Being an observant make you paid as much. If you hesitate to counteract, a failure you seem.
Contohnya macamlah satu cerita ni. Ada suatu ketika, saya sebagai student assisted one staff to care for a patient. Patient ni ada standing order untuk diambil sputum analysis. Maka status dia ‘sputum required’.
Patient ni lelaki. Sebaya dengan saya. Jadi saya tidak dapat tidak memang segan dengan dia, apa lagi sebelum tu terpaksa bagi tablet pills by bare hand. Cuak sebab kena suap tapi memikirkan tanggungjawab maka tabahkan hati. Orang lain yang tak berdaya tapi saya pula yang segan. Nak dijadikan ceritanya, first attempt untuk ambil specimen failed. Tiba- tiba kali dia batuk. Staff yang incharge dia pun cepat- cepat bertindak. Saya pun biarkan. Dalam hati macam nak ingatkan staf ni tapi memandangkan dia seorang yang experienced and registered personnel, mestilah dia lagi cekap. However si kakak ni by chance boleh pula terlupa ambil specimen case. Lepas segalanya settle barulah saya ingatkan dan kecuaian diakhiri dengan kakak ini menepuk dahi manakala patient ketawa. Yang guilty dalam insiden ni mestilah saya kerana ragu- ragu nak betulkan keadaan. Masa tu saya fikir keselesaan patient lagi penting, takkan dia nak tahan- tahan pulak. Erk.
Apa pun, insiden ni kelakar pada saya. Cumanya cerita di atas tidaklah detail dan diolahkan setenang yang mungkin atas sebab confidentiality dan menjaga credibility. Saya pun segan nak cerita lebih- lebih. Dalam masa yang sama ia turut mengingatkan supaya lebih cekap sikit lain kali.
Menjaga pesakit ini adalah satu- satunya kes yang cemas dalam tempoh 2 minggu saya ditempatkan di icu untuk sem ini. Mungkin kerana jarang sekali handle pesakit yang sedar di icu. Palpitation. Sepanjang tempoh bertugas 8 jam terpaksa duduk di depan dan sekitar satu pesakit je kecuali ke untuk ambil peralatan, pergi ke tandas, minum atau solat sahaja. Staf yang incharge pula hanya meninggalkan saya sebatang kera di situ untuk monitor patient. Alhamdulillah keadaannya stabil. Cuma sekali tiba- tiba katanya dada sakit dan tak dapat bernafas. BP readings drop, heart rate elevated. Tapi elok bila panggil 2 orang staf datang siap dengan ecg machine, ok pulak dia. Macam tade pape pulak. Haih.. nak bergurau ke apa. Cuak tau. Smack down karang baru tau, huhuk.
Sem hadapan kami bakal ditempatkan di wad- wad biasa kembali. Banyak orang banyak ragam. Saya gubra, jangan pula nanti pesakit pula yang membuli saya wah!
Semoga Allah memberi para pesakit saya kesembuhan yang cepat- cepat! Semoga tiada lagi staf dan pesakit yang suka menyakat. Dan semoga jangan lagi ada pesakit atau sedara mara yang menyelam sambil minum air cari menantu di wad. Haha.
p/s: I don’t wanna see u di icu >,<

0 komen membina:
Post a Comment