Tuesday, 24 January 2012

Hilaa hilaa ya mator

Assalamu’alaikum wbt.

Kalau ada di antara kita yang pernah punyai 2 fikiran yang berlainan, agak- agak macam pelik sangat ke? Macam ada 2 orang tengah berbincang dalam fikiran kita, dan kita jadi pendengar. Err bukan schizo pulak tau, ni bukan soal mentally ills ke ape.

Macam dalam kartun tu, yang wujud 2 ‘diri sendiri’ yang berwatak baik dan jahat. Aaa, kartun pulak. Lupakanlah. Hilaa hilaa ya mator.



Berpagi- pagi dengan segelas nescafe panas dan hup seng. Juga hilaa hilaa ya mator :D Check updates akademik dan kawan- kawan dalam sekilas pandang. Dapat 1 mesej yang baru tapi tak penting dan tak perlu balas awal. Tanya khabar je pun, it’s ok. Hidup saya ups and downs, as ordinary as how it seems to be. Saya pun ordinary person jugak, nothing worthy for a detail explanation. Kerling berkilas- kilas jugak dekat cheese crackers, tapi tak tahu kenapa takde keinginan. Dulu masa busy kerja kat ekspo MAHA macam suka sangat.

Indecisive person adalah sangat tak best kan.

If you aren’t going to be responsible to the end,
why bother touching one’s heart at the first place?

This is only a random statement. Andai sahaja rintik- rintik hujan mampu membasuh segala kenangan dan ingatan.

Amano makoto (truth in the rain)

Sunday, 15 January 2012

Hati itu lebih cepat berbolak balik dari isi periuk yg sedang menggelegak.

Allah, Allah…

A wise friend’s words suddenly make me realize something. These recent years, I think I have projecting wrong ideas to ummi unintentionally. Gulp!

With all those sudden interests to master cooking, sewing etcetera plus the nonsense tease about apam balik’s seller back there and back then; no wonder one day she said, “jangan bawa balik menantu arab pula,” herk~! *tercekik*

Saya rasa macam not qualified yet. Belum habis mendidik diri lagi. Belum puas berbakti pada walidaini habibati. Belum berani membuka hati lagi rasanya walaupun dah terima beberapa hints dari hamba- hamba Allah yang terasa tidak menghormati perasaan saya. Caranya tak kena, masanya belum sesuai. Yang paling elok dan beradab mestilah rujuk wali terus, bukan ambil jalan shortcut. Kan.

Perjuangan masih kabur walau halanya sudah lama ditetapkan. Perlu ambil ruang, dan masa. Kata- kata Ibnu Rawaahah kepada Abu ad-Dardaa’ (ra) sewaktu memegang tangannya sering dijadikan peringatan pada diri.

تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا

Sejuk marmar perkarangan masjid yang dirasai setiap kali sujud untuk solat asar tadi seumpama nikmat ketenangan dari Allah yang meresap menyejukkan hati yang selalu gundah. Keramaian yang membahagiakan walaupun hanya mendapat tempat di ruang luar masjid. Di mana tempat kita cecah sujud tidak penting berbanding apakah kita berjaya mencecah makam yang Allah janjikan untuk hamba- hambaNya yang soleh. 

Rabbi anzillni munzalan mubarrakan innaKa Anta khairul munziliin.

Banyaknya urusanku, terhadnya masaku. Di manakah tempatku?

Ya Allah, bantulah aku sempurnakan ibadah solat dan amanah- amanahku. Bantulah aku memilih, dengan pilihan-Mu… Allahumma amen!

Hilang.

Tiba- tiba aku kehilangan tsiqoh pada dia.

Dan rasa yang sebelum ini berbeza pada hati seakan hilang begitu sahaja, hanya dalam masa 1 hari. Hati ini berubah, lebih cepat dari berubahnya isi periuk yang sedang menggelegak.

‘ya Allah, hilangkanlah apa- apa jua cinta dalam hatiku,
kerana aku tak bisa punyai dua cinta dalam satu rongga.
Aku ingin mencintai-Mu, aku ingin mendekati-Mu,
walau sehina apa pun diriku…!’

Itu yang kerap aku doakan kebelakangan ini, saat mata- mata dan hati yang lainnya sedang lena. Allah lah yang memegang tangkai hati manusia, yang berkuasa membolak- balikkannya. Apa yang hilang dari hatiku ini, aku berdoa semoga ia diisi dengan cinta pada Allah semata. Apa yang luput dariku, ia bukan milikku dan aku tak berdaya kepadanya. Juga aku tidak harap ia kembali.

Ketawa mahupun gurauan yang membuatkan aku tertawa, cerianya kini bertukar diganti rasa kosong dalam dadaku. Jika sebelum ini ada sesuatu yang memberat di hati sedangkan aku tidak dapat mentafsirkannya, namun hari ini, aku tidak tahu bagaimana mahu menghuraikannya. Seakan memori yang padam, kabur.

Hilang.

Thursday, 12 January 2012

hikmah heartburn n_n


Alhamdulillah, segala puji dan syukur atas rahmat Allah, dan juga atas kesempatan entah untuk kali ke berapanya untuk solat berjemaah. Mengimami adik- adik yang pertama kali berjumpa di kompleks kegiatan pelajar Rafflessia dan taaruf ringkas selepasnya. Adik asasi sains dan degree sem 3 jurusan meltech. Bagus adik- adik ni, beruntung dunia akhirat ibu bapa mereka mendapat anak- anak yang solehah sebegini. Semoga berjaya di dunia dan akhirat (:

Sebetulnya baru lepas mendapatkan rawatan dari pusat kesihatan. Ecg stat, MMT dan kena injek dengan controloc intravenously. Nasib baik tak bape sakit even seram le jugak bila sendiri nak kena suntik. Sempat gelak lepas kena injek. Tade tau kat spital patient gelak sebab kena injek. Dipaksarela berehat atas katil pesakit sampai simptom subside di waktu petangnya. Alhamdulillah, anggota- anggota lain semua sihat. Hanya kerap heartburn sikit kebelakangan ni. Stress lebih plus gastric, barangkali. Pulang dengan seplastik buscopan, gelusil, carminative dan xellox. Dan kuew tiow tomyam hihi :p

being a mariidoh isn't any better from being a mumarridoh.

Jadi mana- mana pun kena belajar dan sentiasa belajar jugak. Lepas teguk 2 cup MMT, herk~! Teringat puasa hari ni huhu! Tapi nak jugak bukak dengan tomyam kang, tak kira :D

HR: 127, BP: 142/92.

terkejut doktor dengan kakak nurse. cecepat je buat ecg sume. tapi sebenarnya tu sebab panjat tangga batu caves tadi, palpitation tak ingat dunia. hi.. Takde thorough exam pun tadi, just suspect hurtburn sebab gastric. Alhamdulillah, at least dah check and nothing seems wrong. Aci tak kalau taknak makan ubat- ubat tu semua? bukan ade pape pun ni.

mumarridoh: nanti kalau sakit lagi, datang balik ye
wA : insyaAllah kak. terima kasih ye hihik
mumaaridoh: ye, nanti akak cucuk lagi. psst akak memang suka cucuk orang!
wA : herk~

Sunday, 8 January 2012

Experience.

Being an observant make you paid as much. If you hesitate to counteract, a failure you seem. 

Contohnya macamlah satu cerita ni. Ada suatu ketika, saya sebagai student assisted one staff to care for a patient. Patient ni ada standing order untuk diambil sputum analysis. Maka status dia ‘sputum required’.

Patient ni lelaki. Sebaya dengan saya. Jadi saya tidak dapat tidak memang segan dengan dia, apa lagi sebelum tu terpaksa bagi tablet pills by bare hand. Cuak sebab kena suap tapi memikirkan tanggungjawab maka tabahkan hati. Orang lain yang tak berdaya tapi saya pula yang segan. Nak dijadikan ceritanya, first attempt untuk ambil specimen failed. Tiba- tiba kali dia batuk. Staff yang incharge dia pun cepat- cepat bertindak. Saya pun biarkan. Dalam hati macam nak ingatkan staf ni tapi memandangkan dia seorang yang experienced and registered personnel, mestilah dia lagi cekap. However  si kakak ni by chance boleh pula terlupa ambil specimen case. Lepas segalanya settle barulah saya ingatkan dan kecuaian diakhiri dengan kakak ini menepuk dahi manakala patient ketawa. Yang guilty dalam insiden ni mestilah saya kerana ragu- ragu nak betulkan keadaan. Masa tu saya fikir keselesaan patient lagi penting, takkan dia nak tahan- tahan pulak. Erk.

Apa pun, insiden ni kelakar pada saya. Cumanya cerita di atas tidaklah detail dan diolahkan setenang yang mungkin atas sebab confidentiality dan menjaga credibility. Saya pun segan nak cerita lebih- lebih. Dalam masa yang sama ia turut mengingatkan supaya lebih cekap sikit lain kali.

Menjaga pesakit ini adalah satu- satunya kes yang cemas dalam tempoh 2 minggu saya ditempatkan di icu untuk sem ini. Mungkin kerana jarang sekali handle pesakit yang sedar di icu. Palpitation. Sepanjang tempoh bertugas 8 jam terpaksa duduk di depan dan sekitar satu pesakit je kecuali ke untuk ambil peralatan, pergi ke tandas, minum atau solat sahaja. Staf yang incharge pula hanya meninggalkan saya sebatang kera di situ untuk monitor patient. Alhamdulillah keadaannya stabil. Cuma sekali tiba- tiba katanya dada sakit dan tak dapat bernafas. BP readings drop, heart rate elevated. Tapi elok bila panggil 2 orang staf datang siap dengan ecg machine, ok pulak dia. Macam tade pape pulak. Haih.. nak bergurau ke apa. Cuak tau. Smack down karang baru tau, huhuk.

Sem hadapan kami bakal ditempatkan di wad- wad biasa kembali. Banyak orang banyak ragam. Saya gubra, jangan pula nanti pesakit pula yang membuli saya wah!

Semoga Allah memberi para pesakit saya kesembuhan yang cepat- cepat! Semoga tiada lagi staf dan pesakit yang suka menyakat. Dan semoga jangan lagi ada pesakit atau sedara mara yang menyelam sambil minum air cari menantu di wad. Haha.

p/s: I don’t wanna see u di icu >,<

Tips exam : Jangan jawab!

Teka- teki.
Saya ada seorang abang.
Tapi adik perempuan saya ada 3 orang abang.
Maka adik lelaki saya ada berapa orang kakak? ;p

Ok tak payah jawab :D Mood sedang beristirehat. 5 minit study perlu diselangi 10 minit rehat. Kalau semua orang belajar macam sayalah wah… bahagia aje jadi seorang pelajar ni kan. Esok, final exam first and last paper. Yelah dah ada satu paper je pun. Maka tip dari saya: sehari sebelum exam dah kena relax dah. Bertenang, focus dan tawakkal. Buat list things to do untuk hari ni dan esok. Prepare hari ini untuk bekalan hari esok. Dan esok, give out your best. Semoga boleh jawab esok dengan lancar. 

‘Rabbi hablii hukman, wa al-hiqni bissolihin.’


Sekian terima kasih, semoga tips exam hari ini bermanfaat XD

p/s: baiklah. Emoticons tu saya ‘ketik’ dari iluvislam, sebab tu semuka atau dalam bahasa jepunnya sewajah (serupa).

Live up to our name!

Dari zaman saya berada di bangku sekolah sampailah sekarang, ramai yang suka tegur nama saya. Panjang. Tapi nama ayah pendek, 3 abjad je kata mereka. Tak kiralah cikgu- cikgu mahupun teman rapat dan jauh. Menjadi usikan feveret.

Ini berlarutan bertahun- tahun menjadikan saya rasa rendah diri tatkala mahu memperkenalkan diri di setiap sesi perkenalan dalam kelas sehinggalah tiba di menengah atas. Hurm. Form 4, saya mengomel- ngomel sementara menunggu tiba giliran untuk bangun memperkenalkan diri. ‘Nak cakap nama saya Anim bt Ali jelah,’ tutur saya dengan perlahan cukup untuk telinga teman sebelah sebelum terdengar gelak perlahan dari tempat duduk hadapan. Haish, dengar pulak budak ni. Tajam sungguh pendengaran. Tapi tak hairan, sepanjang tahun itu saya 2,3 kali tertangkap dengan dia dalam situasi sama.

Suatu ketika tiba2 datang angin monsoon apa ntah, termenyanyi perlahan kat tempat duduk. Tiba- tiba perasan kawan ni yang duduk betul2 di meja hadapan menyandarkan belakang di meja saya. Ulp. Agaknya dalam hati dia mesti kata tengah menggumam apa la minah ni sorang haha. Terus terdiam dan tak menyanyi di tempat awam sampai sekarang. Ada pulak waktu angin tiba- tiba nak bercakap pasal gusti. Masa tu minat la jugak jarang- jarang sekali tengok gusti. Terminat John Cena. Satu sebab John ni good-looking, yang kedua sebab dia tutup aurat hee. Borak dengan teman kamceng di sebelah sambil menyiapkan homework masing- masing. Tup- tup orang depan ketawa. Terus blushing dan tekun buat kerja balik. 

Kini, bila lagi sekali diusik isu nama panjang dan pendek ini, saya punyai jawapan baru.

‘Ali’ sebenarnya singkatan. A.L.I stand for Acute Lung Injury :D


Kadang- kadang, orang yang meninggalkan itu lebih merasai keperitannya.
Kesedihan, kehilangan, rasa bersalah dan juga akan hal peritnya dibenci oleh orang yang ditinggalkan.

p/s: Perasaan yang wujud atas ukhuwah yang bagai mimpi, hanya seumpama matawang bagi Israel selaku negara palsu lagi tidak diiktiraf. Nilainya kosong. Seakan dedaun yang diharap nilainya bagai emas. Apa pun terima kasih kerana pernah hadir membawa 1001 ilmu, manfaat dan kebaikan. Alfu miyah syukron alaik, semoga Allah menjaga diri dan segala urusannya walau di mana jua berada. 


p/s 2: Kita takkan tahu betapa berharganya kehidupan andai kita tidak pernah merasai peritnya ditinggalkan.

Warna geli.

Maaf!

Saya tidaklah berhajat untuk menimbulkan rasa geli di hati para pembaca dengan memilih template yang feminin bagai sebegini. Hasrat asal mahu menukar angin. Pilihan utama mestilah warna putih, simple dan sedap mata memandang. Namun tiada template putih yang berjaya menawan hati dalam masa kritikal, maka inilah yang paling dekat dengan warna putih. Dan lagi saya rasa ia comel.

Minggu exam seperti biasa, menjadi bualan dalam dunia pelajar kini. Terhangat di pasaran. Di mana- mana status mengumpul semangat belajar dan tak kurang juga yang bangga mendabik dada kerana banyak yang belum habis dibaca. Ada juga yang dah berjaya melepasi paper pertama, melepas perasaan di jalanraya. Benar, kejadian berlaku di depan mata sebelum waktu zohor tadi, bahkan di depan masjid di kawasan perumahan kami. Menjerit, atau melolong di atas motor. Luahan perasaan agaknya.



Diri sendiri pun apa kurangnya. Walaupun hanya perlu menduduki exam untuk 1 subjek sahaja yakni pada 6 Januari 2012 nanti (hari ini 3hb), masih tunggang terbalik membuat revision. Serba tak kena, kejap duduk kejap meniarap and then bangun balik. Kejap lapar, kejap dahaga, pastu baru baca separuh muka surat datang pula rasa mengantuk. Naik tingkat atas, lepas tu turun balik. Belum kira dah dekat sejam tak bergerak- gerak dari halaman yang sama. Tak cukup sebelum mula revision duk tenung- tenung membuat hypnosis pada tajuk- tajuk penting pun dah ambil masa yang lama.

Tadi sepetang menukar angin, pergi ke fakulti untuk study. Ye, untuk online sekali. Hasrat murni yang utama untuk print slip exam. Tak print kang tak dibenarkan masuk exam hall pulak. Dan yang lebih- lebih murninya pula untuk study lah. Namun akhirnya tettt. Online yang lebih, siap sempat touch-up dan update 2 bijik blog. Tukar template sekali pula tu. Membazir masa tu satu hal, mengutamakan yang kurang penting lagi satu hal. Dan pengakhirannya yang murni- murni tu semua ke laut.

Ok sudah. Belajar3, Allahu musta’an.

Waktu- waktu sesak sebegini harus lebih kuat menaruh perasaan roja’ pada kuasa yang Maha Besar, yakni Allah s.w.t. Waktu lapang lebih lagilah. Kalau cemas apa nak buat? ‘Uzkur lillah,’ kata orang.

Ma’an taufiq wa najah ya asdiqo’ie. Fil imtihan. Wa fid dunya wal aakhiroh. Doakan semoga kami beroleh kejayaan, dan semoga kebaikan yang didoakan turut kembali kepada anda dengan berganda.

Wallahu’alam.

Tuesday, 3 January 2012

Life fulls with trials and tests.

Sebuah pelayaran tanpa noktah.

Jan 1st, 2012

Today has been a good day. Neither it was a New Year celebration nor a holiday; it was just as how a day appears to be. Alhamdulillah wasoltu fi puncak alam fi sobahan mubarrokan bil’afiah. Saya telah tiba di puncak alam pada waktu pagi yang diberkati dalam keadaan sihat. Rehat dan cuba untuk tumpukan perhatian dalam ulangkaji pelajaran untuk final paper yang bakal tiba dalam 4,5 hari lagi. Cuba kumpulkan semangat, dan cuba alih ingatan dari kenangan, kerinduan dan kehilangan. Lagho.

Di kuliah pengajian malamnya, tajuk malam ini berkisarkan syariah juga keadilan poligami. Dan kelakarnya apabila tibanya waktu cemburu hadir di hati, spontan pena di tangan dilepaskan. Aneh, lagi kelakar! Bilamana hati belum lagi dihuni, status belum berubah, dan belum ada janji yang dipasak, di hati ini tetap boleh wujud rasa cemburu. Sudah wujud sayang buat bakal zauj, walau insannya belum zahir lagi. Sudah Allah tetapkan sejak azali lagi berdasarkan firman-Nya dalam kitabullah, “listaskunu ilaih

Dan anak- anak kecil jemaah surau macam biasa mengerumuni, seronok menconteng bersama- sama. Menghias lembaran- lembaran nota kuliah saya seperti biasa untuk kesekian kalinya. Melihat senyuman dan tawa gembira mereka, hati turut bahagia.

“Apa tu, mama?”

Tanya anak kecil yang baru pandai bercakap. Anak gadis tuan bilal masjid yang baru mencecah setahun setengah. Terkejut. Tak disangka- sangka, membuatkan saya terkedu menatap mata bulat dan sengih lebarnya. ‘Mama’. Umpamanya hati disiram air dingin yang memberi perasaan tenteram. Blushing. Erk.

Saya juga, menanti untuk dilindungi.

Sepertimana hatimu yang sedang mengumpul sabar, begitu juga hati ini. Allah s.w.t akan menemukan kita bila tiba masanya kelak dan tika waktu itu, hati ini bakal redha dengan awak sebagai imam, juga bakal bapa kepada anak- anak saya. Bimbinglah saya menjadi isteri dan ibu yang solehah, dan terimalah diri ini yang tidak sempurna. Meskipun saat ini kita tidak saling mengenali dan tidak saling mengetahui, yakinlah janji Allah itu pasti (:

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai orang- orang yang mencintai-Mu
Supaya bertambah kecintaanku kepada-Mu.
Dan jadikanlah orang- orang yang mencintai-Mu turut mengasihiku
Semoga berlabuh kasih kami di jalan
 keredhaan dan kecintaan-Mu.

p/s: semalam saya termimpikan seseorang perkenalkan dirinya kepada keluarga saya, “saya <…>,”