Sunday, 8 May 2011

Tak bertajuk.

Hmm. Dah dapat greenlight dari pentadbiran Asrama Darul Falah PERKIM tapi mereka tak sempat selenggara penginapan. Boleh datang tapi kami kena ulang- alik dari Puncak Alam – KL la setiap hari. Menilai dari aspek masa, tenaga dan kewangan (akhir- akhir sem ni tau2 jelah ;’() maka kami terpaksa tangguhkan niat untuk ulang- alik setiap hari tu insyaAllah sehingga lepas praktikal. Atau sehingga awal sem depan di saat financial injection macam biase. Hati dah set untuk satu tambahan program. Dalam hati saya sepanjang perjalanan pergi dan balik hari tu berjuta2 kali fikir, “kalau ada transport sendiri ni masyaAllah… boleh jadi medium

Tapi kalau Allah SWT tak bagi tu, satu mesti sebab ia bukan atau BELUM lagi rezeki kita. Dua, hikmah besar disebaliknya yang mungkin menyebabkan saya ditimpa musibah dunia. Dan sebab yang lagi besar adalah kemungkinan saya ditimpa MUSIBAH BESAR AKHIRAT kelak. Macamana? Manalah tahu silap- silap dengan berkereta tu boleh memanjangkan langkah kaki saya ke tempat- tempat maksiat naudzubillah!

Untuk proposal sem depan, saya bercadang nak buat trip mengajar tuisyen dan kem di rumah anak- anak yatim. Insyaallah tempat utama di Darul Falah ni lah. Kenapa? Tak tahu. Pertama kali saya jejak langkah kaki, di situ kasih terpaut. Anak- anak itu bukan sendirian di dunia ini, ramai yang mengasihi mereka lillahi taala.

Dan saya nak allow anonymous sekalian yang mana yang sudi hulurkan bakti ringankan beban… Subhanallah di sini nikmatnya, Erti Hidup untuk Berbakti! (:

Sekarang ni tengah translate dan buat subtitles untuk beberapa video dakwah BI contohnya video2 Sheikh Ahmad Deedat. Dual-language subs English and malay. Macam takde kerja? Terpulang. Ni sekadar nak tambah kefahaman sendiri dan dalam masa yang sama boleh bantu orang macam saya untuk lebih faham agama. Ni semua hak Allah, Dia amanahkan sedikit dari ilmuNya sebagai cagaran, andai saya mahu membeli dunia dengannya, atau mahu membeli akhirat dengan ilmuNya, atau untuk biarkan tanpa peroleh manfaat darinya.

Sambil tunggu orang yg nak datang baiki refrigerator yg bocor. Refrigerator pun boleh bocor, kelakar kan? Tu lah. Pesanan khidmat awam, jangan guna pisau untuk tarah ice berg. Oho bukan sayala buat, tapi kesilapan tu boleh dibuat oleh sesiapa pun. Watak tu boleh berganti, namun benda yg berlaku tu adalah pengajaran Allah kepada kita. Faham yang tu pun dah cukup, tak perlu nak sedih, nak marah seumpamanya. Orang ni janji nak datang tengahari, tapi anak dia eksiden. Innalillah. Jadi tak pastila tu sampai ke tak. Moga dipermudahkan segala la kan, biidzniLLAH.

0 komen membina: