Saturday, 2 April 2011

Apa yg keluar dari lidahmu, Allah akan mengujinya.

Allah menguji apa yg keluar dari mulut kita. Kata saya, selagi saya belum nyanyuk, saya takkan lupa persahabatan ini. Saya janji persahabatan ini hingga ke akhirat, kecuali andai ia mengalih perhatian dari mengejar redha Allah. Namun, keadaan memerlukan ia bertukar cara.

Kebenaran tetap harus ditelan walaupun pahit.

A friend is not a big thing in life BUT it is one of the small things that complete the life.

Ah. Rindu gila.

Perkataan gila, dah berapa lama agaknya quit sebut ni. Many many months ago.

Er, shuvit tak kalau saya sebut ayat ‘buat apa ingat orang kalau orang tak ingat kita?’ haha. Saya benci gelak ‘haha’ ni. Sebab realitinya tak gelak pun. Yang berjaya buat saya gelak, tu, orang yang kata saya garang tu. Saya tak sangka dia boleh buat saya betul2 gelak. Dia pun mesti tak sangka rupa2nya saya ni garang, tak bagi can langsung. Takde2. Tinggalkan satu bermakna tinggalkan semua yang lain. Waktunya kena jadi matang. Waktunya untuk menyelamatkan diri.

Hidup kena tegas, kalau tak kita akan jadi lemah. Orang akan eksploitasi menggunakan apa jua kelemahan yang ada. Kan?

Haih. Saya sedar banyak sangat pengaruh kawan saya ni. Doa yang jadi amalan, ada antaranya doa yang kami bertukar- tukar. Ada style dia yang dah sebati. Dah jadi habit. Even smiley ni (: pun boleh buat saya teringat. Berkawan dengan penjual minyak wangi, paling tidak kita menerima haruman wanginya… kan?

Banyak, terlampau menjadi habit sampai saya rasa sebelum terancam lebih jauh, maka saya harus hentikan walau pedih. Tak sesuai pun guna perkataan ‘pedih’ di sini, kang tak pasal jadik statement geli. I dun like. Aish nasib baik tak berdiri bulu roma he. Tak boleh reveal lebih2, rasa vulnerable. Teringat segala kebaikan dia. Segala peribadi dia. Segala janji. Aah, kata itu kota kan. Tapi hakikatnya, dengan syarat yang kita sama- sama utarakan, ia memansuhkan janji saya.

Belum masanya untuk nyanyuk, banyak lagi benda yang kena consider betul2. Dan selagi ingat maka selagi itu terus teringat. Wowowo~

Dan sebut pasal kawan, saya akui sangat awkward to cherish orang2 di sekitar betul2. Kerana, bila ia bergelar kawan, sahabat, teman etc, bermakna mereka sudah berada dalam hati saya. Tak pandai nak pilih siapa yang patut disayang dan siapa yang tak patut. Lebih- lebih lagi tak pandai nak tunjuk betapa saya sayang mereka. Dan akhirnya sebab inilah asyik terluka. Tapi dengan satu teguran, keterlukaan itu hilang. Dan kemudian terluka, terluka dan terluka lagi berterusan. Dan akhirnya menangis sambil membenci diri sendiri kerana tak mampu nak membenci orang lain. Benci diri sendiri yang lemah. Puhbuh.

Kerana terlalu sayang, maka kena melarikan diri ke tempat yang takde orang kenal.

Logikkah alasan camni? Wek.

Siapa suruh jadi penyayang sangat. Sayang salah, tak sayang salah. Macam lemah jep.

Mana boleh. Saya mestilah kuat hati dan semangat. Dan elok pula ada kenalan ni kata saya garang. Amusing, tapi sengaja biarkan impression macam tu kekal dalam fikiran dia. Dalam fikiran bagus jugak biar takde sesiapa berani dekat. Protect diri sendiri dengan cara yang melukakan hati. Cool eh? Tak langsung.

Kalau dibiarkan ni tak habis2 la merapu jawabnya heh. Time to let go.

0 komen membina: