Saturday, 4 June 2011

fasfahis sofhal jamiil.


Usai tilawah ditamatkan dengan sekadar ‘sodaqoLlahul’azim’ – ‘benarlah Allah yang Maha Agung’ dalam hati. Tangan yang baru nak belek juzuk 30 untuk beralih ke sesi hafazan terhenti bila randomly terpacul soalan dalam kepala.


what did you got today?

Aaa… serius, memang terkeluar soalan dalam bi gitu. Kot ye pun patut kuarlah dalam malay ke, macam tak berapa nak pecaye pun ade jugak, diri sendiri yang tanye dalam bi. Eh ke ade orang lain yang tiba- tiba bisik kat telinga? Err forget it. Sesi hafazan an-Nazi‘at yang very very very slow progress tu ditangguh, ganti dengan murattal mp3. Turut beratur sekali surah an-Naba’ dan Abasa dalam barisan.

Hari ni habiskan ayat- ayat terakhir dalam surah al-Hijr dan mula surah an-Nahl. Jadi apa yang diperoleh hari ni?

Firman Allah s.w.t pada ayat 71 surah al-Hijr ini berkenaan teguran Nabi Lut pada kaumnya supaya mengambil para wanita dan meninggalkan perbuatan songsang luar tabi’ie mereka. Kisah ini berulang- ulang dalam al-Quran, yang mana menceritakan betapa kaum Lut mendustakan ajarannya, mengamalkan perbuatan homoseksual, dan bagaimana kemudiaannya mereka diazab dihancurkan serta merta. Na’udzubillah. Lihat pula hari ini, ideology songsang ni entah bagaimana boleh sampai sedangkan pengamal- pengamalnya dulu telah musnah tidak bersisa. Aneh bin ajaib! Bukan saja mereka tidak gentar dengan ancaman Allah, bahkan diperjuangkan atas hak kebebasan individual. Sengaja mengundang murka Allah. Dan kita pun tidak kurangnya. Tokoh2 mereka disanjung, dibenarkan masuk membuat persembahan ke negara kita negara Islam. Ah, hebat2!

demi umurmu (Muhammad)

Seterusnya Allah s.w.t bersumpah dengan umur Nabi Muhammad s.a.w, akan betapa buruknya kemungkaran yang mereka telah lakukan. Bersumpah dengan umur seseorang ini merupakan kebiasaan orang- orang Arab. Mufasir mengatakan Allah bersumpah dengan umur Muhammad untuk memuliakan baginda.

Dari ayat 73 – 83, Allah menceritakan memperingatkan kita kembali mengenai kisah- kisah umat terdahulu yang mendurhakai rasul- rasul mereka sehingga mengundang murka Allah seterusnya Allah hancurkan negeri mereka dengan mendatangkan azab-Nya. Ini termasuklah penduduk kota Sodom (kaum nabi Lut), kota Aikah (kaum nabi Syu’aib) dan kota Hijr (kaum Tsamud, kaum nabi Salih). Segala nikmat kekayaan dan kekuasaan mereka dimusnahkan serta merta, bahkan negeri mereka dihancurkan tanpa bersisa. Inilah peringatan untuk kita yang mahu memerhatikan tanda- tanda, dan juga untuk orang yang beriman. Jangan kita merasa hebat dengan kekayaan dan kekuasaan yang kita miliki hari ini, kerana bila- bila masa sahaja nikmat- nikmat itu bisa ditarik balik.

sehingga tidak berguna bagi mereka, apa yang telah mereka usahakan

Adat kita manusia hanya meminjam, namun sudahlah kita terlupa untuk bersyukur, bahkan tiba pula tahap kita mendustakan nikmat tersebut!

‘Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.’

Ayat- ayat selebihnya, nak check dalam tafsir Ibnu Kathir dulu, terutama untuk ayat 86 ni. ‘…fasfahis sofhal jamiil.’ Maksudnya ‘… maka maafkanlah (mereka) dengan baik.’ Siapa ‘mereka’ yang dimaksudkan dalam ayat ni? Seperti yang kita maklum, firman- firman Allah ada asbabun nuzul tersendiri, yakni diturunkan dengan bersebab dan berkaitan dengan peristiwa- peristiwa khas.

Cukuplah dulu, banyak2 tapi tak faham buat apa. The most important thing is Quality over Quantity. Nak backpacking ke Tapah pulak ni, tak prepare apa2 pun lagi. ‘fasfahis sofhal jamiil’ coolie kan. Rasa tenang. Rasa lapang. Tiap2 petang sebelum maghrib pun kerapkali dengar ayat ni dari corong masjid. Buat automatically tersenyum. Saya mengandaikan orang yang saya nak tujukan soalan ‘will you hate me’ tu, cool sebab ayat ni. Oh. Dalam hati ada rasa, dalam rasa ada… binasa. Case closed.

Oh ye, btw hari ni Nurses’ Day. Nurses’ Day lah sangat. Apekehal lah pakat duk sambut birthday si kafir Florence Nightingale.  Eja nama dia pun ntah betul tak tu, kalau taunye dek lecturers silap2 kena piat telinga heh. Jahiliah kita ni masih kuat sangat. Tak cukup tu bukan main dipertahankan oleh orang- orang kita sendiri. Orang yang mengaku islam. Orang kafir zaman sekarang dah tak perlu buat apa2, mereka hanya perlu tabur umpan dan ayam2 akan berebut bercakaran. Mereka dah tak payah buat propaganda suruh kita buat kemungkaran, sebab di hari ni kita sendiri yang bersungguh2  nak buat. Pastu bergaduh sesama sendiri. Berpecah belah, berpuak2. 

Na’udzubillah.

Adieu ;)

0 komen membina: