Wednesday, 2 March 2011

Erti bahagia, erti untuk hidup sempurna.

Hari ini hari yang bahagia. Kuliah di sebelah pagi, dan discussion pula disambung sehingga jam 5.30 petang. Bertahan dengan energy yang diperoleh dari sarapan pagi. Tiada seorang ahli kumpulan pun yang menjamah walau sebutir nasi, tekun menyiapkan assignment dan research yang semakin hampir deadline nya. Hinggakan untuk solat pun perlu keluar bergilir- gilir.

Terpaksa mencuri masa untuk menyiapkan laporan projek persatuan alumni kolej matrikulasi berkenaan program perhimpunan bekas pelajar serta mesyuarat agung persatuan. Laporan ni terlewat juga disiapkan sebenarnya, terpaksa ditunda memandangkan terlalu sibuk dengan assignments, revision, pembentangan juga tests yang berlambak- lambak. SubhanaLLAH, andai bukan belajar ini amanah yang perlu dititikberatkan, sudah lama rasanya mahu bergolek- golek mengabaikan segala macam kewajipan selaku orang yang memegang title pelajar! Malas! Namun mahu atau tidak, tetap harus akur. Tambahan pula pensyarah- pensyarahnya, segan dan tidak berani pula aku mengzahirkan kemalasan.

Usai diskusi, masing- masing bergegas pulang. Mahu bersihkan diri. Mahu solat asar. Mahu berehat. Otak capek! Singgah di pasar malam untuk membeli makanan siap. Perut yang berkeroncong semenjak tengahari mula menyanyi kegembiraan. Nafsu juga ikut turut melonjak sama. Waktu ini tidak mampu berlagak sombong, walau teringat mengenai sebuah hadis yang mengatakan pasar adalah seburuk- buruk tempat untuk disinggahi dan sebaliknya majlis- majlis ilmu pula merupakan taman- taman syurga yang sebaik- baik tempat untuk dikunjungi.

Tiba di rumah, yang dahulu didahulukan. Menyiapkan diri untuk maghrib dan isyak. Pulang selepas isyak, ada perbincangan untuk storyline juga skrip untuk projek movie bahasa arab pula. Memerah idea dalam keadaan santai. Berhenti sebentar di tengah- tengah perbincangan untuk menikmati juadah ringan dari pasar malam tadi bersama- sama.

Lalu di sinilah bahagia. Bahagia itu tidak datang dari perasaan puas hati dapat memakan benda yang digemari. Tapi bahagia yang sebenar- benarnya adalah bila dapat berkongsi rasa gembira memakan makanan kegemaran beramai- ramai.

Bahagia dalam kesibukan.

Ukhuwah sememangnya memberikan kebahagian, yakni menjaga hubungan dengan Allah, dengan menjaga hubungan sesama manusia. Memutikkan rasa bahagia, memutikkan rasa berharga, dan menyuntik motivasi secara tidak langsung ke dalam jiwa.

Tidaklah apa yang Allah cipta dan tentukan itu, melainkan semuanya bermanfaat kepada kita manusia. Dan kita sebagai hambaNya, perlulah sentiasa sedar, mematuhi arahannya. Menjadi makhluk yang tidak sempurna bukanlah alasan untuk berputus asa dan bermalas- malasan, sebaliknya ianya adalah wadah supaya kita tidak lupa diri dan menyuntik kesedaran untuk sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri ke arah yang lebih menghampiri...

sebuah KESEMPURNAAN.

2 komen membina:

fieha said...

paling x lupa time bila otak dh x cukup oksigen..bila la buat benda yg jrg2 buat..hehe..

gambate2..semoga kita dipermudahkan untuk menghabiskan semester ni.. :)

Miss Carnation said...

haha~

iye. jom sama2 kte habiskan sem ni dgn tabah ^^