking langsung. Shock sangat barangkali, apadaaa.. tapi boleh ke hentikan orang solat macam tu je eh? Kalo ustaz ahmad bin wan rahman dia macam tak bagi nak kacau solat orang. Nak hukum batal tak batal solat orang ni tak berani jugak. Kotla dia tak sengaja and tak pasan. Aish nantilah tanya orang yg faqih. Sadis sungguh. Kesian. Asal saya jahil sangat ni astaghfirullahal azim ;( ya Allah, bukakanlah pintu hikmah ilmu Mu untukku dan untuknya, dan untuk semua sahabat handaiku juga guru- guruku. Amin…

Sambung permusafiran, sebab tak pernah pergi asrama tu. Dan area KL ni manela saya tau. Setakat megamall ke atau kawasan2 femes tu taula. Nasib baik Amirah ada salin peta jalan, haha. Macam explorace la pulak. Termangu- mangu kat depan KL Sentral tu, tibe2 ade sorang laki ni tego.

“Assalamualaikum!”

Eh apa ni, nak jual barang ke ape ni. Pandang Amirah kat tepi sekilas.

“Nak tanya, Bukit Kiara dekat2 tak kat area ni?”

Oho, instinct salah ;> orang pun tengah tatau cemana nak pegi Jalan Persekutuan, dia tanya Bukit Kiara pulak. Kalau tanya klang lama ke, pj ke, midvalley ke saya taulah. Geleng.

“Maaf, saya memang taktau” 

Senyum.

“MasyaAllah! Takpe terima kasih, assalamualaikum…”

Punyela kuat dia laung masyaallah tu, tersentak kejap. Ingat dia nak marah ke ape, rupanya bergurau. Okla tu, tanpa berlengah lagi jujur je cakap tatau. Malas nak bazir masa orang. Teringat masa kawan datang ade urusan sekitar kl dan kl sentral aritu, pun tak dapat tolong. Kl dan Selangor ni besar. Kalau nak pegi tempat2 pemes insyaallah boleh tolong. Tapi kalau tempat2 yg saya sendiri pun tak biasa macamana nak tolong jugak, dah memang tatau. Ni 3 tahun duk kl bukannya saya penah sampai pun klcc dan menara kl tu. Kalo setakat nak berjalan, no thanks. Malas eh kawe. Pergi time kecik2 dulu kira ok ah tuu.

Apa2 pun, bila dah berjaya pegi ke asrama anak yatim tu, borak2 dengan pengurus tempat tu. Turun teksi je dah disambut dengan senyuman2 manis adik2 perempuan yang tengah minum dekat kantin depan pejabat pengurusan tu. Kitorang hari datang lawatan muhibbah je dulu. Minta izin dorang untuk datang sepanjang minggu ni, sementara tade program dan tak balik Kelantan ni. Boleh tunjuk ajar adik2 buat homeworks dan prep. Insyaallah, moga Allah permudahkan. Minta sampai 8hb.

Tadi kak nisa’ text cakap kena pergi pejabat isma kat shah alam nanti 7hb mei tu. Full day 8am-6pm. Kalau time tu duk kat asrama darul falah, memang tak pegila jawabnye. Jadi jadual yang disusun adalah sebegini.

4-8mei : Aktiviti sukarelawan di Rumah Anak Yatim Darul Falah - (KL)
7 mei : Seminar Penggerak Mahasiswa IPT anjuran ISMA – (Shah Alam)
9 mei : Amali Test OSCE - (Faculty of Health Sci)
10-13mei : Kem Pemantapan Mahasiswa Islam anjuran Persatuan Belia Proaktif Puncak Alam - (Bkt Kerayong)
12mei : briefing untuk mountain climb (Pusat Gerakan Pelajar Rafflesia)
13mei- 15mei : Ekspedisi Mendaki Gunung. Anjuran Persatuan Sukarelawan Force UiTM – (Tapah, Perak)
16mei : Sambutan Nurses Day peringkat UiTM PA
18mei- 28mei : praktikal di Emergency Dept Hospital Selayang
30mei – 11jun : praktikal di Male Surgical Ward, Hosm Kajang

Clash kut beberapa jadual tu. Jadi saya dengan berat hatinya kenalah tolak ketepi 2 program. Kem Pemantapan Siswa dan kemungkinan besar Seminar Penggerak Mahasiswa IPT. Tu pun kalau program di rumah anak yatim tu diluluskan. Rasanya peluang cerah kut, insyaallah, sebab kami 2 orang je pun. Insyaallah lepas ni blog ni jadi blog mengupdate program2 relawan la gamaknya hee.

And then, balik Kelantan! (:

Horei… tahun ni boleh pose dan raya fully kat rumah. Tu dengan mengenepikan isu bekerja dulu lah. Kalo keje jawab dia time raye tu ah baru balik mungkin. Sebelum nak start sem baru. Sabar ye familiku sayang, insyaallah tamat belaja kang mungkinlah free sikit. Kehidupan student adelah untuk mencuba pelbagai aktiviti semaksimum mungkin selagi masih ade peluang. Tu diaaa…. (:


Kau insan sempurna.

Dan aku ingin mencontohimu.

Bila diuji dan dipujuk nafsu, ku meminjam cekal ketabahanmu. Kernaku yakin di suatu waktu, syafaatmu dapat membantuku. 

Sollu ala Nabi, sollu ala Rasulillah al-Mustopha…

Assalamualaikum wbt.

0 komen membina: