Tengah tolong uncle move from bed to wheelchair, ade sorang pegawai penjara dengan baju celoreng- celoreng datang berdiri kat tepi membebel- bebel. Memula tak perasan pun dia kat situ, sampaila dia tanya.
“kalau saya nak pergi tandas pulak macam mana?”
Oleh kerana macam biasela saya ni lurus macam sudip, jawabla betul2 siap tunjuk arah tandas. Pastu dia senyum dan kata tak adil. Nak layanan special macam uncle jugak.
“lepas ni second time saya pulak,” kata dia. Cis, terkena!
Sebelah katil uncle tu banduan. Mula2 tak perasan pun kenape dia ade kat sebelah time tu. Tiba2 ade je tercegat di sebelah. Ingatkan memang dia tercegat kat situ dari awal. Kalau tolong tapela jugak, ni tolong dengan mulut je adela.
“uncle, tolong tackle untuk saya ye!”
Sempat die pesan kat uncle tu sebelum kami pegi ke toilet. Dan dalam toilet, tengah sibuk2 tolak uncle masuk dalam toilet oku, terjengul pulak dia kat tandas. ya Rabbi, entah bila mase la dia ikut saya masuk jugak. Tanye2. Pastu mintak no telefon siap! Adei. Uncle tengah nak buang hajat kot, dia pon tempatnya strategic benor nak ngorat misi pun haih. Kalau saya boleh tinggal uncle tu sorang terkontang- kanting kat toilet time tu kompem dah lari pecut keluar dah!
“uncle, tengokla ni. Orang sibuk nak buang air, dia nak mintak2 no fon pulak. Kot ye pun strategic benor minta no fon kat toilet ni” amik. Ibarat pepatah pukul anak libas menantu. Kohkoh.
Tapi dia degil. “sebab ni je peluang yang ada” katanya sambil tersengih- sengih.
Astaghfirullah. Dugaan jadi nurse. Dugaan jadi perempuan.
Lain kali kalau ade lagi orang nak mintak nombor, nak cakap dah bertunang. Serius!


0 komen membina:
Post a Comment