So kepada para pendidik anak bangsa, dan- dan je timing elok nak dekat Hari Guru Kebangsaan ni haha
Selamat Hari Guru!!!
Especially to my mom and dad, dan semua cekgu-cekgi yang susah- susah mengajar saya (: hanya Allah mampu membalas jasa kalian!
Sambung citer, dia minta tolong trenslet atau lebih tepat lagi tolong buat surat penajaan untuk engineering company, nak mohon ditaja pegi collaborate dengan uni oberci bagi pengajian final year. Balik kang keje ngan company tu lah. Fuh, cerah mase depan. Tapi, kawan ni, dia punya English writing, masyaAllah superb! Memang kagum habisla. Setakat saya nih, nak create full sentence depan dia pun takyah aa. Menggigil pensel tu. Pensel tu la yang menggigil. Apa lagi kalo nak guna idiom dalam ayat tu. Hah, kirim salam jelah! Tapi kitorang selalu balas- balas surat dalam bi dulu- dulu, sebab kitorang kerap jugak gaduh time kat mrsm tu. Biasanya sayalah, sebab cemburu dengan kawan2 rapat pompuan dia. Manja. Sampai boleh nangis. Siap mention dalam surat tu. “the tears keep running down my cheek bla3” Heh. Bila ingat balik, ceh macam budak2. Eh memang zaman bebudak pun time tu. Dialah yang ajar macam tu. Pastu jenuh dia nak memujuk. Kadang buat2 tido, buat2 tak nampak. Perangai macam hampeh. Haha. Dia tak selalu berani nak datang dekat sebab saya ni bole tahan jugak garangnya. Tapi garang saya bukan jenis yang marah2 orang dengan suara tinggi atau bebel2 pun. Paling2 kening berkerut, muncung panjang. Cakap orang ‘jahat’. Pastu nangis. Ha3. Tapi tu dulu laa sekarang pun lebih kurang kalau datang angin tak matured tu. Ciz. Asal rasa best gelakkan diri sendiri zaman dulu pulak ni. Haih.
Dia pulak berbeza. Cool, wise, creative, out-spoken dan comel. Agakla kontra. Yang tak kontra nya cuma part comel tu je. Wek. Dan dia sangat baik. Sangat lembut hati, terutama dengan saya. Tatau kenapa saya boleh baca the thing inside of her heart, dan nampak betapa fragile nya dia sedangkan even bestfriends dia pun cakap dia degil. Entah, mungkin sebab saya bukan jenis nak paksa orang jadi apa yg saya nak. Kalau kita sayang orang sebab dia adalah dia, maka apa sebab kita nak ubah dia jadi orang lain isn’t it? Bila kita berjaya ubah dia, yang pasti hati kita akan turut berubah selepas tu. So bersyukurlah. Hearts just know, that’s the only indescribable thing that tying us together until now.
Member punye pasal terus sanggup je. Rupanya tu abang dia punye. Katanya dia tak sempat buat sebab ada test, tak ingat format surat rasmi, grammar tak mantap macam dulu etc etc. bersengkang mata jugakla nak membuatnya sebab time siang- siang hari kalau bukan golek- golek kejenye main games kut. Ni entry pagi –pagi macam nak ngutuk orang ni, bukan sebab nak ngutuk sebenarnya. Tapi lepas geram sebab dia bizi waa… rindu ok! Jarak yang jauh memisahkan. Dan yang lebih jauh tu bukan jarak, tapi hati.
Sebenarnya benda yg membuatkan bertambah2 geram pagi2 ni adalah sikap orang yg suka rendahkan nilai pertolongan orang dengan nilaian matawang.
Tak sempat habis final exam, ada ex-classmate zaman mrsm dulu jugak sms minta tolong check grammatical errors untuk final year project/ fyp research reports. Esei saje panjang berjela sampai 8-9 pages. Bestla dia dah tamat belajar, tunggu nak sambung master lak tu sem depan je. Okla, 2 hari jugak nak boleh siap betulkan. Tapi sempat main game, online pelbagai dan tengok cite hantu patung. Siap mbebel- bebel pulak dalam report tu, macam cikgu- cikgu. Ni kalau saya jadi cikgu memang soheh cikgu yg garang, for sure. Haha! Dan mangsa pertama adalah si bongsu Na tu lah lalala~ walaupun memain je dia kata suara saya macam budak2. Ish ish, nasib baik sabar je tau nak melayan kerenah bebudak nih haih.
Eh sambung balik. Lepas siapkan dan hantar balik pada dia via emel, maka pagi tadi tengah duk clear dapur nak buat breakfast tu dia sent thank you sms. Baca then ignore jelah. Takat sms tak penting kalau dari rijal ni memang tak reply. Walaupun kitorang baikla jugak time sekolah2 dulu, tapi dah banyak kali kut warning jangan sms kalau benda tak penting. Tapi dia ni jenis yang tak makan saman sikit kut.
Kalau benda2 serius memang dia akan emel utk minta nasihat dan pendapat. kalau urgent dia text untuk cakap dah hantar emel tu. Kalau orang minta tolong takkan taknak tolong. hari ni hari dia, lain hari mungkin hari kita. Yang tabik spring nya sebab dia tabah la sebab stay still jadi kawan saya walau selalu di-ignore he. Hanya orang2 yg tabah je tau boleh jadi kawan saya. Sebab kekadang tu bukannya saya tak appreciate tapi saya memang tak reti nak ada kawan laki. Macam tak kena je rase. Kenalan je la kot. Kalau jenis yang amik hati ke ape, saya speechless jelah. Saya memang bukan jenis orang yg cakap banyak dan paksa orang. If you think leaving is the best, then run for it. I won’t stop you (:
Hati saya tak kuat untuk admit orang mudah2 jadi kawan saya bagaimanapun terima kasih banyak3 sebab sudi berkawan. Tapi maaf saya tak dapat halang kalau awak nak pergi, ada benda2 yang merantai kaki kut. Camtulah lebih kurang. Dah2.
Melalut.
Part yang nak cakap merendahkan bantuan orang dengan nilaian wang ni sebenarnya macamni. Dalam sms tu jugak, kawan ni cakap kawan dia nak minta tolong trensletkan questionnaires dari bm ke bi. Dan sanggup bayar RM10 kalau sanggup. What the…? Nak kena luku jugak bebudak ni.
“baik sedekah je duit tu kat masjid, lagi afdhal.”
Tu dia… jawapan menikam kalbu macam biasa haha. Kan dah dapat sebijik. Haru je mood orang pepagi nih. Saya duit2 ni dah bosan, kalau ayam goreng pahala nak la jugak. Bukanla saya merendahkan niat baik dia tu tapi … faham tak ape yg saya rase? Tak paham sudah. Since tengah baru mula nak berehat lepas final ni, tolong trenslet jugakla. Pastu baca novel ‘Gelak Tergolek’ sensorang kat ruang tamu, orang lain kuar shah alam. Pastu dah lupa dah nak breakfast ke ape. Sampai ke tengahari pun dengan mandi- mandi pun lupa dah. Novel Mizah ni, tengok kat cover page dia pun tak bole tahan ketawa dah.
Rahman:” Aku terima nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim
dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai”
Tuk kadi: “Tiga puluh ringgit! Bukan tiga puluh rakaat.
Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat.”
Haha. Lain kali ah saya sedut sikit part lucu dia tu, nak lunch dulu ah. Sekian wassalam.


0 komen membina:
Post a Comment