Wednesday, 31 August 2011

Ramadhan sehat (:

Apa khabar iman kita di akhir- akhir ramadhan ini ye? Masih konsisten, atau hampir- hampir kecundang? Haih. Nak kata bagus pun, rasa macam lepas tak lepas aje. Sayalah, bukan cakap pasal orang lain he. Bak kata orang putih dan orang yang tak putih sekalipun, “there’s always a room for improvement.” Aha, benar sekali.

Betapa ruginya orang, yang apabila habisnya Ramadhan, namun dia tidak mendapat keampunan Allah. Hidup dan imannya tidak upgrade level. Kefahaman islamnya tiada peningkatan. Sedangkan kita bermainan permainan pun kita nak naik ranking yang lebih baik, bukan hanya mendatar.

Yang bagusnya sebulan ramadhan ini penuh dalam cuti sem, dapat bersahur, berbuka dan berteraweh bersama keluarga. Kurang ruang untuk merasa bosan disebabkan part-time job di SMK Jeli. Pukul 2 petang balik rumah. Rehat kejap, zohor asar dan terus masuk dapur sampailah waktu berbuka. Kemudian magrib isyak dan teraweh. Tadarus di setiap masa terluang selepas solat dan tidur. Rasa padat terisi untuk ramadhan kali ini, disiplin lebih. Limitation drive people to be more creative, kut. Tiada masa nak buat benda2 tak berfaedah lebih.



Awal- awal dah tetapkan matlamat ini dan itu untuk ramadhan kali ni. Antaranya khatam 30 juzuk insyaAllah. Dan alhamdulillah, hari ni masuk 26 ramadhan, hari terakhir dijadualkan untuk dihabiskan juz ke-30. Sebelum2 ni selalu terkejar- kejar untuk habiskan 30 juz. Pelik, padahal kalau nak diikutkan sepatutnya dalam santai je boleh cover up 1 juz sehari. Rupa- rupanya… kalau dah namanya ladies, biasanya kena skip seminggu daripada sebulan ramadhan tu. Boleh pula tak sedar he. Tak patut, tak patut. Strategi baru, habiskan 3juz dalam masa 2 hari dan alhamdulillah. Yang penting kena disiplin dan ikut jadual, kalau tak… bila kena cover banyak2 kan padanla muka hehe.

Diet pun beres. Biasanya lepas teraweh tak mampu pandang makanan dah, tak terlintas di fikiran dah pun. Sahur dan berbuka, gilir- gilirlah prepare dengan unnies. Dongseng ada pun amik part basuh pinggan mangkuk jelah. Tapi semua ok, semoga berterusanlah harapnya. Hari tu adalah jugak turun 2kg tapi kemudian maintain aje. Di rumah ni ada satu catatan berat di awal dan akhir ramadhan. Peserta- peserta adalah semua perempuan tulen except sorang je yang tak berapa nak ori ; iaitu Muqit. Haha…

0 komen membina: