Sunday, 8 May 2011

Merapu merepek

Tersedar tido, dengar bunyi orang gelak- gelak reramai kat tingkat bawah. Isk, buat ape tuh. Pending kejap sebelum cari jam. Eh, dah pukul 10pm, kira dah 2 jam dah aa tertido dengan telekung semayang tuh kat katil. Lenguh tak ingat, tekak pun haus semacam. Sampai hati dorang ni tak kejut. Ciz. Sendiri yang tido demand nak orang tolong kejut pulak. Manja sungguh.
Solat isyak dan cover balik surah al-mulk sebelum turun. Memang niat asal lepas maghrib tu tapi asal boleh sampai tertido. Sadis pulak tu, rase macam kat sauna.

Turun tingkat bawah dengan senyuman manis gula. Senang hati walaupun tertido tapi at least dah mandi awal- awal sebelum maghrib tadi. Haus. Perut lapo. Dorang ni tengah discuss untuk amali test esok, yang sem 2 punya test. Patutla bergegak. Padahal 3 orang je, bunyi dah ala- ala 8 orang. Semua kepala tukang gelak, kalo dah berkumpul tu memang takyah cerita la. Buatla group work untuk killer-subject ke ape ke, konpem ade- ade je hee. Panaskan air, lipat baju, makan ‘jjeput mmalah’ yang mizah buat pastu menyebok kat tepi dorang sambil main game. Eh tak, aceli dorang memang landing kat toto yang saya bentang kat ruang tamu petang tadi before dorang balik jejalan dari shah alam tu. Lupe nak simpan balik since ‘hilang’ seketika tadi. Naik maghrib pastu tak turun2. So tu memang port tempat sy landing pun, lappy pun ade kat situ, tengah terbukak tayang game yg tengah main petang tadi jugak. So sape yg tumpang sekaki kat situ sekarang? Saya jugak.

Dorang bincang2. Pasang telinga sambil main games. Pastu menyelit sekali. Bedah nota dari satu prosedur ke satu prosedur. Suctioning, serve MDI, nebulizer etc sampailah pada part administering suppository. Ubat dalam bentuk peluru kapur, untuk keluarkan isi perut patient, masuk ikut ‘belakang’. Dorang ni semua amik paediatric, jadi duk citer prosedur untuk masuk suppository paracetamol lah kat baby. Tapi beza sikit dengan general patient, tengok saiz pun tau. Saya pun menjoin la, sebab tau dan penah je tengok nurse buat. Assist atau tepat lagi tukang tengok je. Haha. Benda tu kena letak gel dan kena cucuk masuk, pastu tolak dengan jari. Make sure pakai glove, dan position patient dalam keadaan sims mengiri. Pastu dorang ni cuak duk ukur jari la pulak, since dalam steps tu ada kata kena cucuk jari tolak ubat sampai 10cm ke dalam. Siap nak ukur dengan pembaris. Tak pasal- pasal jari saya yang tak bersalah pun turut terbabit sama. Haha. Tiba2 rasa nak tergelak.

“teringat, dulu pernah nurse suruh saya cucuk enema kat buntut bangla ” citer saya sambil mata dan jari rancak duk main games.

Sempat ketawa ramai- ramai. Hm, dah 3 tahun bersama. Boleh kata hari- hari duk berborak tapi banyak benda yang tak sempat pun nak share. Lagipun bukan semua boleh di share kan.

Part citer nak kena cucuk buntut bangla tu, pastu saya menonongla pegi amik enema a.k.a ubat berak tu. Time tu baru sem 2 la kot, sensorang pulak tu. Bukan tau apa pun. Bangla tu dahla laki, tua 2,3 tahun je pulak tu dari saya. Part hensem tolak ke tepi dulu. Nak mengelat kang tak memasal staf nurse report kat lecturer so pegilah dengan dada dup dap dup dap, dahi berpeluh- peluh. Rasa kejang satu badan. Pegi kat katil patient pastu U-turn  balik pegi kat kaunter nurse haha.

“kalau awak malu nak buat, suruh je bangla tu buat sendiri. Dia terer dah,”

Haha… mujur kak nurse ni memahami. Jadi saya pun pegila buat kali kedua dan cakap kat patient tu nak bagi ubat enema. Mujurnya patient tu kata ok, pastu dia bangun dan pegi buat sendiri kat tandas. Peh, nasib baik! Lalu lepas hari tu dah tak pernah kena nak bagi orang ubat berak dah. Dan takat ni takde pengalaman nak kena cucuk- cucuk jari pulak. Haha… ok tutup cite.

Sambung main games lepas satu- satu kat tempat lain pulak. Saje tade keje ngetest games uji focus Coconut Corumba tu. Sempat hilang focus sekali dua. Okla jugak nak main takat relax after study2 ke, boleh uji ketajaman otak. Pastu teringat la pulak 3 nasihat Adi Putra, budak yang orang kata genius tu dalam paper tadi. Kata dia kalau nak mengira jangan guna kalkulator, jangan main games dan satu lagi tak ingat he. Dalam hati cakap kalo jangan main games tu nasihat untuk budak- budak. Sengih sorang- sorang. Kan dah termalu sendiri ;p

Baiklah, ini post tak bermanfaat ni. Ni yg malas nak duk depan lappy nih haih. Btw kejap je tadi dah abes bace novel mizah tu. Tapi tak jadi promot novel tu, ada tak berkenan hati dengan part- part dalamnye, merapu. Ni nak jual pebenda entah. Kalau penulis- penulis macam ni, taktau la cemana dorang nak bersoal jawab depan Allah kelak. Agakla kalau buat koleksi sensorang, tak payah kut sampai nak buat novel yg orang ramai bace. Nanti saya pun nak jawab ape depan Allah sebab dah bazir masa kat benda2 yg takde manfaat. Sebab tu biasa memilih kalau nak baca novel. Kalau nak bacaan santai yg bermanfaat bagi peminat2 novel, betterlah yang Ramli Awang Mursyid. Hlovate ok, cuma dia ada unsur memberontak jugak biasanya kat awal- awal cite dia. Remaja yang liar, nakal etc etc. Imej macam tu macam ni and then kembali ke pangkal jalan. Terpulang pada pembaca untuk menilai. Tapi yang pasti biasanya manusia ni dia suka nak cuba benda2 yg pelik2, apalagi kalau dah minat tu kan. Saya kata diri sendiri terutamanya. Mujur masih waras. Mujur Allah lorongkan jalanNya bila saya sendiri memilih untuk harung jalanan penuh duri. Macam masa sem 2 tu.

Sem jiwa kacau. Aah memberontak, serius. I was so far from Him. Tengok nama pun tau. Far hanim. Eh buat lawak sensorang. Mujur by the end of the sem, bergelut nyawa dengan dengue shock syndrome siap sambut bufday dalam hospital pelbagai, itulah tanda Dia masih sayangkan saya. Bagi peluang untuk berubah. Tak2, saya bukan berubah sebab hampir mati. Saya memang lagi suka kalau mati je time tu. Ianya bukan berubah. Hanya kembali kepada asal. Kepada fitrah. Bagaimana jiwa tak kacau bila kita tahu kita sengaja memberontak. Akal pendek, mentah, kejutan budaya, tak minat nursing. Itu semua bukan alasannya. Punca asal bertitik tolak dari iman dalam hati, macam tu sebenarnya kan?

The best thing dari being warded tu, Allah hapuskan ingatan- ingatan luka dan keinginan memberontak dari fikiran. Banyak dah lupa, apa yang lupa pun tak ingat sebenarnya. Sampai suatu hari tengah pakai baju hijau muda pucuk pisang, tiba- tiba termenung. Mana datang baju ni? Serius tak ingat, padahal sayang kut baju tu. Sampai sekarang pun tak ingat. Kawan lama time sekolah rendah dulu, kecuali kalau yang selalu kontek, pun tak ingat. Walhal dulu 40++ lebih orang tu semua rapat dengan saya, siap ingat nama penuh siap nama bapak lagi. Ni dalam. 15 orang gitu je. Yang kat sekolah menengah lagilah, since duduk 2,3 bulan je kat situ. Memang surrender, betul2 tak ingat. Kalau nak ingat pun maybe kena slow- slow. Ala- ala dah hilang ingatan betul dah saya ni. Seb bek ilmu tak turut hilang, kang haru…

Sebut being warded, macam biasa teringat kat lecturer baik hati, Pn Salina, yang hantar saya ke hospital dan selalu datang melawat menggantikan keseluruhan family saya. (Tapi sekarang dia dah tiada, saya cuba cari tapi lost kontek). Ya Allah, permudahkan urusannya sekeluarga walau di mana jua dia berada, amin. Waktu tu family tau, tapi saya yg degil halang dorang datang. Jauh, Kelantan. Malas nak susahkan. Tapi siapa tak rasa sedih kan. Nak2 time sakit, depression segala. Rasa macam kena buang dek keluarga pun ade time tu haish. Siap nangis. Tak bagi datang tapi nangis. Kakak dan mak kerap jugak telefon. Mujur ada puan salina, cik shikin, mizah, sya, fieha, atin, eha, iqbal dan wan yang datang melawat, kakak2 nurse yang baik2, doctor HO pompuan yang sangat baik, dr rasyid yg baik (HO jugak), pesakit2, saudara mara pesakit yg selalu teman saya, abang attendan yg buat lawak selalu.

Ade orang yg saya takkan lupakan sampai bila- bila, ada orang yg saya taknak lupa tapi lupa, ada orang yang saya nak lupa tapi tak dapat, dan ada orang yg lupakan saya. Well what else can we say, adatlah hidup dalam dunia ni kan? Sekali hayat dikandung badan. Sebelum hancur daging dimamah tanah.

Saya sayang semua lillahi taala.

Assalamualaikum wbt.

0 komen membina: