Kadangkala para wanita tertanya- tanya juga, bagaimana agaknya lelaki yang bakal diamanahkan untuk menjadi imam mereka kelak? Ada kemungkinankah memenuhi pandangan dan tanggapan masing- masing? Atau sebenarnya bagaimana pandangan yang perlu dilihat pada seorang lelaki?
Mudah sahaja, kita tidak perlukan lelaki yang turun dari syurga.
NAMUN YANG IDEALNYA BAGAIMANA?
Hanya cukup dirinya seorang yang tetap pendirian. Firm. Firm action and firm thought. Dan cool, tenang sentiasa. Seorang yang berani berdepan dengan masalah, bukannya lari dari masalah. Kita tidak perlukan seorang hero yang tiada rasa takut, gutless, fearless @ heartless, sebaliknya seorang yang sanggup atasi rasa takut demi amanah yang menuntut, demi orang- orang yang dekat di hatinya.
Amanah agama yang paling utama.
Keduanya, sebagai seorang lelaki yang dilahirkan untuk menggalas pelbagai tanggungjawab, dia perlulah tunjukkan usaha ke arah mempersiapkan dirinya. Biar ada inisiatif untuk bertanggungjawab. Jenis yang berdikari, bukannya hanya menghabiskan masa dengan bermain games, menonton drama dan filem entah apa- apa, yang bergaul tak tetap dan hidup tanpa matlamat. Orang yang tak nampak masa depan, walaupun dia seorang pelajar jurusan professional dan mendapat permintaan tinggi sekalipun, andai terlalu selesa dengan angan- angan yang belum pasti akan diperolehi, bukanlah seorang yang boleh diharap untuk memikul tanggungjawab. Bersikap sambil lewa sebegini, bolehkah dia menanggung seorang wanita dan bakal anak- anak nanti? Tidak rugi untuk ditanamkan sikap curiga untuk itu.
Orang sebegini, sebagai seorang kawan, teman, kenalan mungkin boleh diberi sedikit peluang. Tetapi sebagai suami atau ketua keluarga, itu sesuatu yg berat sekali.
Itu semua sebenarnya dalam skop agama. Sengaja tidak disebutkan agama, kerana definisi agama pada masyarakat sekarang adalah ustaz ustazah, lepasan pengajian agama, lepasan universiti timur tengah. Tidak mahu hanya sekadar luarannya, tapi mahu dalamannya yang ‘berisi’. Bukan title ustaz dunia, tapi mahukan seorang yang beriman keseluruhannya dunia dan akhirat.
Susah untuk dicari, sukar untuk dipilih. Seorang yang tampak biasa, tapi dalaman luar biasa.
Itulah lelaki ideal pada pandangan peribadi saya.
Mancari yang ideal itu tidak bermaksud mencari yang sempurna, tetapi yang menunjukkan potensi untuk bersama- sama mencari jalan meraih redha Allah, yang akan membimbing juga menyempurnakan iman bersama, yang akan bersama membentuk keluarga, dan mengasuh zuriat menjadi pembela agama.
Tidak perlu lelaki yang turun dari syurga, dan tidak juga yang sempurna.
Tidak semestinya seorang lelaki yang hebat dari awal, tapi seorang yang sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Maka jangan risau wahai kaum hawa, mereka mungkin ada di sekeliling anda. Yang sudah digilap dan juga yang berpotensi untuk digilap. Hanya perlu untukmu menambah iman dan taqwa bersedia menjadi sayap kirinya. Untuk lelaki- lelaki harapan seperti ini, saya percaya ada di mana- mana. Mereka yang berusaha untuk berubah.
Dan yang ikhlas niatnya, liLLAHi ta’ala (:


1 komen membina:
assalamualaikum ukhti..
huh!lelaki yg trun dari syurga..?smpai kapan pun diri ini tdak layak brgandingan dgn mereka..ckuplah org itu mnerima diri ini dan keluarga seadanya,,dan mahu mngajak diri ini bersama-sama memacu dakwah dlm Din Allah..^___^
~ukhti nia
Post a Comment