......║\
......║▒\
......║▒▒\
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan...
......║░▒║..Pedang
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Dibalut
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kembali
......║░▒║..Sembuh
......║░▒║..TETAPI
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan
......║░▒║..Kata-kata
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kekal
......║░▒║..di
......║░▒║..Ingatan
......║░▒║..Sepanjang.
......║░▒║...Hayat.....
......║░▒║
......║░▒║
.▓▓▓▓▓▓▓▓▓ " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
.......]█▓[Imam Ghazali menjawab yang paling tajam adalah "lidah manusia".
.......]█▓[Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati
.......]█▓[dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
.......]█▓[
"terlajak perahu masih boleh di undur lagi,terlajak kata buruk padahnya.
"terlajak perahu masih boleh di undur lagi,terlajak kata hilang percaya..
Wednesday, 29 February 2012
Cawan Putih.
e-mail cawan_putih24@yahoo.com is created in remembrance of my beloved mom, Pn Norhayati.
Yup mom, because i am so grateful for having such a wonderful mom like you. I love you so much (:
And from a mere e-mail, I used it to sign up for fb, tweeter, formspring and certain forum. Hee... and I wish for all the things I signed up for, hopefully all will be used for good intentions only. Gaining more knowledge for certain to fill up this almost empty white cup.
Yup mom, because i am so grateful for having such a wonderful mom like you. I love you so much (:
And from a mere e-mail, I used it to sign up for fb, tweeter, formspring and certain forum. Hee... and I wish for all the things I signed up for, hopefully all will be used for good intentions only. Gaining more knowledge for certain to fill up this almost empty white cup.
Thursday, 9 February 2012
Bacaan isti'azah, panggilan 911 memadam "kebakaran"
Saya termimpikan sesuatu yang aneh.
Saya mengucup ubun- ubun ummi yang sedang marah sambil membaca kalimah isti’azah, dan nyatanya kemarahan ummi surut. Begitu juga pada adik, ternyata berhasil menjernihkan kembali keadaan yang keruh seketika.
Itu yang anehnya, saya kurang mengerti apa yang sedang berlaku. Tapi mimpi ini memberi satu rasa ketenangan dalam jiwa.
Namun apa pun, bacaan istiazah sememangnya berkhasiat dalam menangani rasa marah. Dalam satu kuliah maghrib ustaz ada menerangkan waktu sedang marah adalah salah satu dari tiga keadaan yang mana syaitan paling senang memperkudakan manusia. Dua keadaan lagi adalah bilamana manusia sedang bernafsu syahwat dan … ah. terlupa pulak.
Kaedah ini diajar oleh Rasulullah s.a.w sewaktu melihat dua orang lelaki yang saling mencela sehingga nyata otot- otot lehernya. Dalam satu hadith ashohu soheh (yang paling sahih dari yang sahih) yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, (hadith ke 47 dalam kitab Riyadhus Solihin kalau tak silap, merujuk kepada hadith yang dibentangkan al-muallim).
Demikianlah Nabi Allah Muhammad mengajar kita dalam kaedah menangani rasa marah.
- baca isti’adzah (a’udzubillahi minassyaitonirrojim)
- jika belum surut kemarahan, maka ubah posisi. Duduk jika berdiri, baring jika duduk.
- jika masih tersisa kemarahan. Berwuduk, atau mandi (niat mandi sunat)
Dalam hadith ke- 48 pula meriwayatkan anugerah yang diperoleh oleh orang yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melampiaskan rasa marah tersebut. Allah s.w.t akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk kelak dan dia dibenarkan memilih mana- mana bidadari yang disukainya untuk dijadikan isteri di syurga kelak. subhanaLLAH, sebegitu hebat sekali janji-Nya.
Saya teringat 1 soalan kelakar. Andai lelaki masuk syurga dapat bidadari, perempuan dapat apa?
Jawab seorang ustaz, “masuklah syurga dulu…! Lepas tu dapat apa pun tak kisahla” :D
Soalan kedua, mengenai makanan kegemaran rasulullah s.a.w. Bagaimana nak mengenal madu yang asli? Menjawab sendiri soalannya (merujuk pada ustaz yang mengendalikan kuliah), “nak tahu madu yang asli, kalau kita bawak balik ke rumah, bini marah.”
Jangan marah, senyum selalu. Sama- sama kita amalkan memohon perlindungan Allah dari gangguan dan hasutan syaitan dan jin yang dilaknat di setiap waktu dan ketika. Jomlah kawan- kawan, fi mardhotillah (:
Labels:
coret
1Malaysia Book Exhibition
| sementara menunggu bas selama 2 jam setengah |
Semalam berkunjung ke PWTC bersempena 1Malaysia Book Exhibition dari 1- 6 Februari 2012. Quite nice, tapi saya rasa macam dah banyak buku habis sebab dah hari keempat he. Umat penuh sesak, nak- nak lagi di booth Telaga Biru kesukaan saya. Pack. Jantung dupdap dupdap bukan sebab excited tengok buku banyak tapi sebab kena bergerak amat hati- hati di tengah- tengah ramai. Risau. Ni part yang tak best di mana- mana event pesta buku bila tiada batasan. Waktu tu hati terlintas kalaulah ada ‘bodyguard’ halal untuk menjaga diri di saat- saat sesak macam ni. Apa pun tahniah untuk petugas Telaga Biru yang melayan pengunjung dengan sopan dan mesra, ahsantum. (:
| RM200. alhamdulillah (: |
Alhamdulillah, naskhah terakhir Furu’ al-Masa’il berjaya dimiliki dengan diskaun RM 22.50. Superb! Solusi keluaran lalu pun diberi potongan 50% dan juga diskaun- diskaun yang hebat untuk bahan bacaan yang lain. Sempat beli buku resepi kuih melayu untuk kakak dan resipi sup- sup untuk persediaan belajar nak buat untukkeluarga dan orang tersayang. Baucar RM200 dihabiskan dengan bermanfaat dan puas hati. Sebenarnya dah lama tertarik pada Tafsir Ibnu Katsir, Fathul Bari, Riyadhus Salihin dan koleksi Soalan Remeh- Temeh untuk dijadikan koleksi. Andai ada rezeki lebih insyaallah lain kali (:
Labels:
Program
3.04 pagi.
Kafein membantutkan keinginan tidur lagi, sedang pagi esok ada taklimat sebenarnya. Cuti pula hanya tinggal 2,3 hari sedangkan urusan tertunggak masih bantut. Membantut. Dibantut. Low skill in time mx agaknya. Banyak benda in progress, dan banyak juga yang seakan- akan diabaikan. Dikelilingi pelbagai benda yang tak bermanfaat cukup menyusahkan hati, kadang- kadang rasa nak round up bungkus semua sekali dan campak ke dalam ungun api. Dengan memori sekali.
Medications for hyperacidity, saya habiskan yang manis je. Tinggal yang pahit2, tak sanggup sangat nak telan. Rasa macam herk~! Lagipun gastric bukan satu benda yang besar, boleh kawal dengan pemakanan yang teratur dan terkawal. Taknak makan sebab tiada selera, itu silap sendirilah.
Segala halangan yang ada bukanlah satu masalah. Ia hanya menjadi masalah bila kita labelkan ia begitu.
Salah satu cara melepaskan tekanan adalah dengan menulis jurnal. Dan itu yang saya sedang buat sekarang. Jadi setakat ini cukuplah kan. Saya tafsirkan segala yang berlaku sebelum ini hanyalah dek rasa kekaguman. Membuat diri terlupa, terleka, terluka.
Kata itu kota.
Roboh kota, robohlah negara. Mungkir kata, terhakis rasa percaya.
Tak sabar tunggu cuti. Mahu berkumpul dengan adik- adik lagi. Kami plan untuk sama- sama ulangkaji bahasa arab, atas permintaan adik. Dan kakaknya ini ada permintaan sebagai tukaran, mahu adiknya menjadi imam 5 solat fardhu. Berkongsi keinginan yang sama dengan si bongsu. Semoga Allah swt permudahkan jalan untuk kebaikan.
Kamu tidak akan merasa indahnya kehidupan, andai kamu tidak pernah dikecewakan. Itu olahan kata- kata pujangga sang pencari bidadari.
Setuju. Masa saya rasakan amat terhad sekali, bahkan cukup singkat. Seakan ada perkara yang teramat besar sedang menanti di hadapan. Mungkin mati. Atau jika panjang umur, 1-3 tahun berada di malizi. Dan kemudiannya, mengikut rancangan kedua untuk membawa diri ke sana. Restu ayah bonda sudah diterima. Kata hati berbisik, saya tak sudi kembali.
Allahummaftah ‘alayya. Rabbi anzilni munzalan mubarrakan wa anta khairul munzilin.
Labels:
coret
Subscribe to:
Posts (Atom)

