Sunday, 8 May 2011

Kem "Solehah dan Sihat"

Hari ni hari ibu, 080511. Tapi artikel ni tidak berniat untuk meraikannya seperti kebanyakan blog2 yang lain. Setiap hari adalah hari ibu kan. Setiap waktu doa untuk ibu. Ni sekadar perutusan sebelum pergi mountain climbing kat Tapah. Saja sambil2 up entries yang dah bersusun- susun sebelum ni. Dan esok ada OSCE amali test. Tadi dah discuss beramai2, dan pengakhirannya seperti biasa, menjamu selera hee..

Hidup saya setakat ni alhamdulillah. Walau sesekali ingatan tu kembali.

“If Allah brings you to it, He will bring you through it.”

Subhanallah. Ini yang semestinya. Kata- kata ni memberikan kekuatan, atas rasa- rasa gusar yang duk main2 kat hati saya. Bukankah Allah berikan ujian yang sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita? HE strikes at our weakest part. Kita diuji tepat pada titik lemah kita, sehingga suatu saat kita kita mula hampir berputus asa.

‘Ya Allah, aku tidak mampu lagi menanggungnya!’

Tapi beberapa waktu berlalu, there you are! Masih berdiri dan bernafas, malah lebih gagah melangkah untuk menghadapi cabaran2 hidup yang mendatang. Kan?

Saya kadang2 keliru. Benarkah saya berjaya melepasi tiap2 ujian itu? Atau sebenarnya saya hanya sekadar hidup dalam bayang2? Wallahu’alam. Kepada Allah diserahkan setinggi- tinggi tawakal. Ada orang yang cemburu melihat sahabatnya dilanda ujian hati oleh Allah swt. Ujian tanda Allah sayang katanya, dan itu memang betul. Berlainan bagi saya, saya merasa seolah hati menjadi kotor bila menerima ujian. Adakah sebab kekalahan menghantui? Adakah sebab ada rasa goyah? Sebab rasa lemah dan hampir putus asa mengiringi tiap ujian? Macam tu ke? Taktau. Taktau. Rasa nak lari. Lari dan terus lari walau arah tujunya entah ke mana.

Ujian hati ini susah. -Angguk.
Tell me I can face it. -‘Yes you definitely can.
It is the right decision to leave a ‘he’ that way. -‘That’s the most right thing. Allah wants you to seek His guidance and blessing not through His servant
But he is just a mere friend. Just a good one.- ‘You just need Him, and He is your loyal companion.
Don’t I need one? -‘You do, only when the right time has come

Alhamdulillah. I have nothing more to say, I have nothing more to whine. Thanks for this intuition dear God (: Please guide me, and bring me to your right path.



Cuti ni, entahlah option mana yang mahu saya ikut. Yang pasti perlu balik sekejap ke Darul Naim, menjenguk dan menayang diri depan umi dan abi supaya mereka tidak bimbang. Masih cukup lengkap anggota. Akidah alhamdulillah masih terjaga, tinggal iman dan akhlak yang perlu ditatarias dan ditop-up banyak. Kena grooming, kena banyak improvements.
Untuk cuti saya sedang siapkan satu proposal, nak anjur rehlah santai menambah iman di pantai Melawi, Darul Naim. Di Bachok, dekat- dekat Kota Bharu jugak. Saja nak cari alasan untuk pergi pantai, teringin. Jeli ni kan bukit- bukau, cewah he.. Puncak Alam lagilah, gunung ;p 

Tema program Solehah dan Sihat. Dan pastinya untuk akhowat sahaja. Tak bermalam untuk jimat kos, nak kena tengok permintaan dulu. Program dah dirangka insyaallah, tiba2 terdetik dan terus idea mencurah2. Sambutan setakat ni alhamdulillah. Open terutama untuk muslimat Darul Naim atas alasan jarak. Yang negeri lain pun insyaallah dijemput hadir. Moga program ini berjaya insyaallah, amin (: 

Doakanlah!

0 komen membina: