Thursday, 25 July 2013

OSCE 25/07/13

Alhamdulillah, dengan segala nikmat yg telah Allah S.W.T kurniakan maka berlalu sudah OSCE kami. InsyaAllah semoga semua lulus cemerlang (:

Tadi berdebar sangat, yakin telah gagal di stesen- stesen tertentu kerana performance yang tidak memuaskan. Panik, banyak yang telah lupa. Apabila setiap Clinical Instructor mengulas dan mengumumkan peserta- peserta yang gagal di stesen mereka, semua diam mendengar dengan teliti. Saya sendiri, jantung bagaikan mahu pecah menunggu andai turut gagal. Dan akhirnya, Maha Suci Allah, saya lulus di semua stesen! Turut bersama adalah seorang lagi pelatih. Namun masih lagi lapan pelatih yang lain dibenarkan mengulang stesen yang mereka gagal.

“Hanim, you ada repeat station?”

Tanya Coordinator bila melihat saya turut terdiam terkelu bersama rakan- rakan seusai pengumuman. Saya menggeleng dengan ragu- ragu, seakan masih tidak percaya yang nama saya tidak tersenarai gagal di mana- mana stesen.

“You mesti tolong kawan- kawan ya,” pesannya. Saya angguk menyatakan persetujuan.

Petangnya, saya dibenarkan pulang awal lalu membuat keputusan singgah mendapatkan rawatan di Staff Health Clinic. Cough, sore throat, headache, feeling warm since yesterday. Tapi yang kelakarnya bila saya geram menunggu lama, akhirnya saya dekati kaunter bertanyakan giliran yang belum tiba walhal kawan yang datang 30 minit selepas saya pun dah selesai giliran, siap pergi ambil ubat di farmasi lagi. Rupa- rupanya ada staf yang tersilap letak fail rekod perubatan saya DI BAWAH kaunter.


Ya Rabbi, bertuaaaaaaahh. Geram sangat- sangat sebab macam bazir masa tunggu lama- lama sedangkan saya tengah berkejar nak pergi bayar bil di pejabat pos lagi, mata saya pun mula berair. Ok, frankly speak I was too mad until crying. Yelah, nak marah staff tu bukan gaya sayalah nak gaduh- gaduh. I didn’t mean to let them see the tears yet one of the staff realized and came hugged me. Lagilah berjurai, almaklum budak ni manja. Haha. Dipendekkan cerita, sampai di bilik doktor pun, doktor siap tanya, “Adik, why are you crying?” Peh. Macam budak- budak. Benci. Tapi kelakar pun ada. 

Apa pun, siap dapat celebrex lagi tu untuk headache, nangis punya pasal kekekeke~

1 komen membina:

Unknown said...

Salamun'alaik ya ukhti..
Allah..lame sungguh xbertnya khbr. Lusa sy dh balik kelantan.. Nak online dah susah, xde connection.

So, nak wish pd ukhti, slmt menjalani ibdah puasa pada detik2 terakhir..
Dan slmt meraikan kemenagan yg bakal tiba.. Hepi Eid.. ^__^