Wednesday, 31 August 2011

bicara kosong.


Khamis, 30 June 2011. 28 Rejab 1432H.

Bertahan- tahan setiap hari menahan kerenah remaja- remaja di usia memberontak. Dan juga kanak- kanak yang sangat nakal. Kalau lama- lama rasa nak menangis pun ada jugak haih. Tadi pun banyak kali jugak nak naik angin, nasib je lah sempat kawal lagi. Hari yang dahsyat buat saya sebab banyak kali nak emosi. Apalagi bila penat berdiri sepanjang hari. Dan banyak hati yang perlu dijaga.

‘kita tak boleh jaga hati semua orang’

Itu kata bos masa kerja dengan  sebuah event-organizing company dulu. He was right, nope.  He IS right. Saya cuba berikan yang terbaik, tapi saya juga manusia. Heh. Apapun biarlah, hari ni dah khamis. Dapat gaji pula tu. Heavennya cuti jumaat sabtu~ Rasa terubat hati sikit ;p

Kalau buat berjoli sekelip mata dah boleh habis. Ingat nak kumpul duit untuk buat lesen, untuk beli dslr, untuk tukar handset yang dah nah lunyai asyik terhempas, nak bayar duit minyak, nak bayar sewa rumah, nak bayar yuran pengajian, nak biaya research, nak beli barang keperluan, nak itu nak ini. Wah… banyaknyaaaa ;( nafsu nih, nafsu. Kena sort out balik mana yang keperluan dan mana hanya kemahuan. Bak kata mama, first thing first.

Ah, baik pergi makan! Tadi dah nak makan sebenarnya tapi segan bila ayah dah tego tak puasa. Biasa senin- khamis puasa je. Terus terbantut niat suci murni haha. ;p saja tak puasa hari ni sebab nak raikan kewajipan puasa ramadhan yan bakal datang. (alasan)

“Allahumma baariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan”

Hati rindu pada segenap kenangan yang lalu, yang terbaik andai saja ia tak perlu dikenang.

0 komen membina: