Sunday, 15 January 2012

Hilang.

Tiba- tiba aku kehilangan tsiqoh pada dia.

Dan rasa yang sebelum ini berbeza pada hati seakan hilang begitu sahaja, hanya dalam masa 1 hari. Hati ini berubah, lebih cepat dari berubahnya isi periuk yang sedang menggelegak.

‘ya Allah, hilangkanlah apa- apa jua cinta dalam hatiku,
kerana aku tak bisa punyai dua cinta dalam satu rongga.
Aku ingin mencintai-Mu, aku ingin mendekati-Mu,
walau sehina apa pun diriku…!’

Itu yang kerap aku doakan kebelakangan ini, saat mata- mata dan hati yang lainnya sedang lena. Allah lah yang memegang tangkai hati manusia, yang berkuasa membolak- balikkannya. Apa yang hilang dari hatiku ini, aku berdoa semoga ia diisi dengan cinta pada Allah semata. Apa yang luput dariku, ia bukan milikku dan aku tak berdaya kepadanya. Juga aku tidak harap ia kembali.

Ketawa mahupun gurauan yang membuatkan aku tertawa, cerianya kini bertukar diganti rasa kosong dalam dadaku. Jika sebelum ini ada sesuatu yang memberat di hati sedangkan aku tidak dapat mentafsirkannya, namun hari ini, aku tidak tahu bagaimana mahu menghuraikannya. Seakan memori yang padam, kabur.

Hilang.

0 komen membina: