Sunday, 8 May 2011

Citer kat ICU.

Tengah kacau air milo kat dapur, terpandang adv gua.com. Ade pic yovie & nuno kat situ. Rase lucu sensorang. After 3 tahun barulah first time tengok band yang nyanyi lagu menjaga hati. Time ulang- alik kat UiTM Beringin dulu selalu sangat dengar lagu ni atas bas, pemes la time tu. Ade2 je sentimental story ni kan nge… tapi tak payah cakaplah, buang ke laut je. Malas nak beratkan fikiran dengan benda2 yang tade kaitan ngan komitmen. Nak jaga hati. Nak hijab hati. Susah sangat nak jaga. Nak kena jaga mata, nak kena jaga fikiran. Masalah sungguh.

Tengah tunggu isyak skrg, sambil makan nasi. Cewah alasan tuu, he. Cerita praktikal hari ni, just nice. Tapi bz sampai menguji kesabaran. Pagi- pagi, amik satu patient. Kes lain lah. Akak nurse suh uruskan pt tu from A to Z, kira incharge semua benda la. Sengih. Ilmu belum mantop di dada kut nih. Pls take note, students aren’t qualified to incharge pt. tambah2 lagi kan asalnya kami dah kena remind oleh consultant kat situ during our 1st week, kononnya dia taknak kami sentuh pts dia.

“nanti u olls introduce infection to my pts. Tengok saje pun bole blaja kan?”

Gigit kang dokter consultant ni baru tau. Okeh lupekan, kitorang memang boh layan sangat pun arahan tak masuk akal tuh. Lagipun die tade sekarang, cuti 2 minggu. Pegi umrah kut, ha2. Buat2 lupe die tu non-muslim. HOD (head of department) ICU dan HDW, Dr Lim pun oke2 je, tade hal pun. Lebih kuah dari sudu nih. Ops. Best je mengata consultant tu kat sini kan erh. Tak baik sungguh wah2. Tapi since tak mention nama die takpela kot, bukan orang tau heh. Jumpe dengan HOD ari tu, masa dia buat round dengan MOs, HOs, pharmacist segala. Since saya jg pt tu, so stay jela kat situ. Take note latest treatment untuk pt, bincang pasal pt’s condition etc etc. jadi tegur lah HOD time tu, angguk dan senyum di sebalik mask. Elok je dia siap angkat tangan, dengan senyum sampai tertutup- tutup mata, cakap hi lagi. Respect menggunung sungguh pada orang2 besar tapi humble amat macam tu. Dahla die tuh leader wad kritikal, specialist pelbagai. Kagum (:

Back to the story, pagi ni staf memang tak cukup. Ade 4 orang je while pts adelah dalam 12 orang. Patutnya sorang staf jaga sorang pt je. Campur dengan students maka jadilah 7orang kat situ. Pagi tadi, tetibe amat bizi. Sume staf nurse attended pt dan takleh tinggal sebab ade kecemasan, termasuk ade kematian untuk kes brain death. Aceli saya rasa dah mati lame tu, 13days already. Tapi sebab nak tunggu family sume dtg tengok, maka tak tanggal lagilah bantuan pernafasan tu. Dan tadi bila nak tanggal bantuan mesin tu, meraung- raung family mereka. Siap pengsan- pengsan. Nak guna wheelchair. Tapi kat unit ni, semua pt CRIB (completely rest in bed). Mane ade wheelchair pun. Kesian, cuma makin lama makin lali dah kut dengan tangisan ni.

Pastu time2 tu jugakla juru X-ray datang. 2 orang pompuan je. Sorang tolak mesin, dan sorang lagi tu asik panggil je. Saya time tu dah siap berlari- lari ke sana ke mari, uruskan 4 patients SERENTAK time tu. Mane nak amik darah ABG dan nak gi analyse kat mesin nya, mana nak suct pt yang dah batuk2 sesak nafas, dengan ubat yg tengah duk serve, dengan hourly monitoring and charting pelbagai. Kalau sorang pesakit takpe, ni 4. Yg kritikal pulak tu. Alarm mesin bunyik sana sini. Sebab staf sume kat depan uruskan kes- kes. Kejap2 akak nurse panggil suruh tolong amikkan barang- barang segera. Mak oii… berlari- lari anak ke sana ke sini. Kebetulan memang saya sorang je yang tinggal. Yang juru x-ray ni, asik panggil suh tolong angkat pt untuk die. Time ni tolong pun ikhlas tak ikhlas je sebab dalam kepala tengah fikir benda lain. Angkat pt pastu berkejar tinggal buat benda lain. Dia pulak macam tak makan seminggu buat kerja. Macamla baru belajar nak kerja. Kalau saya tengah free tade hal kut nak layan kerenah dia. Pastu dah siap shoot x-ray tu die tinggal pt macam tu je, dengan wayar bersepah. Segala wayar untuk cardiac monitoring dia cabut, tinggal pt dalam keadaan messy. Hangus sungguh, sebab akak nurses yang jenguk2 dari depan dari dalam screen tu panggil suruh set balik segala leads and wires tu. Ala- ala tengah marathon. Puan clinical instructor (CI) yang jaga kami pulak asik panggil saya jugak. Nak suruh tolong kawan yg tengah nak amik cross bagi prosedur uruskan dead body tu. Kesian kawan tu tunggu lama tapi saya memang tak menang tangan. Bukannya tengah berdiri tegak tengok je 4 pts tu, tapi berlari ke sana ke mari dengan barang dan kerja itu ini. Lastly ala- ala dah stabil sikit pegi jugak waktu puan sendiri datang panggil untuk kali ke berapanya. Tu pun tinggal nak amik darah ABG dari pt yg ade C4 fracture tu, banyak sangat sampai tak ingat apa dah.

“kamu ni, panggil pun tak boleh datang nak tolong kawan kamu,”

Kata puan waktu saya sedang pegang pt. Time tu tukar gloves je, pakai gown sama yg baru lepas attend pt ramai2 tadi. Bukan saje2 taknak datang kot. Agak ah time penat sesangat tuh tiba2 kena hentam. Rasa nak lepas je mayat tuh and tinggal kalau nak ikut angin, tapi kesian member pulak. Lagipun hati orang nak kena jaga jugak. Orang kata makin tua ni makin sensitip, saya pun taknakla jadi contoh anak muda yang kurang ajar. Haish.

“tak sempatlah puan. 4 patients kut sy kena urus tadi.”

Cuba jawab dengan intonasi sesopan boleh. Geram kut. Saya pandang kawan ni, dia diam je. Lagipun dia memang tau saya handle banyak kerja tadi. 4,5 kali dia datang pun saya tengah berkejaran. Puan pun diam jugak, taktau la samada dia paham kut. Kawan yang sorang lagi pun tengah bz takleh tolong jugak. Aceli ade je nurse yg urus pt tu kat situ, tapi puan la yang cakap biar kami je buat. Terkena pulak time waktu peak, tak boleh kata apalah. Lepas tu urus prosedur tu, dah separuh dorang uruskan. Dah siap mandi pelbagai. Perlu tenaga untuk pusing2 dan angkat untuk kapankan camtu je. Elok sy tgh pegang, ops… melimpah cecair keluar dari rongga dia. Bau lagi. Mananye tak, 13 hari kut. Kena tukar balik kain lain. Bersihkan balik, tutup dan sumbat apa yg perlu. Macam takde perasaan pun ade time uruskan mayat nih, maybe sebab heart rate tengah laju dan mood tengah panas sikit time tu. Dalam fikiran nak buat cepat2 je sebab banyak lagi benda tengah tunggu nak urus. Dah banyak kali buat kot. Tambah lagi sebab bukan saya yang nak amik penilaian masa tu, jadi tadela gementar ke ape. Kawan jela nampak gugup sikit, so jadik tukang pegang dan tukang bagi arahan jela. Tersedar yang garang sungguh saya nih hurm.

Sambil2 tu bisik dalam hati, ‘cool down hati, cool down!’

Dari jam 7.30am, tup- tup dah pukul 10am. Akhirnya barula dapat bernafas hu.. pastu tengok pukul 11. Then puan panggil, nak soal pelbagai. Jawab2 soalan, macam interview. Lepas tu terfikir, alamak. Bila nak mintak maaf dengan puan ni, kot2lah sepanjang praktikal ni ade die terasa hati dengan saya ke ape. Ade terbuat muka poyo ke, terlebih diam ke ape. Mungkin ade waktu- waktu moody, waktu- waktu sedih atau juga waktu sesungut yang saya taknak senyum. Tapi sebolehnya saya tunjukkan sikap hormat sebaik mungkin. Dalam hati saya, sepertimana saya sayang dan mahu orang lain hormat mak dan ayah saya, seperti itulah saya cuba sayang dan hormat oang lain. Sebab dia pun sebenarnya sangatlah baik hati, dan banyak bagi tunjuk ajar.

“saya nak bila awak keluar dari sini, awak dapat banyak belajar,” pernah beberapa kali dia berkata pada saya.

Setakat ni puan ok jelah dengan saya. Cuma kadang- kadang ada waktunya kami sama2 terdiam. Walau ada masanya saya jadik banyak cakap, tapi secara overall nye macam pendiam sikit. Biasanya malas nak bercakap. Suka senyap dan senyum. Suka layan perasaan sendiri. Lagi- lagi bila dalam kereta dan bas. Termenung ke luar tingkap aje kejenya nak2 lagi kalau bukan duduk sebelah pemandu. Pastu tido, kalau ngantuklah. Hihi ;p

Sekali lagi pulang ke jalan benar, erm, tade ape nak diceritakan lagi kot. Tadi bukak stitch dan suture dekat kepala pakcik ni (pesakit). Bimbang jugak, first time buat. Staple tu bukak alternately, 18staple. Dalam pada tu dupdap *with a racing heart* bimbang oh. Bimbang terkopak kepala orang. Tapi day yg sangat puas hati lah sebab banyak kerja, dan dapat banyak cross jugak hee.

Dahlah!

0 komen membina: