Sunday, 17 April 2011

jiran saya. kawan saya.

“Baru bangun ke?”

Ait. Ikhlas sungguh soalan makcik nih ha2. Waktu tu entah pukul berapa lama entah –buat- buat lupa-. Sya balik rumah kejap, hantar barang- barang dapur sebelum keluar balik. Yang lain semua ada kelas hari ahad ni. Balas dendam tido lama- lama time cuti, lagipun semalam tido lambat. Amik kesempatan tido lambat. Rest sepuas- puas hati, lupa semua homeworks and the coming final exams ;p

Dengar anak- anak jiran sebelah rumah memanggil- manggil sang ayah. Si ayah yang baru pulang menyahut dengan sabar. Cewah, pandai- pandai reka situasi sendiri hee. Tak intai pun, kebetulan masa tu duduk kat tingkat atas so terrrrdengar dengan jelas.

“eh kenapa bogel nih, masuk3” dengar lagi suara si ayah tiba- tiba.

Haha. Comel sungguh perangai kanak2 ni, sangat mencuit hati. Jiwa yang suci bersih tanpa secalit dosa. Eh jangan salah faham pulak, memang tak intai langsung. Kebetulan terdengar je.

Teringat pasal jiran sebelah kiri rumah ni. Sepasang suami isteri yang patuh pada perintah Allah s.w.t, dengan 4 orang cahaya mata, sepasang lelaki dan sepasang perempuan. Si isteri memakai purdah, seorang yang mesra. Kedua- duanya sangat baik hati, sentiasa membantu kami.

Awal- awal kami berpindah ke rumah ini, paip air depan rumah bocor. Memandangkan semua perempuan yang baru nak belajar berumah –tangga-, takde pulak yang terer atau tau nak buat cemana jadi semua buat rileks jelah. Sampaila si isteri menegur kami dan meminta suaminya membaiki paip air tersebut, siap dengan membeli perkakasan.

Mereka sekeluarga juga para penduduk kampung sangat prihatin. Oleh kerana kami para pelajar perempuan tinggal di situ, mereka datang membantu memasang kunci tambahan dan memeriksa gril atas tambahan keselamatan.

Suatu hari, saya dan Sya dihantar mewakili fakulti bersama beberapa orang pelajar dari program lain ke Seminar ‘Nurturing Brain Smart Student in The New Age of Intelligence’ yang diadakan di UiTM Shah Alam. Kami telah bertolak seawal pagi ke fakulti kerana bas perlu singgah ke kampus lain, kampus UiTM Puncak Perdana untuk mengambil wakil2 pelajar dari sana.

Kemudian selepas zohor kawan- kawan serumah pula datang ke shah alam untuk shooting bagi movie arab menjadikan kami semua tiada di rumah sehari suntuk. Malamnya apabila tiba ke rumah, hampir semua taman perumahan black-out termasuk surau. Dalam kepenatan, terselit hikmah yang banyak dari peristiwa black-out ni.

Antaranya sempat bersama ahlul bait berjemaah maghrib dan isyak bersama- sama, alhamdulillah. Kemudian duduk sama- sama, candlelight dinner di meja makan sambil bertukar- tukar cerita selepas seminggu tidak sempat luangkan masa bersama lantaran kesibukan praktikal. Kami terpisah dek dihantar ke hospital berlainan, dan waktu syif yang berlainan. Sukar sekali bersua batang hidung masing- masing. Sempat menceritakan kebaikan jiran sebelah yang telah menimbus lopak air di hadapan rumah kami dengan berulang- alik membawa batu- batu dan kemudiannya menimbus dengan tanah. Semua mengiyakan betapa beruntungnya kami mempunyai jiran- jiran yang sangat baik dan prihatin.

Sedang bergurau senda di meja makan, kedengaran suara memberi salam persis suara salah seorang ahli rumah, Nad.

“Waalaikummussalam..” sahut kami serentak.

“Hish Nad ni, buat terkejut je. Ingatkan pegawai pencegah maksiat ke ape” seloroh member yang berada di meja makan sementara salah seorang dari kami bangun membuka pintu.

Rupa- rupanya suara jiran sebelah yang datang meninjau tanda prihatin. Seperti biasa anak- anak kecilnya hadir menemani sementara suaminya menanti di luar pagar rumah. Suis utama cuba dihidupkan namun tidak berjaya. Kebetulan waktu itu ada wakil TNB yang datang ke kawasan perumahan untuk meninjau keadaan.

“kalau macam ni kena minta orang TNB masuklah” ujarnya.

Saya yang bersembunyi di dapur dengan tangan comot berpandangan dengan ahli rumah. Selepas akak tersebut keluar, bercempiaran kami mengalih baju- baju uniform yang bergantungan. Seketika kemudian terdengar suara lelaki di pintu rumah, minta izin untuk masuk.

“clear, haha!” jawab saya dari dapur.

“clear?” tanya wakil rumah yang berpakaian lengkap di ruang tamu.

“clear, hihi!” sahut suara dari tingkat atas rumah.

Sekelip mata semua menghilangkan diri, meninggalkan sorang wakil je terkontang- kanting ha2. Sempat lagi praktis defibrillation kat situ, macam praktis bagi electric shock dekat patient yang jantungnya terhenti berdenyut.

Nyalaan lampu menerangi rumah pada malam tersebut disambut ucapan Alhamdulillah berkali oleh kami semua. Begitu terasa nikmatnya berada di tempat yang menerima electricity supply, walhal hanya beberapa jam kami berada dalam kegelapan. Memikirkan keadaan di tempat- tempat pedalaman yang tidak menerima bantuan elektrik, insaf menjalar di hati. Terasa besarnya nikmat yang selama ini jarang- jarang sekali disedari.

Moga diampuni Allah atas apa yang tidak disedari selama ini. Atas nikmat yang tidak ternampakkan oleh mata, yang tidak tersedarkan oleh hati, apa yang dilalaikan oleh kedua telinga, atas kurangnya kesyukuran dari mulut dan anggota.

0 komen membina: