‘Apa dosa saya pada awak sehingga awak sanggup biar saya tersepit dalam keadaan yang sukar macam ni?’
Sebenarnya memang jelas dosa saya. Kerana saya yang memulakan segala ini. Cuma mujurlah awak ni seorang kawan yang terlalu baik untuk saya lukakan hati. Phew~ maaf kerana minta izin untuk jadi kawan awak. Dan maaf kerana tak minta izin untuk berhenti menjadi kawan awak. Maaf kerana muncul tiba- tiba. Dan maaf juga kerana harus hilang tiba- tiba.
Maaf untuk semua yang telah lepas, dan maaf sampai bila- bila.
Cukuplah apa yang telah berlalu, saya dah terlalu penat untuk mengenang kembali semuanya. Enough is enough, nothing’s gonna change the things that ever happened. Saya dah penat decide. Saya dah penat tunggu. Saya dah penat tersiksa. Tapi saya tipu andai mengatakan yang saya telah lama putus asa. Kerana selagi saya belum bangkit dari kebodohan ini, sampai itulah saya akan beranggapan saya sebenarnya merindu. Dan itulah sebenarnya perkara yang menyeksa hati saya.

0 komen membina:
Post a Comment