Saturday, 2 April 2011

practical time.

Allahuakbar.

Berdesing kepala dengar time-table untuk final exam tadi. Khamis, jumaat, sabtu berderet 3 papers. Semua essays, dan semua theories. Ngui3 O,o. Kalo study last minute jugak memang namanya tak bole blah ni haha. Osce pun belum lagi, jangan kacau timing balik lagi sudah. Nasib baik jugak ketua program dah tukar orang, kalau previous leader memang dia tak consider dah whether pelajar dah beli tiket balik ke, cuti ke, tak cuti ke. Bagi date last minute dan buat gathering last minute. Kehadiran wajib pulak tu.

Dan lagi nasib baik since saya memang tak plan nak tergesa- gesa balik tiap- tiap kali cuti tiba pun heh. Jadi takdela nak heran sangat, sengih jela bila dengar member2 merungut.

Hari tu jadi model untuk osce untuk audit staff nurses wad ICU (intensive care unit) dan HDU (high-dependancy unit). Sempat tanya macam- macam dekat ketua nurse @ sister. Sister pun dah siap ingat nama dah.

Kerja kat hdu ni sangat interesting. Sebab dia sangat busy, tapi tak se-busy icu melainkan kalau dah pegang 2,3 patients tu. Awal2 nak dilute dan serve medications terutama via intravenous, ngeri jugak. Takut tersilap bagi ikut arterial line terus ke jantung pt, ataupun medication error ke ape.

“akak, lepas ni saya nak bagi ubat, akak tengokkan ye…”

“akak, nanti ajar saya buat ni ye…”

“ade pape yang boleh saya tolong, kak?”

Selalu tanya akak nurses, dan tiap kali nak bagi ubat panggil dorang suh assist. Minta dorang ajar prosedur yang tak tahu, atau yang tau sekalipun. Petua menimba ilmu, kita kena jadi seperti lembah. Baru senang orang nak ajar. Kalau berbeza dengan teori yang kita belajar, discuss balik dengan dorang. Takde masalah pun. Jangan kita meninggi diri seperti gunung, orang pun tak sudi nak ajar kita. Kan? (: be humble lah…

Awal2 hari, adalah consultant ni yang kerek sangat. Tak bagi students touch pt dia, kononnya taknak bagi infection. Tak bagi kami perform apa2 procedure. Katanya, tengok saja pun boleh belajar jugak. Haih. Ingat kami ni macam medical or pharmatical students ke. Tengok complaints pesakit, observe physical atau diagnostic studies, state diagnosis dan medications pastu tinggal. Apolah. Ni la kalau jenis tak guna grey matter dalam brain tu. Ni bukannya sem 1 kot. Jangan pula nanti bila dah graduate dan masuk kerja pun unskillfull sebab time students asyik observe je kerjanya. Skill tu penting kot. Susahnyela kan bila dah pegang jawatan besar ni. Ish ish ish… sampai sekarang saya tak hingin nak dekat- dekat dengan dia tapi terpaksalah sebab nak belajar. Dan bila dia takde, memang kitorang buat jugak kerja kitorang, give care for pt. Nasiblah ahjumma, saya memang tak berapa nak suka awak. Tapi tak bencilah. Wekk. Haha.

Sekarang dah masuk minggu kedua, akak nurses pun dah bagi kepercayaan untuk perform prosedur pada pt. Bagi conduct ventilator, mesin analyse blood dan mesin pelbagai. Dengan syarat kita kena confident dan kena knowledgeable la for sure. Kena demonstrate yang kita boleh buat, dan sentiasa ringan mulut untuk minta tunjuk ajar kakak2. Alhamdulillah, akak nurses kat hdw ni sangat sporting dan mesra. Tak sombong dan banyak bagi tunjuk ajar pada kami. Pengalaman saya praktikal selama 3 tahun, nilah semester dan wad yang paling best. Sebab walaupun mereka semua ni skillfull, tapi mereka sangat humble dan sentiasa bagi tunjuk ajar. Termasuk ketua2 jururawat. Memang 4 thumbs up lah, termasuk ibu jari kaki kiri kanan sekali hee! ^^

Ada satu insiden terpercik ubat kat baju uniform. Tengah prepare ubat untuk patient, nak hancurkan guna air panas. Sambil tu cucuk2 dengan syringe sebab nak bagi cepat hancur tapi unfortunately syringe tu tersumbat. Push kuat2 dan tak pasal2 tersembur habis kat medications trolley dan baju uniform. Cepat2 amik tisu lap medication trolley, hilangkan bukti haha. Mujurnya vitamin je, kalau ubat mahal pergh membazir je. Tapi dekat baju taknak hilang. Dahla kaler oren pulak tu. Lepas tu sakan kena gelak dek akak nurses ramai2. Pastu dorang suh tukar baju, pakai uniform icu dan hdw yang kaler biru tu. Segan sungguh tapi buat muka cover2 jela. Muka blushing la jugak kena gelak free2.

Ada jugak insiden pt yang degil. Asyik tanggalkan oksigen. Tarik2 tiub sampai tercabut dan bleeding. Waa~ Saya yang tengok ni pun serius ngeri. Selalu kena strain tangan dia kat katil. Bila lepas tangan dia waktu dimandikan, cuci luka atau tukar baju, sempat lagi dalam lemah2 tak larat tu dia cubit kitorang. Bukan sorang je tapi 2 orang pt yang macam ni. Nasib baik saya ni terer mengelak, kawan2 jelah yang kena cubit. Kelakar sungguh rasa, tapi kesian la sebab tau dia sakit. Miskin…

0 komen membina: