Sunday, 8 January 2012

Warna geli.

Maaf!

Saya tidaklah berhajat untuk menimbulkan rasa geli di hati para pembaca dengan memilih template yang feminin bagai sebegini. Hasrat asal mahu menukar angin. Pilihan utama mestilah warna putih, simple dan sedap mata memandang. Namun tiada template putih yang berjaya menawan hati dalam masa kritikal, maka inilah yang paling dekat dengan warna putih. Dan lagi saya rasa ia comel.

Minggu exam seperti biasa, menjadi bualan dalam dunia pelajar kini. Terhangat di pasaran. Di mana- mana status mengumpul semangat belajar dan tak kurang juga yang bangga mendabik dada kerana banyak yang belum habis dibaca. Ada juga yang dah berjaya melepasi paper pertama, melepas perasaan di jalanraya. Benar, kejadian berlaku di depan mata sebelum waktu zohor tadi, bahkan di depan masjid di kawasan perumahan kami. Menjerit, atau melolong di atas motor. Luahan perasaan agaknya.



Diri sendiri pun apa kurangnya. Walaupun hanya perlu menduduki exam untuk 1 subjek sahaja yakni pada 6 Januari 2012 nanti (hari ini 3hb), masih tunggang terbalik membuat revision. Serba tak kena, kejap duduk kejap meniarap and then bangun balik. Kejap lapar, kejap dahaga, pastu baru baca separuh muka surat datang pula rasa mengantuk. Naik tingkat atas, lepas tu turun balik. Belum kira dah dekat sejam tak bergerak- gerak dari halaman yang sama. Tak cukup sebelum mula revision duk tenung- tenung membuat hypnosis pada tajuk- tajuk penting pun dah ambil masa yang lama.

Tadi sepetang menukar angin, pergi ke fakulti untuk study. Ye, untuk online sekali. Hasrat murni yang utama untuk print slip exam. Tak print kang tak dibenarkan masuk exam hall pulak. Dan yang lebih- lebih murninya pula untuk study lah. Namun akhirnya tettt. Online yang lebih, siap sempat touch-up dan update 2 bijik blog. Tukar template sekali pula tu. Membazir masa tu satu hal, mengutamakan yang kurang penting lagi satu hal. Dan pengakhirannya yang murni- murni tu semua ke laut.

Ok sudah. Belajar3, Allahu musta’an.

Waktu- waktu sesak sebegini harus lebih kuat menaruh perasaan roja’ pada kuasa yang Maha Besar, yakni Allah s.w.t. Waktu lapang lebih lagilah. Kalau cemas apa nak buat? ‘Uzkur lillah,’ kata orang.

Ma’an taufiq wa najah ya asdiqo’ie. Fil imtihan. Wa fid dunya wal aakhiroh. Doakan semoga kami beroleh kejayaan, dan semoga kebaikan yang didoakan turut kembali kepada anda dengan berganda.

Wallahu’alam.

0 komen membina: