Thursday, 9 February 2012

3.04 pagi.

Kafein membantutkan keinginan tidur lagi, sedang pagi esok ada taklimat sebenarnya. Cuti pula hanya tinggal 2,3 hari sedangkan urusan tertunggak masih bantut. Membantut. Dibantut. Low skill in time mx agaknya. Banyak benda in progress, dan banyak juga yang seakan- akan diabaikan. Dikelilingi pelbagai benda yang tak bermanfaat cukup menyusahkan hati, kadang- kadang rasa nak round up bungkus semua sekali dan campak ke dalam ungun api. Dengan memori sekali.

Medications for hyperacidity, saya habiskan yang manis je. Tinggal yang pahit2, tak sanggup sangat nak telan. Rasa macam herk~! Lagipun gastric bukan satu benda yang besar, boleh kawal dengan pemakanan yang teratur dan terkawal. Taknak makan sebab tiada selera, itu silap sendirilah.

Segala halangan yang ada bukanlah satu masalah. Ia hanya menjadi masalah bila kita labelkan ia begitu.
Salah satu cara melepaskan tekanan adalah dengan menulis jurnal. Dan itu yang saya sedang buat sekarang. Jadi setakat ini cukuplah kan. Saya tafsirkan segala yang berlaku sebelum ini hanyalah dek rasa kekaguman. Membuat diri terlupa, terleka, terluka.




Kata itu kota.

Roboh kota, robohlah negara. Mungkir kata, terhakis rasa percaya.

Tak sabar tunggu cuti. Mahu berkumpul dengan adik- adik lagi. Kami plan untuk sama- sama ulangkaji bahasa arab, atas permintaan adik. Dan kakaknya ini ada permintaan sebagai tukaran, mahu adiknya menjadi imam 5 solat fardhu. Berkongsi keinginan yang sama dengan si bongsu. Semoga Allah swt permudahkan jalan untuk kebaikan.

Kamu tidak akan merasa indahnya kehidupan, andai kamu tidak pernah dikecewakan. Itu olahan kata- kata pujangga sang pencari bidadari.

Setuju. Masa saya rasakan amat terhad sekali, bahkan cukup singkat. Seakan ada perkara yang teramat besar sedang menanti di hadapan. Mungkin mati. Atau jika panjang umur, 1-3 tahun berada di malizi. Dan kemudiannya, mengikut rancangan kedua untuk membawa diri ke sana. Restu ayah bonda sudah diterima. Kata hati berbisik, saya tak sudi kembali. 

Allahummaftah ‘alayya. Rabbi anzilni munzalan mubarrakan wa anta khairul munzilin.

0 komen membina: