Sunday, 8 January 2012

Live up to our name!

Dari zaman saya berada di bangku sekolah sampailah sekarang, ramai yang suka tegur nama saya. Panjang. Tapi nama ayah pendek, 3 abjad je kata mereka. Tak kiralah cikgu- cikgu mahupun teman rapat dan jauh. Menjadi usikan feveret.

Ini berlarutan bertahun- tahun menjadikan saya rasa rendah diri tatkala mahu memperkenalkan diri di setiap sesi perkenalan dalam kelas sehinggalah tiba di menengah atas. Hurm. Form 4, saya mengomel- ngomel sementara menunggu tiba giliran untuk bangun memperkenalkan diri. ‘Nak cakap nama saya Anim bt Ali jelah,’ tutur saya dengan perlahan cukup untuk telinga teman sebelah sebelum terdengar gelak perlahan dari tempat duduk hadapan. Haish, dengar pulak budak ni. Tajam sungguh pendengaran. Tapi tak hairan, sepanjang tahun itu saya 2,3 kali tertangkap dengan dia dalam situasi sama.

Suatu ketika tiba2 datang angin monsoon apa ntah, termenyanyi perlahan kat tempat duduk. Tiba- tiba perasan kawan ni yang duduk betul2 di meja hadapan menyandarkan belakang di meja saya. Ulp. Agaknya dalam hati dia mesti kata tengah menggumam apa la minah ni sorang haha. Terus terdiam dan tak menyanyi di tempat awam sampai sekarang. Ada pulak waktu angin tiba- tiba nak bercakap pasal gusti. Masa tu minat la jugak jarang- jarang sekali tengok gusti. Terminat John Cena. Satu sebab John ni good-looking, yang kedua sebab dia tutup aurat hee. Borak dengan teman kamceng di sebelah sambil menyiapkan homework masing- masing. Tup- tup orang depan ketawa. Terus blushing dan tekun buat kerja balik. 

Kini, bila lagi sekali diusik isu nama panjang dan pendek ini, saya punyai jawapan baru.

‘Ali’ sebenarnya singkatan. A.L.I stand for Acute Lung Injury :D


Kadang- kadang, orang yang meninggalkan itu lebih merasai keperitannya.
Kesedihan, kehilangan, rasa bersalah dan juga akan hal peritnya dibenci oleh orang yang ditinggalkan.

p/s: Perasaan yang wujud atas ukhuwah yang bagai mimpi, hanya seumpama matawang bagi Israel selaku negara palsu lagi tidak diiktiraf. Nilainya kosong. Seakan dedaun yang diharap nilainya bagai emas. Apa pun terima kasih kerana pernah hadir membawa 1001 ilmu, manfaat dan kebaikan. Alfu miyah syukron alaik, semoga Allah menjaga diri dan segala urusannya walau di mana jua berada. 


p/s 2: Kita takkan tahu betapa berharganya kehidupan andai kita tidak pernah merasai peritnya ditinggalkan.

0 komen membina: